Psalms 53

Mazmur 53

1Kepada pemimpin ahli muzik di Mahalat, Mascil, Mazmur Daud. Orang bebal telah berkata dalam hatinya, Tiada Allah. Mereka rosak, dan telah melakukan kedurjanaan yang keji: tiada yang berbuat baik.

2Allah memandang dari syurga kepada anak-anak manusia, untuk melihat jika ada yang memahami, dan mencari akan Allah.

3Mereka semua sudah undur: mereka semua sekali telah menjadi kotor: tiada yang berbuat baik, tidak ada, seorang pun tiada.

4Sudahkah semua pekerja kedurjanaan kekosongan pengetahuan? yang memakan habis umatku seperti memakan roti: mereka tidak memanggil kepada TUHAN.

5Di situ mereka berada dalam ketakutan besar, di mana tiada ketakutan: sebab Allah telah menyerakkan tulang-tulang dia yang berkhemah mengepungmu: kamu telah menjadikan mereka malu, kerana Allah telah memandang hina mereka.

6Oh kiranya bahawa keselamatan Israel sudah datang dari Sion! Ketika Allah membawa kembali tawanan umatnya, Yakub akan bersukacita, dan Israel akan beroleh gembira.