1Kepada pemimpin Ahli Muzik, yakni kepada Yedutun, Mazmur Daud. Aku berkata, aku akan menjaga jalan-jalanku, supaya aku tidak berdosa dengan lidahku: aku akan menjaga mulutku dengan kekang, sementara orang durjana ada di hadapanku.
2Aku telah berbisu dengan keheningan, aku kekal diam, malah berdiam mengucap hal yang baik; dan dukacitaku ditimbulkan.
3Hatiku membara di dalamku, sementara aku merenung, apinya berkobar-kobar: kemudian aku berbicara dengan lidahku,
4TUHAN, buat aku memahami ajalku, dan sukatan jangka hayat umurku, apanya itu; supaya aku tahu betapa fananya diriku ini.
5Lihatlah, engkau telah menjadikan jangka hayatku seperti panjang satu lebar tangan; dan umurku adalah seperti kosong di hadapan engkau: sesungguhnya setiap orang dalam keadaannya yang paling baik pun adalah sama sekali sia-sia. Sela.
6Sudah tentulah setiap orang menjalani hidup dalam pertunjukkan yang sia-sia: sudah tentulah mereka keasyikan dengan sia-sia: dia melonggokkan kekayaan, dan tidak tahu siapa yang akan mengumpulkannya.
7Dan sekarang, ya Tuhan, apakah yang aku nantikan ini? harapanku adalah di dalam engkau.
8Lepaskanlah aku daripada segala pelanggaranku: jangan menjadikanku cercaan orang bebal.
9Aku telah berbisu, aku tidak membuka mulutku; kerana engkau telah melakukannya.
10Jauhkanlah sebatanmu daripadaku: aku sudah dihanguskan oleh pukulan tanganmu.
11Ketika engkau dengan teguran memperbetulkan manusia bagi kedurjanaan, engkau menjadikan keindahannya untuk melesap habis seperti ngegat: tentulah setiap manusia ialah kesia-siaan. Sela.
12Dengarlah doaku, ya TUHAN, dan condonglah telingamu kepada seruanku; janganlah menahan damai sejahteramu ketika air mataku mengalir: sebab aku seorang yang asing kepadamu, dan seorang perantau, seperti semua bapa leluhurku dahulu.
13O sayangilah aku, supaya aku dapat memulihkan kekuatan, sebelum aku pergi dari sini, dan tidak ada lagi.