1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Mazmur Daud, hamba TUHAN, yang telah menyatakan kepada TUHAN kata-kata lagu ini pada hari yang TUHAN melepaskannya daripada tangan semua musuhnya, dan daripada tangan Saul: Dan dia berkata, aku akan mengasihimu, ya TUHAN, kekuatanku.
2TUHAN gunung batuku, dan kubu pertahananku, dan penyelamatku; Allahku, kekuatanku, yang kepadanya aku percaya; utar-utarku, dan tanduk keselamatanku, dan menara tinggiku.
3Aku akan memanggil Tuhan, yang layak untuk dipuji: demikianlah aku akan diselamatkan daripada musuh-musuhku.
4Dukacita maut mengelilingiku, dan banjir orang yang tidak salih menjadikanku takut.
5Dukacita neraka mengelilingiku: jerat-jerat maut mendahului aku.
6Dalam kesesakanku aku telah memanggil TUHAN, dan berseru kepada Allahku: dia mendengar suaraku dari baitnya, dan seruanku datang menghadapnya, yakni kepada telinganya.
7Maka bumi pun gempa dan gementar; dasar-dasar bukit-bukit juga telah bergerak dan gempa, kerana dia murka.
8Ada asap yang keluar dari hidungnya, dan api yang dari mulut membinasakan: batu arang dinyalakan olehnya.
9Dia juga menundukkan syurga, dan turun: dan kegelapan ada di bawah kakinya.
10Dan dia menunggang malaikat kerub dan memang terbang: ya, dia memang terbang di atas sayap angin.
11Dia menjadikan kegelapan tempat rahsianya; astaka yang mengelilinginya ialah air gelap dan awan langit yang tebal.
12Di kecerahan yang ada di hadapannya awannya yang tebal berlalu, berserta hujan batu dan arang bernyala.
13TUHAN juga berguruh di syurga, dan Yang Maha Tinggi bersuara; berserta hujan batu dan arang bernyala.
14Ya, dia mengutus keluar anak-anak panahnya, dan menyelerakkannya; dan dia menembak kilat keluar, lalu menyesakkan mereka.
15Maka saluran-saluran perairan kelihatan, dan dasar-dasar dunia terdedah kerana teguranmu, ya TUHAN, kerana hembusan nafas dari lubang hidungmu.
16Dia memanggil dari atas, dia mengambilku, dia menarikku keluar dari lautan yang besar.
17Dia menyelamatkanku daripada musuhku yang kuat, dan daripada mereka yang membenci aku: sebab mereka terlalu kuat bagiku.
18Mereka mendahuluiku pada hari malapetakaku: tetapi TUHAN menjadi penopangku.
19Dia juga membawaku ke tempat yang lapang; dia menyelamatkanku, kerana dia bersuka dalamku.
20TUHAN mengganjariku menurut kewajaranku; menurut ketahiran tanganku dia telah memberi pampasan kepadaku.
21Sebab aku telah menjaga jalan-jalan TUHAN, dan tidak dengan durjana menyimpang daripada Allahku.
22Sebab segala penghakimannya ada di depanku, dan aku tidak menjauhkan ketetapannya daripadaku.
23Aku juga jujur di hadapannya, dan telah menahan diriku daripada kedurjanaanku.
24Oleh sebab itu TUHAN telah memberi pampasan kepadaku menurut kewajaranku, menurut ketahiran tanganku di pandangan matanya.
25Bagi orang yang berbelas kasihan engkau akan memperlihatkan dirimu berbelas kasihan; bagi orang jujur engkau akan memperlihatkan dirimu jujur;
26Bagi orang yang suci kamu akan memperlihatkan kesucianmu; dan bagi orang rewel kamu akan memperlihatkan kerewelanmu.
27Sebab engkau akan menyelamatkan orang yang dideritakan; tetapi akan menurunkan wajah-wajah yang menyombong.
28Sebab engkau akan menyalakan lilinku: TUHAN Allahku akan mencerahkan kegelapanku.
29Sebab melaluimu aku sudah lari menembusi pasukan askar; dan melalui Allahku aku telah melompati tembok.
30Bagi Allah pula, jalannya sempurna: firman TUHAN telah diuji: dia utar-utar kepada semua orang yang percaya kepadanya.
31Sebab siapakah yang Allah kecuali TUHAN? atau siapakah yang gunung batu kecuali Allah kita?
32Allah yang mengikat pinggangku dengan kekuatan, dan menjadikan jalanku sempurna.
33Dia menjadikan kakiku seperti kaki rusa, dan meletakkanku di tempat yang tinggi.
34Dia mengajar tanganku untuk berperang, supaya suatu busur besi dipatahkan oleh lenganku.
35Engkau juga telah memberikanku perisai keselamatanmu: dan tangan kananmu telah menyokongku, dan kelemah-lembutanmu telah menjadikanku hebat.
36Engkau telah melapangkan tempat di bawah langkah-langkahku, sehingga kakiku tidak tergelincir.
37Aku telah mengejar musuh-musuhku, dan telah memotong jalan mereka: dan aku tidak berpaling semula sehingga mereka habis dihanguskan.
38Aku telah melukakan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit: mereka telah rebah di bawah kakiku.
39Sebab engkau telah mengikat pinggangku dengan kekuatan bagi pertempuran: kamu telah menundukkan kepadaku mereka yang bangkit melawanku.
40Engkau juga telah memberi kepadaku leher musuh-musuhku; supaya aku dapat membinasakan mereka yang membenci aku.
41Mereka berseru tetapi tiada sesiapa pun yang menyelamatkan mereka: malah mereka berseru kepada TUHAN, tetapi dia tidak menjawab mereka.
42Maka aku memukul mereka menjadi sehalus debu di hadapan angin: aku memang menyingkirkan mereka seperti habuk di jalan raya.
43Engkau telah melepaskanku daripada perselisihan umat itu; dan engkau telah menjadikanku kepala kepada orang pagan: bangsa yang aku tidak pernah kenal akan melayaniku.
44Sebaik sahaja mendengar tentangku, mereka akan mentaatiku: orang asing akan menundukkan diri mereka kepadaku.
45Orang asing akan lesap, dan akan menjadi takut dari tempat persembunyian mereka.
46TUHAN hidup; dan terpujilah gunung batuku; dan biar Allah keselamatanku disanjungi.
47Allah yang membalas dendam bagiku, dan yang menundukkan bangsa-bangsa di bawahku.
48Dia menyelamatkanku daripada musuh-musuhku: ya, kamu telah mengangkatkanku mengatasi mereka yang bangkit melawanku: kamu telah menyelamatkanku daripada orang yang ganas.
49Oleh sebab itu aku akan memberi syukur kepadamu, ya TUHAN, di antara orang pagan, dan menyanyi pujian bagi namamu.
50Keselamatan yang besar telah diberinya kepada rajanya; dan menunjukkan belas kasihan kepada orang yang diurapinya, kepada Daud, dan kepada benihnya selamanya.