1Kepada pemimpin Ahli Muzik di Shoshanim, bagi bani Korah, Mascil, Suatu lagu kasih. Hatiku sedang mengimlakkan suatu hal yang baik: Aku mengucap apa yang telah dikaryakanku berkenaan raja: lidahku merupakan pena seorang jurutulis yang sudah sedia.
2Engkau lebih indah daripada anak-anak manusia: kesantunan tercurah pada bibirmu: oleh sebab itu Allah telah memberkatimu selama-lamanya.
3Ikatlah pedangmu pada pahamu, Ya Yang Maha Kuasa, dengan kemuliaanmu dan keagunganmu.
4Dan dalam keagunganmu mara dengan makmur kerana kebenaran dan sikap suka menurut dan kewajaran; dan tangan kananmu akan mengajarmu apa yang dahsyat.
5Anak-anak panahmu adalah tajam dalam jantung musuh-musuh raja; dengan itu rakyat jatuh ke bawahmu.
6Takhtamu, Ya Allah, adalah untuk selama-lamanya: cokmar kerajaanmu adalah cokmar kewajaran.
7Engkau mengasihi kewajaran, dan membenci kedurjanaan: maka Allah, Allahmu, telah mengurapimu dengan minyak kegembiraan mengatasi teman-temanmu.
8Semua pakaianmu berbau mur, gaharu, dan kayu manis, dari istana-istana gading, yang dengannya mereka telah menyukakanmu.
9Puteri-puteri raja ada di antara perempuan kehormatanmu: di sebelah tangan kananmu ada berdiri permaisuri berhiaskan emas dari Ofir.
10Dengarlah, hai perempuan, dan pertimbangkan, dan cenderungkan telingamu; lupakan juga bangsamu sendiri, dan rumahtangga ayahmu;
11Demikian raja akan sungguh mengingini kecantikanmu: sebab dia merupakan Tuhanmu; dan bersembahyanglah kepadanya.
12Dan puteri Tirus akan berada di sana dengan suatu pemberian; orang kaya di kalangan rakyat pun akan merayu untuk keredaanmu.
13Puteri raja di dalam dengan penuh kemuliaan: pakaiannya berpakankan emas.
14Dia akan dibawa kepada raja dengan pakaian hasil jahitan: perawan-perawan iaitu teman-temannya akan dibawa kepadamu.
15Dengan kegembiraan dan kegirangan akan mereka dibawa: mereka akan masuk ke dalam istana raja.
16Sebalik daripada bapa-bapamu, anak-anakmu itulah yang dapat engkau jadikan penguasa seluruh bumi.
17Aku akan menjadikan namamu diingati semua generasi: oleh sebab itu, rakyat akan memujimu selamanya dan selamanya.