Proverbs 24

Amsal 24

1Jangan kamu beriri hati terhadap orang jahat, dan juga jangan ingin berada bersama mereka.

2Sebab hati mereka belajar kebinasaan, dan bibir mereka berbicara kenakalan.

3Oleh hikmah rumah dibina, dan melalui pemahaman ia dimantapkan.

4Dan melalui pengetahuan kamar-kamar akan diisi dengan segala kekayaan yang berharga dan menyenangkan.

5Orang yang berhikmah adalah kuat; ya, orang yang berpengetahuan menambahkan kekuatan.

6Sebab dengan nasihat yang berhikmah kamu akan mengadakan peperanganmu: dan di dalam keramaian penasihat adanya keselamatan.

7Hikmah itu terlalu tinggi bagi orang bebal: dia tidak membuka mulutnya di pintu gerbang.

8Dia yang merancang untuk berbuat jahat akan dipanggil seorang yang nakal.

9Pemikiran kebebalan ialah dosa: dan si pencemuh ialah kekejian kepada manusia.

10Jika kamu lemah pada hari kesusahan, kekuatanmu itu sikit sahaja.

11Jika kamu menahankan diri untuk menyelamatkan mereka yang ditarik ke maut, dan mereka yang siap untuk dibunuh;

12Jika kamu berkata, Lihatlah, kami tidak ketahuinya; tidakkah dia yang merenung hati menimbang itu? dan dia yang menjaga jiwamu, tidak tahukah dia? dan tidakkah dia membalas kepada setiap orang setimpal dengan pekerjaannya?

13Hai anakku, makanlah madu, kerana ia baik; dan indung madu, yang manis rasanya:

14Demikianlah jadinya pengetahuan hikmah bagi jiwamu: sesudah kamu menemuinya, adanya kemudian suatu ganjaran, dan harapanmu tidak akan diputuskan.

15Jangan mendekam menanti, hai orang durjana, untuk kediaman orang benar; jangan menjarah tempat istirahatnya:

16Sebab orang benar jatuh tujuh kali, dan bangkit semula: tetapi orang durjana akan jatuh ke dalam kecelakaan.

17Janganlah bersukacita apabila musuhmu jatuh, dan jangan biar hatimu bergembira apabila dia tersandung:

18Supaya jangan TUHAN melihat itu, dan ia tidak menyenangkan hatinya, lalu dia memalingkan murkanya daripada orang itu.

19Jangan dirimu gusar kerana orang yang jahat, dan juga jangan dirimu beriri hati terhadap orang yang durjana;

20Sebab ganjaran tiada bagi orang jahat; nyala lilin orang durjana akan dipadamkan.

21Hai anakku, biar kamu takut akan TUHAN dan raja: dan janganlah masuk campur dengan mereka yang cenderung kepada perubahan.

22Sebab kecelakaan mereka akan muncul dengan tiba-tiba; dan siapakah yang mengenal kemampuan kebinasaan oleh kedua-dua mereka itu?

23Hal-hal ini juga dimiliki orang berhikmah. Ia tidak baik untuk memandang bulu dalam penghakiman.

24Dia yang berkata kepada orang durjana, Kamu benar; dia itulah yang akan dikutuk rakyat, bangsa-bangsa akan memandang keji akannya:

25Tetapi pada mereka yang menegur dia akan ada kesukaan, dan suatu berkat yang baik akan datang ke atas mereka.

26Setiap orang akan mencium bibir orang yang memberi jawapan yang wajar.

27Siapkan kerjamu di luar, dan jadikan ladangmu sesuai bagi dirimu; dan baru kemudian binalah rumahmu.

28Jangan menjadi saksi untuk menentang jiranmu tanpa apa sebab; dan jangan memperdaya dengan bibirmu.

29Jangan berkata, aku akan berbuat kepadanya seperti yang dia buat kepadaku: Aku akan membalas orang itu setimpal dengan kerjanya.

30Aku mendekati ladang orang yang kekukangan, dan kebun anggur orang yang kekosongan pemahaman;

31Dan, lihatlah, semuanya diliputi duri, dan rumpai netel telah menutupi permukaan itu, dan dinding batu di situ telah runtuh.

32Jadi aku melihat, dan mempertimbangkannya dengan baik-baik: Aku memandang kepadanya, dan menerima arahan.

33Sedikit lagi tidur, sedikit lagi kantuk, sedikit lagi melipat tangan untuk tidur:

34Maka datanglah kemiskinanmu seperti orang dalam perjalanan, dan kekuranganmu sebagai orang bersenjata.