Proverbs 8

Amsal 8

1Tidakkah hikmah berseru? dan pemahaman melantangkan suaranya?

2Dia berdiri di atas tempat-tempat yang tinggi, dan di lalu lintas tempat-tempat perjalanan.

3Dia berseru di pintu-pintu gerbang, di tempat masuk kota, di kawasan lalu lintas pintu.

4Kepada kalianlah, hai kaum lelaki, aku memanggil; dan suaraku adalah kepada anak-anak lelaki manusia.

5Wahai kalian yang pandir, fahamilah hikmah: dan kalian yang bebal, biar dirimu ada hati yang faham.

6Dengar; sebab aku akan mengucapkan hal-hal yang cemerlang; dan pada pembukaan bibirku akan ada hal-hal yang betul.

7Sebab mulutku akan mengucap kebenaran; dan kedurjanaan ialah kekejian bagi bibirku.

8Semua perkataan mulutku adalah dalam kewajaran; tiada apa yang rewel atau yang babil di dalamnya.

9Kesemuanya jelas bagi dia yang faham, dan betul bagi mereka yang mencari pengetahuan.

10Terimalah arahanku, dan bukan perak; dan pengetahuan daripada menerima emas pilihan.

11Sebab hikmah lebih baik daripada batu delima; dan segala yang mungkin diingini tidak harus dibandingkan dengannya.

12Aku, hikmah, berdiam bersama-sama kebijaksanaan, dan menemui pengetahuan akan ciptaan-ciptaan pintar.

13Takut akan TUHAN adalah untuk membenci kejahatan: kesombongan, dan keangkuhan, dan jalan kejahatan, dan mulut yang rewel, aku benci.

14Nasihat dan hikmah sihat kepunyaanku: Akulah pemahaman; Aku memiliki kekuatan.

15Oleh aku para raja memerintah, dan para penguasa mendekrikan keadilan.

16Oleh aku para penguasa, dan para bangsawan, bahkan semua hakim di bumi memerintah.

17Aku mengasihi mereka yang mengasihiku; dan mereka yang mencariku awal-awal akan menemuiku.

18Kekayaan dan kehormatan ada padaku; ya, kekayaan dan kewajaran yang tahan lama.

19Buahku lebih baik daripada emas, ya, bahkan melebihi emas tulen; dan hasilku lebih baik daripada perak pilihan.

20Aku memimpin di jalan kewajaran, di tengah-tengah jalan penghakiman:

21Supaya aku menyebabkan mereka yang mengasihiku untuk mewarisi harta; dan aku akan mengisi penuh perbendaharaan mereka.

22TUHAN memilikiku sejak permulaan jalan-jalannya, sebelum karya-karyanya yang purbakala.

23Aku telah ditegakkan sejak keabadian silam, dari permulaannya, atau sebelum kewujudan bumi.

24Ketika tiada samudera raya, aku dilahirkan; ketika tiada mata air yang berkelimpahan dengan air.

25Sebelum gunung-gunung ditetapkan, sebelum adanya bukit-bukit aku dilahirkan:

26Sementara dia belum menjadikan bumi, atau padang-padang, atau bahagian debu tanah yang paling tinggi di dunia.

27Ketika dia menyiapkan syurga, aku ada di sana: ketika dia menetapkan suatu lingkaran di atas permukaan samudera raya:

28Ketika dia memantapkan awan-awan di atas: ketika dia menguatkan mata-mata air samudera raya:

29Ketika dia memberi lautan dekrinya, bahawa air tidak harus melampaui perintahnya: ketika dia menetapkan dasar-dasar bumi:

30Pada waktu itu aku berada pada sisinya, sebagai seorang yang dibesarkan dengannya. dan aku kesukaannya setiap hari, sedang kala bersukacita selalu di hadapannya;

31Bersukacita di tempat bumi yang boleh didiami; dan kesukaan-kesukaanku adalah dengan anak-anak manusia.

32Maka sekarang endahkanku, wahai anak sekalian: sebab berbahagialah mereka yang memegang jalan-jalanku.

33Dengarlah arahan, dan jadilah berhikmah, dan janganlah menolaknya.

34Berbahagialah orang yang mendengarku, yang berjaga setiap hari di pintu gerbangku, dan yang menunggu di tiang-tiang pintuku.

35Sebab sesiapa yang menemuiku menemui hidup, dan akan memperoleh keredaan TUHAN.

36Tetapi dia yang berdosa terhadapku bersalah terhadap jiwanya sendiri: semua orang yang membenciku mengasihi maut.