Psalms 49

Mazmur 49

1Kepada pemimpin ahli Muzik, Suatu Mazmur bagi bani Korah. Dengarlah ini, hai orang sekalian; pasanglah telinga, hai segala penghuni dunia:

2Kedua-dua yang rendah dan yang tinggi, yang kaya dan yang miskin, bersama-sama.

3Mulutku akan berbicara hikmah; dan renungan hatiku akan ada pemahaman.

4Aku akan mencenderungkan telingaku kepada perumpamaan: aku akan membuka kata pujanggaku dengan bermain kecapi.

5Mengapakah aku harus takut pada waktu kejahatan, ketika kedurjanaan tumit-tumitku mengelilingiku?

6Mereka yang percaya kepada kemakmuran mereka, dan bermegah dalam kebanyakan kekayaan mereka;

7Tiada seorang pun di antara mereka yang dapat menebus saudaranya, atau memberi Allah suatu tebusan baginya:

8(Sebab penebusan bagi jiwa mereka adalah berharga, dan ia lenyap selama-lamanya:)

9Supaya dia dapat kekal hidup selamanya, dan tidak melihat kerosakkan tubuhnya.

10Sebab dia nampak bahawa orang berhikmah mati, sama seperti orang bebal dan orang kebinatangan mati, dan meninggalkan kemakmuran mereka kepada yang lain.

11Fikiran dalaman mereka adalah supaya rumah tangga mereka akan berlangsung untuk selamanya, dan tempat kediaman mereka kekal sampai semua generasi; mereka menggelarkan tanah mereka menurut nama mereka sendiri.

12Walau bagaimanapun manusia yang disegani tidak kekal: dia seperti binatang yang binasa.

13Jalan mereka ini merupakan kebebalan mereka: namun keturunan mereka bersetuju dengan kata-kata mereka. Sela.

14Seperti domba mereka dibaringkan di dalam kubur; maut akan memakan mereka; dan orang jujur akan memerintah atas mereka pada waktu pagi; dan keindahan mereka akan hangus di dalam kubur dari tempat kediaman mereka.

15Tetapi Allah akan menebus jiwaku dari kuasa kubur: sebab dia akan menerimaku. Sela.

16Janganlah kamu takut ketika seseorang dijadikan kaya, ketika kemuliaan rumahnya ditambahkan;

17Sebab apabila dia mati dia tidak akan membawa apa pun pergi: kemuliaannya tidak akan turut turun bersamanya.

18Walaupun sementara dia hidup dia memberkati jiwanya: dan manusia akan memujimu, ketika kamu berbuat baik kepada diri sendiri.

19Dia akan pergi kepada generasi nenek moyangnya; mereka tidak akan lagi melihat cahaya.

20Manusia yang disegani, dan yang tidak ada pemahaman, adalah seperti binatang yang binasa.