1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Mascil, Sebuah mazmur Daud, ketika Doeg, orang Edom itu datang dan memberitahu Saul, dan berkata kepadanya, Daud telah datang ke rumah Ahimelekh. Mengapakah kamu memegahkan diri dalam kenakalan, hai orang kuat? kebaikan Allah kekal terus-menerus.
2Lidahmu merancang kenakalan-kenakalan; seperti pisau cukur yang tajam, bekerja dengan perdayaan.
3Kamu mengasihi kejahatan lebih daripada kebaikan; dan perbuatan berbohong daripada bercakap kewajaran. Sela.
4Kamu mengasihi semua perkataan yang membaham, hai kamu lidah yang memperdayakan.
5Allah akan dengan demikian juga membinasakanmu untuk selamanya, dia akan mengambilmu, dan mencabut dirimu daripada tempat kediamanmu, dan mencabut akarmu dari tanah orang hidup. Sela.
6Orang benar juga akan melihat, dan beroleh takut, dan akan ketawa akan dia:
7Lihatlah, inilah orang yang tidak menjadikan Allah kekuatannya; tetapi percaya di dalam kelimpahan kekayaannya, dan menguatkan dirinya dlaam kedurjanaannya.
8Tetapi aku seperti pokok hijau di rumah Allah: aku percaya akan belas kasihan Allah untuk selama-lamanya.
9Aku akan memujimu untuk selamanya, kerana engkau telah melakukannya: dan aku akan menantikan namamu; sebab ia baik di hadapan orang-orang kudusmu.