Psalms 5

Mazmur 5

1Kepada pemimpin Ahli Muzik di Nehilot, Mazmur Daud. Beri pendengaran kepada kata-kataku, ya TUHAN, pertimbangkan renunganku.

2Endahkan suara seruanku, ya Rajaku, dan Allahku: sebab kepadamulah aku berdoa.

3Suaraku akan engkau dengar pada waktu pagi, ya TUHAN; pada waktu pagi aku akan menuju doaku kepadamu, dan aku akan memandang ke atas.

4Sebab kamu bukanlah Allah yang ada kesenangan dalam kedurjanaan: dan kejahatan juga tidak akan berdiam bersamamu.

5Orang bebal tidak akan bertahan di hadapan pandanganmu: engkau membenci segala pekerja kedurjanaan.

6Engkau akan membinasakan mereka yang berbicara kepalsuan: TUHAN akan memandang keji orang yang menumpah darah dan yang memperdayakan.

7Tetapi bagiku, aku akan datang memasuki rumahmu dalam belas kasihanmu yang banyak: dan dalam takut akan engkau akanku sembahyang ke arah bait kudusmu.

8Pimpinlah aku, ya TUHAN, dalam kewajaranmu kerana musuh-musuhku; jadikan jalanmu lurus di hadapan wajahku.

9Sebab kesetiaan tiada di dalam mulut mereka; bahagian lubuk hati mereka ialah kedurjanaan besar; kerongkong mereka ialah makam ternganga; mereka mengampu dengan lidah mereka.

10Binasakanlah mereka, wahai Allah; biar mereka jatuh melalui pertimbangan-pertimbangan mereka sendiri; buang mereka keluar dalam pelanggaran-pelanggaran mereka yang banyak; sebab mereka telah memberontak terhadap engkau.

11Tetapi biar semua mereka yang menaruh kepercayaan kepadamu bersukacita: biar mereka selalu menyorakkan kesukaan, kerana engkau mempertahankan mereka: biar mereka juga yang mengasihi namamu bersukacita di dalam engkau.

12Sebab engkau, TUHAN, akan memberkati orang benar; engkau akan mengelilinginya dengan keredaan seperti perisai.