Psalms 27

Mazmur 27

1Mazmur Daud. TUHAN cahayaku dan keselamatanku; kepada siapakah aku harus takut? TUHAN ialah kekuatan hidupku; kepada siapakah aku harus gementar?

2Ketika orang durjana, musuh-musuhku dan seteru-seteruku, mendatangiku untuk memakan dagingku, mereka tersandung dan terjatuh.

3Meskipun suatu angkatan mengepungku, hatiku tidak akan takut: meskipun peperangan bangkit melawanku, aku akan berkeyakinan dalam ini.

4Satu perkara yang aku rindu daripada TUHAN, perkara yang aku kejar; adalah supaya aku dapat berdiam di rumah TUHAN sepanjang hayatku, untuk melihat keindahan TUHAN, dan untuk bertanya di dalam baitnya.

5Sebab pada masa kesusahan dia akan menyembunyikanku di astakanya: di ruang rahsia khemahnya dia akan menyembunyikanku; dia akan meletakkanku di atas batu.

6Dan sekarang kepalaku akan diangkat melebihi musuh-musuhku yang mengelilingiku: oleh sebab itu aku akan mempersembahkan di khemahnya korban-korban sukacita; aku akan menyanyi, ya aku akan menyanyi puji-pujian kepada TUHAN.

7Dengar; ya TUHAN, ketika aku berseru dengan suaraku: berbelas kasihan juga terhadapku, dan jawablah aku.

8Ketika engkau berkata, Carilah wajahku; hatiku berkata kepadamu, Wajahmu, TUHAN, akanku cari.

9Jangan sembunyikan wajahmu jauh daripadaku; jangan menyingkirkan hambamu dalam kemarahanmu: engkau pertolonganku; jangan pergi daripadaku, dan jangan meninggalkanku, ya Allah keselamatanku.

10Ketika ayah dan ibuku meninggalkanku, TUHAN akan menyambutku.

11Ajarku jalanmu, ya TUHAN, dan pimpinku ke jalan yang rata, kerana musuh-musuhku.

12Jangan menyerahkanku kepada kehendak musuh-musuhku: sebab saksi-saksi palsu telah bangkit menentangku, dan mereka jenis yang menghembuskan kekejaman.

13Aku sudah menjadi lemah, kalau bukan kepercayaanku untuk melihat kebaikan TUHAN di tanah orang yang hidup.

14Nantikanlah TUHAN: Bertabah hati, dan dia akan menguatkan hatimu: Aku berkata nantikan TUHAN.