Psalms 14

Mazmur 14

1Kepada pemimpin ahli muzik, Mazmur Daud. Orang bebal telah berkata dalam hatinya, Tiada Allah. Mereka rosak, mereka telah melakukan perbuatan keji, tiada yang berbuat baik.

2TUHAN memandang dari syurga kepada anak-anak manusia, untuk melihat jika ada yang memahami, dan mencari akan Allah.

3Mereka semua sudah menyeleweng, mereka semua sekali telah menjadi kotor: tiada yang berbuat baik, tidak ada, seorang pun tiada.

4Sudahkah semua pekerja kedurjanaan kekosongan pengetahuan? yang memakan habis umatku seperti memakan roti, dan tidak memanggil kepada TUHAN?

5Di sanalah mereka berada dalam ketakutan yang besar: sebab Allah berada di dalam generasi orang benar.

6Kalian telah mengaibkan nasihat orang miskin, oleh sebab TUHAN merupakan tempat perlindungannya.

7Ya sekiranya keselamatan Israel sudah datang dari Sion! ketika TUHAN membawa pulang umatnya yang tertawan, Yakub akan bersukacita, dan Israel akan bergembira.