1Seperti salji pada musim panas, dan hujan pada musim menuai, demikianlah hormat itu tidak sepadan dengan orang bebal.
2Seperti burung yang merayau lalu dan seperti burung kelayang yang terbang lalu, demikanlah kutukan tanpa sebab tidak akan datang.
3Cemeti bagi kuda, tali kekang bagi keldai, dan tongkat untuk bahagian belakang orang bebal.
4Jangan menjawab si bebal menurut kebebalannya, supaya jangan kamu juga menjadi serupa dengannya.
5Jawab si bebal menurut kebebalannya, supaya jangan dia memandai dalam keangkuhannya sendiri.
6Dia yang mengirim pesan melalui tangan si bebal memenggal kaki, dan meminum kemusnahan.
7Kaki orang tempang tidak seimbang: demikian juga perumpamaan di mulut orang bebal.
8Seperti orang yang mengikat batu pada penghumban, demikianlah dia yang memberi penghormatan kepada orang bebal.
9Seperti duri yang menusuk tangan si pemabuk, demikian juga perumpamaan di mulut orang bebal.
10Allah yang Maha Besar yang telah membentuk segalanya mengganjari orang bebal dan mengganjari para pelanggar.
11Seperti anjing yang kembali kepada muntahnya, demikianlah si bebal yang kembali kepada kebebalannya.
12Nampakkah kamu orang yang memandai dalam keangkuhannya? ada lebih harapan bagi orang bebal daripadanya.
13Orang yang kekukangan berkata, Ada singa yang menghalang jalan; ada singa di tengah-tengah jalan.
14Seperti pintu yang mengayun pada engselnya, demikianlah orang yang kekukangan di atas katilnya.
15Orang yang kekukangan menyembunyikan tangannya di dadanya; ia mendukakannya untuk membawa tangannya itu kembali kepada mulutnya.
16Si lamban lebih memandai dalam keangkuhannya daripada tujuh orang yang dapat memberi hujahan.
17Dia yang lalu, dan masuk campur persengketaan yang tidak berkenaan dengannya, adalah seperti orang yang menarik anjing pada bahagian telinganya.
18Seperti orang gila yang menembakkan panah api, anak panah dan maut,
19Demikanlah orang yang memperdayakan jirannya, lalu berkata, Bukankah aku bermain-main?
20Di mana tiada kayu, di situ api padam: maka di mana tiada pembawa mulut, di situ persengketaan berhenti.
21Seperti arang bagi bara, dan kayu bagi api; demikianlah orang yang suka berbalah untuk menyalakan persengketaan.
22Kata-kata pembawa mulut adalah seperti luka, dan ia turun memasuki bahagian perut yang paling dalam.
23Bibir yang membakar dan hati yang durjana adalah seperti pecahan tembikar yang disaluti tahi leburan perak.
24Dia yang membenci mencerai-berai dengan bibirnya, dan mengumpul pendayaan dalam dirinya;
25Apabila dia berucap dengan baik, jangan percaya kepadanya: sebab ada tujuh kekejian dalam hatinya.
26Iaitu dia yang bencinya ditutupi pendayaan, kedurjanannya akan dinyatakan di hadapan seluruh jemaah.
27Sesiapa yang menggali lubang akan jatuh ke dalamnya: dan dia yang menggolekkan batu, batu itu akan kembali menimpa dirinya.
28Lidah yang berbohong membenci mereka yang diseksa olehnya; dan mulut yang mengampu mengerjakan kebinasaan.