1Kepada pemimpin Ahli Muzik bagi bani Korah. Allah ialah tempat perlindungan dan kekuatan, pertolongan yang sungguh berada pada waktu kesesakan.
2Oleh sebab itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi dialihkan, dan walaupun gunung dibawa ke tengah-tengah laut;
3Walaupun lautan mengaum dan dikacau, walaupun gunung-gunung bergoncang dengan geloranya. Sela.
4Ada suatu sungai, yang alirannya akan menjadikan kota Allah gembira, tempat kudus khemah-khemah Yang Maha Tinggi.
5Allah berada di tengah-tengahnya; ia tidak akan dialihkan: Allah akan membantunya, dan itu dengan awal benar.
6Orang pagan meradang, kerajaan-kerajaan dialihkan: dia membunyikan suaranya, dan bumi pun melebur.
7TUHAN angkatan ada bersama kita; Allah Yakub ialah tempat perlindungan kita. Sela.
8Marilah, lihat karya-karya TUHAN, apa pemusnahan-pemusnahan yang telah dia buat di bumi.
9Dia menjadikan peperangan-peperangan berhenti sampai ke hujung bumi; dia mematahkan busur, dan membelah tombak kepada dua; dia membakar kereta kuda di dalam api.
10Berdiam, dan ketahuilah bahawa akulah Allah: aku akan disanjungi di antara orang pagan, aku akan disanjungi di seluruh bumi.
11TUHAN angkatan alam semesta ada bersama kita; Allah Yakub ialah tempat perlindungan kita. Sela.