1Mazmur Daud. Belalah perjuanganku, ya TUHAN, terhadap mereka yang bersengketa denganku: lawanlah mereka yang melawan aku.
2Peganglah perisai dan utar-utar dan berdirilah untuk bantuanku.
3Keluarkan juga tombak, dan hentikan jalan orang yang menganiayaku: berkatalah kepada jiwaku, Akulah keselamatanmu.
4Biar mereka dikelirukan dan taruh malu kepada orang yang berusaha mencabut jiwaku: biar mereka yang merancangkan kecelakaanku dipalingkan balik dan dibawa kepada kekeliruan.
5Biarlah mereka seperti sekam di hadapan angin: dan biarlah malaikat TUHAN menghalau mereka.
6Biarlah jalan mereka itu gelap dan licin: dan biarlah malaikat TUHAN menganiaya mereka.
7Sebab tanpa apa pun sebab mereka telah menyembunyikan untuk aku jaring mereka di lubang, yang tanpa apa pun sebab mereka telah gali bagi jiwaku.
8Biar pembinasaan menimpa dia pada waktu yang tidak tersangka; dan biar jaringnya yang telah dia sembunyikan menjerat dirinya sendiri: ke dalam pembinasaan yang itu biarlah dia jatuh.
9Dan jiwaku akan bersukacita dalam TUHAN: ia akan bersukacita dalam keselamatannya.
10Semua tulangku akan berkata, TUHAN, siapakah seperti engkau, yang menyelamatkan orang miskin daripada dia yang terlalu kuat untuknya, ya, orang miskin dan orang yang keperluan daripada orang yang menjarahnya?
11Ada saksi palsu yang bangkit; mereka telah membuat tuduhan terhadap aku tentang perkara-perkara yang aku tidak ketahui.
12Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan sampai menjarah jiwaku.
13Tetapi bagi aku, apabila mereka telah jatuh sakit, pakaianku menjadi pakaian berkabung: aku merendahkan jiwaku dengan puasa; dan doaku kembali timbul dalam dadaku.
14Aku memperlakukan diriku seolah-olah dia merupakan sahabatku atau saudaraku: Aku tunduk berkeluh-kesah, seperti seorang yang meratap bagi ibunya.
15Tetapi dalam kesusahanku pula mereka bersukacita, dan berkumpul bersama: ya, bangsat-bangsat ini telah berkumpul bersama terhadapku, dan itu tidak diketahui aku; mereka mengoyakkanku, dan tidak berhenti:
16Dengan orang munafik yang mengolok-olok di jamuan-jamuan, mereka menggertak terhadapku dengan gigi mereka.
17Tuhan, berapa lama lagi akan engkau melihat sahaja? selamatkanlah jiwaku daripada pembinasaan, buah hatiku daripada singa-singa!
18Aku akan memberi syukur kepadamu dalam jemaah yang besar: aku akan memujimu di kalangan ramai orang.
19Jangan biar mereka yang merupakan musuh-musuhku secara salah bersukacita ke atasku: juga jangan biar mereka yang membenciku tanpa sebab mengenyit mata.
20Sebab mereka tidak berbicara damai sejahtera: tetapi mereka merekakan hal-hal tipu daya terhadap orang yang tenteram di negeri.
21Ya, mereka telah membuka mulut mereka luas terhadapku, dan telah berkata, Aha, aha, mata kami telah melihat itu.
22Ini telah engkau lihat, ya TUHAN: jangan kekal berdiam: ya Tuhan, jangan menjauhiku.
23Cemaskanlah dirimu, dan bangunlah kepada pembelaanku, malah kepada perkaraku, ya Allah dan Tuhanku.
24Hakimilah aku, ya TUHAN Allahku, menurut kewajaranmu; dan jangan biar mereka bersukacita atas diriku.
25Jangan biar mereka berkata dalam hati mereka, Ah, jadi kita akan memilikinya: biar mereka tidak berkata, Kita telah menelannya.
26Biar mereka malu dan dibawa kepada kekeliruan bersama orang yang bersukacita atas kerugianku: biar mereka dikenakan pakaian malu dan keaiban, yang membesarkan diri mereka terhadapku.
27Biar mereka bersorak-sorai sukacita, dan bergembira, yang berpihak kepada perkara benarku: ya, biar mereka berkata selalu, Biar TUHAN dibesarkan, yang ada kesenangan dalam kemakmuran hambanya.
28Dan lidahku akan mengucapkan kewajaranmu dan pujianmu sepanjang hari.