Psalms 107

Mazmur 107

1Ya beri syukur kepada TUHAN, sebab dia baik: sebab belas kasihannya kekal selamanya.

2Biar orang yang ditebus TUHAN berkata demikian, yang telah dia tebus daripada tangan musuh;

3Dan telah mengumpulkan mereka dari negeri-negeri, dari timur, dan dari barat, dari utara, dan dari selatan.

4Mereka mengembara di padang gurun secara sunyi; mereka tidak menemui apa pun kota untuk didiami.

5Sementara lapar dan dahaga, jiwa mereka lemah di dalam diri mereka.

6Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesesakan mereka, dan dia melepaskan mereka daripada penderitaan-penderitaan mereka.

7Dan dia memimpin mereka mengikut jalan yang betul, supaya mereka dapat pergi ke suatu kota kediaman.

8Ya sekiraya manusia memuji TUHAN bagi kebaikannya, dan bagi perbuatan-perbuatannya yang ajaib kepada anak-anak manusia!

9Sebab dia memuaskan jiwa yang keinginan, dan mengisi jiwa lapar dengan kebaikan.

10Orang yang duduk dalam kegelapan dan dalam bayang-bayang maut, sementara dibelenggu dalam kesengsaraan dan besi;

11Kerana mereka memberontak terhadap firman-firman Allah, dan memandang hina nasihat Yang Maha Tinggi:

12Oleh sebab itu, dia merendahkan hati mereka dengan jerih lelah; mereka jatuh, dan tiada untuk menolong.

13Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesesakan mereka, dan dia menyelamatkan mereka daripada penderitaan-penderitaan mereka.

14Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan dan bayang-bayang maut, dan memecahkan belenggu mereka berkecai.

15Ya sekiranya manusia memuji TUHAN bagi kebaikannya, dan bagi perbuatan-perbuatannya yang ajaib kepada anak-anak manusia!

16Sebab dia telah memecahkan pintu-pintu gerbang bras, dan memotong putus palang-palang besi.

17Orang bebal kerana pelanggaran mereka, dan kerana kedurjanaan mereka, diseksa.

18Jiwa mereka mual segala jenis daging; dan mereka mendekati pintu-pintu gerbang maut.

19Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesesakan mereka, dan dia menyelamatkan mereka daripada penderitaan-penderitaan mereka.

20Dia menyampaikan firmannya, lalu menyembuhkan mereka, dan melepaskan mereka daripada kebinasaan-kebinasaan mereka.

21Ya sekiranya manusia memuji TUHAN bagi kebaikannya, dan bagi perbuatan-perbuatannya yang ajaib kepada anak-anak manusia!

22Dan biar mereka mengorbankan korban-korban kesyukuran, dan mengisytiharkan perbuatan-perbuatannya dengan bersuka ria.

23Mereka yang turun ke lautan dalam kapal-kapal, yang berurus niaga di lautan yang luas;

24Orang-orang ini melihat karya-karya TUHAN, dan keajaiban-keajaibannya di air yang dalam.

25Sebab dia memerintahkan, dan membangkitkan ribut yang kencang, yang meninggikan ombak-ombaknya.

26Ia meninggi sampai ke langit, ia turun semula ke air yang dalam: jiwa mereka hancur kerana kesesakan.

27Mereka berpusing ke sana sini, dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk, dan berada dalam keadaan habis akal.

28Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesesakan mereka, dan dia membawa mereka keluar daripada penderitaan-penderitaan mereka.

29Dia menjadikan ribut itu tenang, supaya ombak-ombaknya diam.

30Kemudian mereka bergembira kerana ia reda; lalu dia membawa mereka ke pelabuhan yang diinginkan mereka.

31Ya sekiranya manusia memuji TUHAN bagi kebaikannya, dan bagi perbuatan-perbuatannya yang ajaib kepada anak-anak manusia!

32Biar mereka menyanjungi dia di jemaah umat itu, dan memujinya di perhimpunan para orang penatua.

33Dia mengubahkan sungai-sungai kepada padang gurun, dan mata air kepada tanah kering;

34Suatu ladang yang berhasil kepada ketandusan, sebab kedurjanaan orang yang berdiam di dalamnya.

35Dia mengubahkan padang gurun kepada kolam air, dan tanah kering kepada mata air.

36Dan di sana dia menjadikan orang yang lapar untuk berdiam, supaya mereka dapat menyiapkan suatu kota bagi kediaman;

37Dan menabur ladang-ladang itu, dan menanam kebun anggur, yang dapat menghasilkan buah yang bertambah.

38Dia juga memberkati mereka, supaya mereka digandakan dengan banyak; dan tidak mengizinkan ternakan-ternakan mereka untuk berkurang.

39Sekali lagi, mereka dikecilkan bilangan dan direndahkan melalui penindasan, kesengsaraan, dan dukacita.

40Dia mencurahkan hina ke atas para penguasa, dan menyebabkan mereka mengembara di padang gurun, iaitu tempat yang tiada jalan.

41Namun dia menempatkan orang miskin di tempat tinggi mengatasi kesengsaraan, dan menjadikannya berkeluarga banyak seperti kawanan domba.

42Orang benar akan melihat itu, dan bersukacita: dan segala kedurjanaan akan tutup mulut.

43Barang siapa yang berhikmah, dan akan memerhatikan hal-hal ini, mereka itulah yang akan memahami kasih sayang TUHAN.