Psalms 7

Mazmur 7

1Shigayon Daud, yang telah dia nyanyikan kepada TUHAN, berkenaan kata-kata Kush, orang Benyamin itu. Ya TUHAN Allahku, di dalammu aku menaruh kepercayaanku: selamatkanku daripada segala orang yang menganiayaku, dan lepaskanlah aku:

2Supaya jangan dia mengoyak jiwaku seperti singa, mencarik-carikkannya bercerai-cerai, sementara tiada orang untuk menolong.

3Ya TUHAN Allahku, jika aku telah melakukan ini; jika ada kedurjanaan dalam tanganku;

4Jika aku telah mengganjari orang yang ada damai denganku dengan kejahatan; (ya, aku telah melepaskan orang yang tanpa sebab menjadi musuhku:)

5Biar musuh menganiaya jiwaku, dan mengambilnya; ya, biar dia memijak-mijak kehidupanku ke tanah, dan membaringkan kehormatanku di debu. Sela.

6Bangkitlah, ya TUHAN, dalam kemarahanmu, tinggikanlah dirimu kerana keradangan musuh-musuhku: dan bangun bagiku demi penghakiman yang telah engkau perintahkan.

7Dengan itu jemaah umat akan mengelilingimu: maka demi mereka kembalilah engkau ke tempat yang tinggi.

8TUHAN akan menghakimi rakyat: hakimilahku, ya TUHAN, menurut kewajaranmu, dan menurut integriti yang ada padaku.

9Oh biar kedurjanaan orang durjana berakhir; tetapi mantapkan orang benar: sebab Allah Yang Maha Benar menguji hati dan batin.

10Pertahananku adalah dari Allah, yang menyelamatkan orang yang jujur hatinya.

11Allah menghakimi orang benar, dan Allah marah dengan orang durjana setiap hari.

12Jika orang itu tidak berpaling, dia akan mengasah pedangnya; dia telah melenturkan busurnya, dan menjadikannya sedia.

13Dia juga telah menyiapkan bagi dirinya alat-alat kematian; dia mentahbiskan anak-anak panahnya terhadap para penganiaya itu.

14Lihatlah, orang itu sakit bersalin dengan kedurjanaan, dan telah mengandung kenakalan, dan melahirkan kepalsuan.

15Dia telah membuat lubang, dan menggalinya, dan telah jatuh ke dalam parit yang telah dibuatnya.

16Kenakalannya akan kembali menimpa kepalanya sendiri, dan layanan ganasnya akan menimpa batu kepalanya sendiri.

17Aku akan memuji TUHAN menurut kewajarannya: dan akan menyanyi pujian kepada nama TUHAN Yang Maha Tinggi.