1Korah anak Yizhar anak Kehat anak Lewi, dan Datan dan Abiram anak Eliab, dan On anak Pelet, ketiga-tiganya daripada bani Ruben, membawa orang:
2Dan mereka bangkit di hadapan Musa, bersama sesetengah orang bani Israel, dua ratus lima puluh penguasa dari kalangan perhimpunan, orang yang terkenal di dalam jemaah, orang kenamaan:
3Dan mereka mengumpulkan diri mereka bersama untuk menentang Musa dan untuk menentang Harun, dan berkata kepada mereka, Kalian mengambil terlalu banyak ke atas diri kalian, memandangkan seluruh jemaah itu kudus, iaitu setiap orang, dan TUHAN ada di antara mereka: maka mengapakah kalian meninggikan diri sendiri mengatasi jemaah TUHAN?
4Dan ketika Musa mendengar itu, dia jatuh tersungkur:
5Dan dia berbicara kepada Korah dan kesemua temannya, dengan berkata, Pada hari esok juga TUHAN akan menunjukkan siapa yang kepunyaannya, dan siapa yang kudus; dan akan menyebabkannya untuk mendekatinya: yakni dia yang telah TUHAN pilih akan TUHAN menyebabkan untuk mendekatinya.
6Perbuatlah demikian; Kalian ambil pendupaan, hai Korah, dan kesemua temannya;
7Dan bubuhlah api kepadanya, dan taruh dupa di dalamnya di hadapan TUHAN pada hari esok: dan ia akan ternyata bahawa sesiapa yang TUHAN pilih, dia itu yang akan menjadi kudus: kalian mengambil terlalu banyak ke atas diri kalian, wahai bani Lewi.
8Dan Musa berkata kepada Korah, Dengar, aku mohon kepada kalian, wahai bani Lewi:
9Adakah ia dianggap sesuatu hal yang remeh bagi kalian, bahawa Allah Israel telah memisahkan kalian daripada jemaah Israel, untuk membawa kalian dekat kepada dirinya sendiri bagi perlaksanaan kerja khemah TUHAN, dan untuk berdiri di depan jemaah untuk melayani mereka?
10Dan dia telah membawamu dekat kepadanya, dan semua saudara bani Lewimu bersamamu: dan kamu ingin lagi jawatan keimaman pula?
11Bagi perjuangan itu kamu dan kesemua temanmu telah berkumpul bersama untuk menentang TUHAN: dan siapakah Harun sehingga kalian merungut terhadapnya?
12Dan Musa mengutus orang untuk memanggil Datan dan Abiram, anak-anak Eliab: yang berkata, Kami tidak akan datang:
13Adakah ia sesuatu hal yang remeh bahawa kamu telah membawa kami keluar dari tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu, untuk membunuh kami di padang gurun, kecuali kamu menjadikan dirimu sama sekali seorang penguasa ke atas kami?
14Lagi pula, kamu tidak membawa kami ke tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu, atau memberi kami warisan ladang dan kebun anggur: akankah kamu mencungkil keluar mata orang-orang ini? kami tidak akan datang.
15Dan Musa sangat marah, dan berkata kepada TUHAN, Jangan mengendahkan persembahan mereka: Aku tidak pernah mengambil satu keldai pun daripada mereka, dan juga tidak pernah melukakan seorang pun daripada mereka.
16Dan Musa berkata kepada Korah, Biar kamu dan semua temanmu hadir di hadapan TUHAN, kamu bersama mereka, dan Harun, pada hari esok:
17Dan setiap orang ambil pendupaannya masing-masing, dan taruhlah dupa di dalamnya, dan kalian bawa ke hadapan TUHAN setiap orang pendupaannya masing-masing, dua ratus dan lima puluh pendupaan; kamu juga, dan Harun, setiap orang pendupaannya masing-masing.
18Dan mereka mengambil setiap orang pendupaannya masing-masing, dan membubuh api di dalamnya, dan menaruh dupa ke atasnya, dan berdiri di pintu khemah jemaah dengan Musa dan Harun.
19Dan Korah mengumpulkan kesemua jemaah menentang mereka di pintu khemah jemaah: dan kemuliaan TUHAN muncul kepada seluruh jemaah.
20Dan TUHAN berbicara kepada Musa dan kepada Harun, dengan berfirman,
21Pisahkanlah diri kalian dari kalangan jemaah ini, supaya aku dapat menghanguskan mereka dalam seketika.
22Dan mereka jatuh tersungkur, dan berkata, Ya Allah, Allah kepada roh dan segala daging, akankah satu orang berdosa, dan kamu murka dengan seluruh jemaah?
23Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berfirman,
24Berbicara kepada jemaah, dengan berkata, Kalian berangkatlah menjauhi sekitar khemah Korah, Datan, dan Abiram.
25Dan Musa bangkit dan pergi ke Datan dan Abiram; dan penatua-penatua Israel mengikutinya.
26Dan dia berbicara kepada jemaah, dengan berkata, Aku mohon kepada kalian, jauhilah khemah-khemah orang durjana ini, dan jangan sentuh apa pun milik mereka, supaya jangan kalian dihanguskan dengan semua dosa mereka.
27Maka mereka berangkat dari khemah Korah, Datan, dan Abiram, dari segala arah: dan Datan dan Abiram keluar, lalu berdiri di pintu khemah-khemah mereka, bersama isteri mereka, dan anak lelaki mereka, dan kanak-kanak mereka.
28Dan Musa berkata, Dengan ini kalian akan tahu bahawa TUHAN telah mengutus aku untuk melakukan semua pekerjaan ini; sebab aku tidak melakukannya menurut mindaku sendiri.
29Jika orang-orang ini mati suatu kematian biasa seperti semua orang, atau jika ajal menjemput mereka seperti ajal menjemput semua orang; maka TUHAN tidak mengutus aku.
30Tetapi jika TUHAN melakukan sesuatu yang baru, dan bumi mengangakan mulutnya, lalu menelan mereka, dengan segala yang bersangkutan dengan mereka, dan mereka pergi dengan lekas ke dalam lubang kubur; maka kalian akan faham bahawa orang-orang ini telah memprovokasi TUHAN.
31Dan terjadilah, sesudah dia mengakhiri ucapan kata-kata ini, bahawa tanah yang ada di bawah mereka terbelah dua:
32Dan bumi mengangakan mulutnya, lalu menelan mereka, dan rumah-rumah mereka, dan semua orang yang bersangkutan dengan Korah, dan semua barang mereka.
33Mereka, dan semua yang bersangkutan dengan mereka, turun hidup-hidup ke dalam lubang kubur, dan bumi menutupi mereka: dan mereka dibinasakan dari kalangan jemaah.
34Dan seluruh Israel yang berada di sekitar mereka melarikan diri ketika mendengar teriak mereka: sebab mereka berkata, Jangan-jangan kita juga ditelan bumi.
35Dan ada api yang keluar daripada TUHAN, lalu menghanguskan dua ratus dan lima puluh orang itu yang telah mempersembahkan dupa.
36Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berfirman,
37Berbicara kepada Eleazar anak imam Harun, supaya dia memungut pendupaan-pendupaan dari antara pembakaran itu, dan serakkanlah api itu jauh-jauh; sebab semuanya itu kudus.
38Pendupaan-pendupaan para pendosa ini yang telah menentang jiwa mereka sendiri, biar ia dijadikan piring-piring lebar untuk dijadikan salutan mazbah: sebab mereka mempersembahkannya di hadapan TUHAN, maka ia kudus: dan ia akan dijadikan suatu tanda kepada bani Israel.
39Dan imam Eleazar mengambil pendupaan-pendupaan tembaga itu, yang telah dipersembahkan oleh mereka yang telah terbakar; dan ia dijadikan piring-piring lebar sebagai salutan bagi mazbah:
40Untuk dijadikan suatu peringatan kepada bani Israel, supaya tiada sesiapa orang asing pun, yang bukan dari benih Harun, mendekatinya untuk mempersembahkan dupa di hadapan TUHAN; supaya dia jangan menjadi seperti Korah, dan teman-temannya: seperti TUHAN telah berfirman kepadanya melalui perantaraan Musa.
41Tetapi pada hari keesokan semua jemaah bani Israel merungut menentang Musa dan menentang Harun, dengan berkata, Kalian telah membunuh orang-orang TUHAN.
42Dan terjadilah, ketika jemaah itu berkumpul menentang Musa dan menentang Harun, bahawa mereka memandang terhadap khemah jemaah: dan, lihatlah, awan itu mengelilinginya, dan kemuliaan TUHAN ternyata.
43Dan Musa dan Harun mendekati khemah jemaah.
44Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berfirman,
45Kalian berangkatlah menjauhi kalangan jemaah ini, supaya aku dapat menghanguskan mereka dalam seketika. Dan mereka jatuh tersungkur.
46Lalu Musa berkata kepada Harun, Ambil suatu pendupaan dan nyalakannya dengan memakai api daripada mazbah, dan letak dupa, dan pergi segera ke jemaah itu, dan buat pendamaian bagi mereka: sebab ada murka yang sudah dilepaskan daripada TUHAN; wabak sudah bermula.
47Dan Harun turut ambil sepertimana diperintahkan Musa, lalu berlari ke tengah-tengah jemaah; dan, lihatlah, wabak itu sudah bermula di kalangan rakyat: dan dia meletakkan dupa, lalu membuat pendamaian bagi rakyat.
48Dan dia berdiri di antara yang mati dan yang hidup; dan wabak itu dihentikan.
49Sekarang mereka yang telah mati dalam wabak itu berjumlah empat belas ribu tujuh ratus orang, tidak termasuk orang yang telah mati berkenaan hal Korah.
50Dan Harun kembali semula kepada Musa di pintu khemah jemaah: dan wabak itu dihentikan.