Proverbs 10

Amsal 10

1Amsal-amsal Salomo. Seorang anak lelaki yang berhikmah mengadakan seorang ayah yang gembira: tetapi anak lelaki yang bebal ialah kepiluan ibunya.

2Harta berharga yang durjana tidak menguntungkan: tetapi kewajaran menyelamatkan daripada maut.

3TUHAN tidak akan membenarkan jiwa yang benar kebuluran: tetapi dia menghapuskan harta orang durjana.

4Dia yang berurus dengan tangan yang lamban menjadi miskin: tetapi tangan orang tekun menjadikan kaya.

5Dia yang mengumpul pada musim panas ialah anak yang berhikmah: tetapi dia yang tidur pada musim menuai ialah anak yang menyebabkan malu.

6Berkat-berkat ada di atas kepala orang benar: tetapi keganasan menutupi mulut orang durjana.

7Kenangan orang benar memberkati: tetapi nama orang durjana akan mereput.

8Yang berhikmah dalam hati akan terima perintah: tetapi orang bebal yang mengoceh akan jatuh.

9Dia yang berjalan dengan jujur berjalan dengan pasti: tetapi dia yang mencabuli jalannya akan dikenali.

10Dia yang mengenyit mata menyebabkan dukacita: tetapi orang bebal yang mengoceh akan jatuh.

11Mulut orang benar ialah perigi kehidupan: tetapi keganasan menutupi mulut orang durjana.

12Kebencian menimbulkan persengketaan: tetapi kasih menutupi segala dosa.

13Pada bibir orang yang ada pemahaman ditemui hikmah: tetapi tongkat adalah bagi bahagian belakang orang yang kekosongan pemahaman.

14Orang berhikmah mengumpulkan pengetahuan: tetapi mulut orang bebal menghampiri kebinasaan.

15Kekayaan orang kaya ialah kotanya yang kuat: kebinasaan orang miskin ialah kemiskinan mereka.

16Jerih lelah orang benar cenderung kepada kehidupan: dan buah orang durjana kepada dosa.

17Yang memegang arahan berada di jalan kehidupan: tetapi orang yang menolak teguran adalah salah.

18Dia yang menyembunyikan benci dengan bibir yang menipu, dan dia yang mengucapkan sesuatu fitnah, ialah orang bebal.

19Di dalam banyak perkataan tiada kekurangan dosa: tetapi dia yang menahan bibirnya berhikmah.

20Lidah orang benar seperti perak pilihan: hati orang durjana kurang nilainya.

21Bibir orang benar memberi makan kepada banyak orang: tetapi orang bebal mati kerana kekurangan hikmah.

22Berkat TUHAN, ia menjadikan kaya, dan dia tidak menambahkan dukacita kepadanya.

23Ia dianggap sebagai mainan kepada orang bebal untuk melakukan kenakalan: tetapi orang yang ada pemahaman mempunyai hikmah.

24Ketakutan orang durjana akan menimpanya: tetapi keinginan orang benar akan dikabulkan.

25Seperti puting beliung yang berlalu, demikianlah orang durjana tiada lagi: tetapi orang benar ialah dasar yang abadi.

26Seperti cuka pada gigi, dan seperti asap pada mata, demikianlah si lamban bagi mereka yang mengutusnya.

27Takut akan TUHAN memanjangkan hayat: tetapi tahun-tahun orang durjana akan dipendekkan.

28Harapan orang benar akan menjadi kegembiraan: tetapi hasrat orang durjana akan terhapus.

29Jalan TUHAN ialah kekuatan kepada yang jujur: tetapi kebinasaan akan terjadi kepada para pekerja kedurjanaan.

30Orang benar tidak akan dialihkan: tetapi orang durjana tidak akan mendiami bumi.

31Mulut orang benar mengeluarkan hikmah: tetapi lidah yang rewel akan dipotong keluar.

32Bibir orang benar tahu apa yang boleh diterima: tetapi mulut orang durjana berbicara kerewelan.