Proverbs 20

Amsal 20

1Wain itu memperolok-olokkan, minuman keras itu meradang: dan sesiapa yang terperdaya olehnya tidak berhikmah.

2Ketakutan daripada raja adalah seperti ngauman singa: sesiapa yang memprovokasinya kepada kemarahan berdosa terhadap jiwanya sendiri.

3Ia kehormatan bagi seseorang untuk berhenti bersengketa: tetapi setiap orang bebal akan terus masuk campur.

4Si lamban tidak akan membajak kerana memakai alasan sejuk; maka dia akan mengemis pada musim menuai, dan mendapat kosong.

5Pertimbangan dalam hati manusia adalah seperti air yang dalam; tetapi orang yang ada pemahaman akan menimbanya keluar.

6Kebanyakan orang akan mengisytiharkan kebaikannya sendiri: tetapi orang setia dapat ditemui siapa?

7Orang yang benar berjalan dalam integritinya: anak-anaknya diberkati menurutinya.

8Seorang raja yang duduk di atas takhta penghakiman menjadikan segala kejahatan bertempiaran dengan matanya.

9Siapakah yang dapat berkata, aku telah mentahirkan hatiku, aku suci daripada segala dosaku?

10Timbang yang berlainan dan sukatan yang berlainan, kedua-duanya kekejian sama kepada TUHAN.

11Kanak-kanak pun dikenali oleh perbuatannya, sama ada kerjanya itu suci, dan sama ada ia betul.

12Telinga yang mendengar, mata yang melihat, TUHAN telah menjadikan kedua-duanya.

13Jangan suka tidur, supaya jangan kamu menjadi miskin; bukalah matamu, dan kamu akan dipuaskan dengan roti.

14Tidak baik, tidak baik, kata si pembeli: tetapi ketika dia sudah pergi, dia bermegah.

15Ada emas, dan banyak batu delima: tetapi bibir yang berpengetahuan ialah batu permata yang berharga.

16Ambillah pakaian dia yang menjadi penaja jamin bagi orang asing: dan cagaran daripada dia kerana perempuan asing.

17Roti pendayaan adalah manis bagi seseorang; tetapi selepas itu mulutnya akan diisi dengan batu kelikir.

18Setiap tujuan dimantapkan oleh nasihat: dan dengan nasihat yang baik peperangan dapat dilaksanakan.

19Dia yang merayau-rayau sebagai seorang pembawa mulut mendedahkan rahsia: oleh itu, jangan masuk campur dengan dia yang mengampu dengan bibirnya.

20Sesiapa yang mengutuki bapanya atau ibunya, pelitanya akan dipadamkan di dalam kegelapan yang kelam lebam.

21Suatu warisan mungkin diperoleh dengan tergesa-gesa pada mulanya; tetapi pada akhirnya ia tidak akan diberkati.

22Janganlah kamu berkata, aku akan membalas kejahatan; tetapi nantikanlah TUHAN, dan dia akan menyelamatkanmu.

23Batu timbangan yang berlainan ialah kekejian kepada TUHAN; dan alat timbang yang palsu tidak baik.

24Langkah-langkah manusia ditentukan oleh TUHAN; maka bagaimanakah ia mungkin bagi orang memahami jalannya sendiri?

25Ia merupakan jerat bagi orang yang melahap apa yang kudus, dan selepas bernazar untuk mempersoalkannya.

26Seorang raja yang berhikmah menjadikan orang durjana bertempiaran, dan mengenakan roda pengisar ke atas mereka.

27Roh manusia ialah lilin TUHAN, yang menyelami segala bahagian lubuk hati.

28Belas kasihan dan kebenaran mengekalkan raja: dan takhtanya ditopang belas kasihan.

29Kemuliaan orang muda ialah kekuatan mereka: dan keindahan orang tua ialah kepala yang beruban.

30Kebiruan luka membersih keluar kejahatan: demikian juga sebatan membersihkan bahagian-bahagian lubuk hati.