1Mazmur Daud, untuk peringatan. Ya TUHAN, jangan tegurku dalam murkamu: dan juga jangan menghukumku dalam kepanasan ketidaksenanganmu.
2Sebab anak-anak panahmu tertembus teguh padaku, dan tanganmu menekanku dengan keras sekali.
3Tiada kesihatan dalam dagingku kerana kemarahanmu; dan juga tiada rehat dalam tulang-tulangku kerana dosaku.
4Sebab kedurjanaanku telah bertimbun mengatasi kepalaku: seperti suatu beban berat, ia terlalu berat bagiku.
5Luka-lukaku berbau busuk dan bernanah kerana kebebalanku.
6Aku disusahkan; aku telah sangat ditundukkan; aku meratap sepanjang hari.
7Sebab pinggangku penuh dengan penyakit yang menjijikan: dan tiada apa pun kesihatan dalam dagingku.
8Aku lemah dan sudah remuk habis: aku telah merintih kerana kekacauan hatiku.
9Tuhan, segala keinginanku adalah di hadapanmu; dan keluhanku tidak tersembunyi daripadamu.
10Jantungku berdebar-debar, dan kekuatanku lesap: bagi cahaya di mataku, ia juga sudah lesap.
11Para kekasihku dan kawanku menyisih kerana penyakitku; dan sanak saudaraku menjauh.
12Mereka yang juga ingin nyawaku memasang jerat bagiku: dan mereka yang mengikhtiarkan celakaku mengucapkan hal-hal yang nakal, dan membayangkan tipu daya sepanjang hari.
13Tetapi aku, seperti orang yang pekak, tidak mendengarnya; dan aku adalah seperti orang bisu yang tidak membuka mulutnya.
14Demikianlah aku seperti orang yang tidak mendengar, dan di dalam mulutnya tiada teguran.
15Sebab dalammu, ya TUHAN, aku berharap: engkau akan mendengar, ya Tuhan Allahku.
16Sebab aku berkata, Dengarlah aku, supaya jangan mereka bersukacita atasku: ketika kakiku tergelincir, mereka membesar-besarkan diri mereka terhadapku.
17Sebab aku sudah ingin berhenti, dan dukacitaku selalu di depanku.
18Sebab aku akan mengisytiharkan kedurjanaanku; aku akan insaf akan dosaku.
19Tetapi musuh-musuhku sangat bertenaga, dan mereka kuat: dan mereka yang membenciku telah digandakan.
20Orang yang membalas jahat bagi kebaikan juga merupakan para seteruku; kerana aku mengikut apa yang baik.
21Jangan meninggalkanku, ya TUHAN: ya Allahku, jangan menjauhiku.
22Segera datang untuk menolongku, ya Tuhan keselamatanku.