1Untuk pemimpin Ahli Muzik, Suatu mazmur Daud, hamba TUHAN. Pelanggaran orang jahat berbicara di dalam hatiku bahawa tiada ketakutan Allah di hadapan matanya.
2Sebab dia mengampu dirinya di hadapan matanya sendiri, sehingga kedurjanaannya didapati sungguh terbenci.
3Kata-kata mulutnya ialah kedurjanaan dan perdayaan: dia telah meninggalkan keperluan untuk menjadi berhikmah, dan untuk berbuat baik.
4Dia merekaciptakan kenakalan di atas katilnya; dia menetapkan dirinya di dalam jalan yang tidak baik; dia tidak meluat pada kejahatan.
5Belas kasihanmu, ya TUHAN, adalah di dalam syurga; dan kesetiaanmu mencapai ke awan.
6Kewajaranmu adalah seperti gunung-gunung yang besar; penghakiman-penghakimanmu adalah seperti samudera raya yang besar: ya TUHAN, engkau mengekalkan manusia dan binatang.
7Betapa cemerlang kasih sayangmu, ya Allah! maka anak-anak manusia menaruh percaya mereka di bawah bayang-bayang sayapmu.
8Mereka akan dipuaskan berlimpah-limpah dengan kegemukan rumahmu; dan engkau akan menjadikan mereka untuk minum daripada sungai kesenangan-kesenanganmu.
9Sebab bersamamu ada mata air kehidupan: dalam cahayamu kita akan melihat cahaya.
10Ya lanjutkanlah kasih sayangmu kepada mereka yang mengenalmu; dan kewajaranmu kepada yang jujur dalam hati.
11Jangan biar kaki kesombongan datang menentangku, dan jangan biar tangan orang durjana mengusir aku.
12Di sana pengerja kedurjanaan jatuh: mereka dilemparkan ke bawah, dan tidak akan mampu bangun.