1Lebih baik orang miskin yang berjalan dalam integritinya, daripada dia yang babil dalam bibirnya, dan merupakan orang bebal.
2Juga, jiwa yang tidak berpengetahuan adalah tidak baik; dan dia yang bergegas dengan kakinya berdosa.
3Kebebalan orang mencabuli jalannya: dan hatinya gusar terhadap TUHAN.
4Kekayaan mendatangkan banyak kawan; tetapi orang miskin diasingkan daripada jirannya.
5Seorang saksi palsu tidak akan bebas daripada hukuman, dan dia yang cakap bohong tidak akan terlepas.
6Banyak yang akan merayu untuk keredaan penguasa: dan setiap orang akan berkawan dengan si pemberi hadiah.
7Semua saudara orang miskin membencinya: apatah lagi kawan-kawannya yang menjauhinya itu? dia mengejar mereka dengan kata-kata, namun mereka ketiadaan baginya.
8Dia yang memperoleh hikmah mengasihi jiwanya sendiri: dia yang memelihara pemahaman akan menemui apa yang baik.
9Seorang saksi palsu tidak akan terlepas daripada hukuman, dan dia yang mengucap bohong akan binasa.
10Kesukaan tidak wajar bagi orang bebal; apalagi seorang hamba yang memegang pemerintahan mengatasi pembesar.
11Budi bicara seseorang menangguhkan kemarahannya; dan ia kemuliaannya untuk melangkaui pelanggaran.
12Murka raja adalah seperti ngauman singa; tetapi keredaannya adalah seperti embun di atas rumput.
13Seorang anak yang bebal ialah bencana ayahnya: dan perbalahan seorang isteri adalah seperti titisan yang berterusan.
14Rumah dan kekayaan ialah warisan bapa-bapa leluhur: dan seorang isteri yang berhemat ialah kurniaan Tuhan.
15Kekukangan membuang ke dalam tidur yang lelap; dan jiwa yang melahu akan menderita kelaparan.
16Dia yang memelihara perintah memelihara jiwanya sendiri; tetapi orang yang memandang hina jalan-jalan dia akan mati.
17Dia yang berbelas kasihan kepada orang miskin meminjam kepada TUHAN; dan apa yang telah dia beri akan TUHAN membayarnya semula.
18Hukumlah anakmu sementara ada harapan, dan janganlah jiwamu melepaskannya kerana tangisan.
19Orang yang hebat murkanya akan menderita hukuman: sebab jika kamu menyelamatkannya pun, kamu harus melakukannya sekali lagi.
20Dengarlah nasihat, dan terimalah arahan, supaya kamu dapat menjadi berhikmah pada waktu penghujung hayatmu.
21Ada banyak rancangan dalam hati manusia; walau bagaimanapun kehendak TUHAN itulah yang tetap teguh.
22Apa yang diinginkan pada seseorang ialah kebudiannya: dan seorang miskin lebih baik daripada seorang pembohong.
23Takut akan TUHAN cenderung kepada kehidupan: dan dia yang memilikinya akan tinggal puas; dia tidak akan dikunjungi celaka.
24Orang yang kekukangan menyembunyikan tangannya di dadanya, dan setakat mengembalikannya ke mulutnya pun tidak.
25Pukul si pencemuh, dan orang pandir akan berhati-hati: dan cela seorang yang ada pemahaman, dan dia akan memahami pengetahuan.
26Dia yang menindas ayahnya, dan menghalau ibunya, ialah seorang anak yang menyebabkan malu, dan membawa aib.
27Berhentilah, hai anakku, daripada mendengar arahan yang menyimpang daripada kata-kata pengetahuan.
28Seorang saksi yang tidak salih mencemuh penghakiman: dan mulut orang jahat melahap kedurjanaan.
29Penghakiman tersedia bagi pencemuh, dan sebatan bagi belakang orang bebal.