1Jangan memegahkan diri akan hari esok; sebab kamu tidak tahu apa yang akan dibawa sesuatu hari.
2Biar orang lain yang memujimu, dan bukan mulutmu sendiri; seorang yang asing, dan bukan bibirmu sendiri.
3Batu itu berat, dan pasir itu berat; tetapi murka si bebal lebih berat daripada kedua-duanya.
4Murka itu kejam, dan kemarahan melampau-lampau, tetapi siapa yang dapat bertahan dengan dengki?
5Teguran terbuka lebih baik daripada kasih yang rahsia.
6Luka oleh kawan adalah setia; tetapi ciuman musuh memperdayakan.
7Insan yang kenyang meluat indung madu; tetapi bagi insan yang lapar segala yang pahit adalah manis.
8Seperti burung yang merayau dari sarangnya, demikianlah orang yang merayau dari tempatnya.
9Salap dan minyak wangi menyukakan hati: begitulah juga kemanisan seorang kawan dengan kesungguhan nasihatnya.
10Kawanmu sendiri, dan kawan bapamu, jangan tinggalkan; dan jangan juga masuk rumah saudara lelakimu pada hari malapetaka: sebab lebih baik seorang jiran yang dekat daripada seorang saudara lelaki yang jauh.
11Hai anakku, jadilah berhikmah, dan gembirakan hatiku, supaya aku dapat menjawab orang yang mencercaku.
12Orang yang berhemat nampak kecelakaan, dan menyembunyikan dirinya; tetapi yang pandir lalu sahaja, dan dihukum.
13Ambil jubah orang yang merupakan penaja jamin kepada orang asing, dan ambil cagaran daripada orang kerana perempuan asing.
14Dia yang memberkati sahabatnya dengan suara yang kuat, sementara bangun awal-awal pagi, itu akan dihitung sebagai kutuk baginya.
15Titisan air yang tidak terhenti pada hari yang banyak hujan dan seorang perempuan yang suka berbalah adalah serupa.
16Sesiapa yang menyembunyikan perempuan itu menyembunyikan angin, dan minyak sebelah tangan kanannya, yang menampakkan diri sendiri.
17Besi menajamkan besi; begitu juga seseorang menajamkan wajah kawannya.
18Sesiapa yang menjaga pokok ara akan memakan buahnya: demikian dia yang melayani tuannya akan dihormati.
19Seperti pada air wajah mencerminkan wajah, demikian hati manusia kepada manusia.
20Neraka dan kebinasaan selalu tidak kenyang; demikian mata manusia selalu tidak akan puas.
21Seperti kui peleburan bagi perak, dan perapian bagi emas; demikian seseorang bagi pujian yang diterimanya.
22Walaupun kamu menumbuk seorang bebal bersama-sama gandum di dalam lesung batu dengan penumbuk, kebebalannya masih tidak akan meninggalkannya.
23Jadilah tekun untuk mengenal keadaan kawananmu, dan telitikanlah dengan baik ternakan-ternakanmu.
24Sebab kekayaan bukan untuk selamanya: dan adakah mahkota kekal ke setiap generasi?
25Jerami muncul dan rumput muda menunjukkan diri, dan tumbuh-tumbuhan gunung dikumpulkan.
26Domba-domba adalah untuk pakaian, dan kambing-kambing menjadi nilai ladang.
27Dan kamu akan ada susu kambing yang mencukupi bagi makananmu, bagi makanan rumahtanggamu, dan bagi pengekalan para hamba perempuanmu.