Psalms 50

Mazmur 50

1Mazmur Asaf. Allah Yang Maha Kuasa, yakni TUHAN, telah berfirman, dan memanggil bumi dari terbit matahari sampai terbenamnya itu.

2Dari Sion, kesempurnaan keindahan, Allah telah bersinar.

3Allah kita akan datang, dan tidak akan kekal berdiam: suatu api akan menghanguskan di hadapannya, dan di kelilingnya akan sungguh ribut.

4Dia akan memanggil kepada syurga di atas, dan kepada bumi, supaya dia dapat menghakimi umatnya.

5Kumpulkanlah orang-orang kudusku kepadaku; orang-orang yang telah membuat waad bersamaku oleh korban.

6Dan syurga akan mengisytiharkan kewajarannya: sebab Allah sendiri ialah hakim. Sela.

7Dengar, hai umatku, dan aku akan berfirman; Hai Israel, dan aku akan bersaksi menentang kamu: Akulah Allah, yakni Allah kamu.

8Aku mencelamu bukan kerana korban-korbanmu atau persembahan-persembahan bakaranmu, yang telah berada dengan kekal di hadapanku.

9Aku tidak akan mengambil apa pun lembu dari rumahmu, atau kambing jantan dari ternakan-ternakanmu.

10Sebab semua binatang di hutan adalah milikku, dan lembu-lembu yang ada di seribu bukit.

11Aku kenal segala burung pergunungan: dan binatang-binatang di ladang adalah milikku.

12Jika aku lapar, aku tidak akan memberitahumu: sebab dunia adalah milikku, dengan kepenuhan di dalamnya.

13Akankah kumakan daging lembu, atau minum darah kambing?

14Persembahkanlah kepada Allah kesyukuran; dan bayarlah nazarmu kepada Yang Maha Tinggi.

15Dan panggilku pada hari kesesakan: Aku akan menyelamatkanmu dan kamu akan memuliakanku.

16Tetapi kepada yang durjana Allah berfirman, Apakah urusanmu untuk mengisytiharkan peraturan-peraturanku, atau untuk memakai waadku pada mulutmu?

17Memandangkan kamu membenci arahan, dan membuang kata-kataku ke belakangmu.

18Ketika kamu melihat pencuri, kamu kemudian berizin dengannya, dan telah menyertai para penzina.

19Kamu telah menyerahkan mulutmu kepada kejahatan, dan lidahmu membentuk perdayaan.

20Kamu duduk dan berbicara menentang saudaramu; kamu memfitnah anak lelaki ibumu sendiri.

21Semua itu telah dilakukanmu, dan aku telah berdiam diri; Kamu ingat bahawa aku sama sekali seperti dirimu: Tetapi aku akan mencelamu, dan membentangkannya dengan teratur di hadapan matamu.

22Sekarang pertimbangkanlah ini, hai kalian yang melupakan Allah, supaya jangan aku habis mengoyak-ngoyakkan kalian dan tiada yang dapat menyelamatkan kalian.

23Barang siapa yang mempersembahkan pujian memuliakanku: dan kepada orang yang mengaturkan perangainya dengan jujur akan kuperlihatkan keselamatan Allah.