Proverbs 2

Amsal 2

1Hai anakku, jika kamu mahu menerima kata-kataku, dan menyimpan perintah-perintahku di dalam dirimu;

2Supaya kamu mencondongkan telingamu kepada hikmah, dan memakai hatimu kepada pemahaman;

3Ya, jikalau kamu berseru untuk pengetahuan, dan mengangkat suaramu untuk pemahaman;

4Jikalau kamu mencarinya seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam;

5Maka kamu akan memahami takut akan TUHAN, dan menemui pengetahuan akan Allah.

6Sebab TUHAN yang memberi hikmah: daripada mulutNya datang pengetahuan dan pemahaman.

7Dia menyediakan hikmah sihat bagi yang benar: dia utar-utar bagi mereka yang jalannya jujur.

8Dia mengekalkan jalan-jalan penghakiman, dan memelihara jalan orang kudusNya.

9Maka kamu akan memahami kewajaran, dan penghakiman, dan kesaksamaan; ya, setiap jalan yang baik.

10Apabila hikmah memasuki hatimu, dan pengetahuan menyenangkan jiwamu;

11Budi bicara akan mengekalkanmu; pemahaman akan memeliharakanmu:

12Untuk melepaskanmu daripada jalan orang jahat, daripada orang yang mengucapkan apa yang rewel;

13Yang meninggalkan jalan-jalan kejujuran, untuk berjalan di dalam jalan-jalan kegelapan;

14Yang bersukacita untuk berbuat jahat, dan berseronok dalam kerewelan orang durjana;

15Yang jalannya bengkok, dan mereka rewel di dalam jalan mereka:

16Untuk melepaskanmu daripada perempuan asing, yakni daripada orang asing yang mengampu dengan kata-katanya;

17Yang meninggalkan pemandu hidup masa mudanya, dan melupakan waad Allahnya.

18Sebab rumahnya condong ke maut, dan jalan-jalannya kepada orang mati.

19Tiada yang pergi kepadanya kembali semula, dan mereka juga tidak berpegang kepada jalan-jalan kehidupan.

20Supaya kamu dapat berjalan dalam jalan orang baik, dan berpegang kepada jalan-jalan orang benar.

21Sebab yang jujur akan berdiam di tanah itu, dan yang sempurna akan menetap di dalamnya.

22Tetapi orang durjana akan dipotong keluar daripada bumi, dan para pelanggar akan dicabut keluar darinya.