Psalms 78

Mazmur 78

1Pengajaran Asaf. Pasanglah telinga, hai bangsaku, kepada hukumku: sendengkanlah telinga kalian kepada perkataan mulutku.

2Aku akan membuka mulutku dalam ucapan perumpamaan, aku akan mengucapkan kata-kata pujangga dari dahulukala:

3Yang telah kami dengar dan kenal, dan yang sudah bapa-bapa leluhur kami memberitahu kami.

4Kami tidak akan menyembunyikannya daripada anak-anak mereka, sementara menunjukkan kepada generasi yang akan datang puji-pujian TUHAN, dan kekuatannya, dan pekerjaan ajaib yang telah dia lakukan.

5Sebab Dia telah mendasarkan suatu kesaksian di dalam Yakub, dan menetapkan suatu hukum di dalam Israel, yang telah Dia memerintahkan kepada bapa-bapa leluhur kami, supaya mereka akan menjadikannya nyata kepada anak-anak mereka:

6Supaya generasi yang akan datang akan mengenalnya, malahan juga anak-anak yang akan dilahirkan; yang akan bangkit dan mengisytiharkannya kepada anak-anak mereka:

7Supaya mereka akan meletakkan harapan mereka di dalam Allah, dan tidak melupakan pekerjaan-pekerjaan Allah, tetapi memegang perintah-perintahNya:

8Dan tidak menjadi seperti bapa-bapa leluhur mereka, suatu generasi yang degil dan memberontak; generasi yang tidak menetapkan hati mereka dengan betul, dan yang rohnya tidak setia kepada Allah.

9Bani Efraim, sementara bersenjata, dan memikul anak-anak panah, telah berpaling pada hari pertempuran.

10Mereka tidak berpegang kepada waad Allah, dan menolak untuk menjalani hidup menurut hukum;

11Dan melupakan karya-karyanya, dan keajaiban-keajaibannya yang telah ditunjukkannya kepada mereka.

12Hal-hal ajaib telah dilakukannya di pandangan bapa-bapa leluhur mereka, di tanah Mesir, di padang Zoan.

13Dia membahagikan laut, dan menjadikan mereka menyeberanginya; dan dia menjadikan air untuk berdiri seperti longgokan.

14Pada waktu siang juga dia memimpin mereka dengan awan, dan pada seluruh malam dengan cahaya api.

15Dia membelah gunung batu di padang gurun, dan memberi mereka minum seperti dari tubir laut.

16Dia membawa keluar juga aliran-aliran air juga dari gunung batu itu, dan menjadikan air untuk mengalir turun seperti air-air sungai.

17Dan mereka lebih berdosa lagi terhadap dia dengan memprovokasi Yang Maha Tinggi di padang gurun.

18Dan mereka mencubai Allah di dalam hati mereka dengan meminta makanan untuk nafsu mereka.

19Ya, mereka berbicara menentang Allah; mereka berkata, Dapatkah Allah menyediakan sajian meja di padang gurun?

20Lihatlah, dia menyambar gunung batu, sehingga air memancar keluar, dan aliran-aliran air melimpah; dapatkah dia memberi roti juga? dapatkah dia menyediakan daging bagi umatnya?

21Oleh sebab itu, TUHAN mendengar itu, dan beroleh murka: demikianlah api dinyalakan terhadap Yakub, dan kemarahan juga naik menentang Israel;

22Kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan tidak percaya kepada keselamatannya:

23Meskipun dia telah memerintahkan awan dari atas, dan membuka pintu-pintu syurga,

24Dan telah menghujani mereka dengan manna untuk dimakan, dan telah memberi mereka biji bijian syurga.

25Manusia memang memakan makanan malaikat: dia menyampaikan makanan kepada mereka sampai penuh.

26Dia menyebabkan angin timur untuk meniup di syurga: dan oleh kuasanya dia membawa angin selatan.

27Dia juga menghujani mereka dengan daging seperti debu banyaknya, dan burung-burung berbulu seperti pasir laut:

28Dan dia menjatuhkannya di tengah-tengah perkhemahan mereka, di sekeliling tempat-tempat kediaman mereka.

29Maka mereka makan, dan dipenuhi dengan sekenyang-kenyangnya: sebab dia memberi mereka keinginan mereka sendiri.

30Mereka tidak terkekang daripada nafsu mereka. Tetapi sementara makanan mereka masih berada di mulut mereka,

31Murka Allah menimpa mereka, dan membunuh yang paling gemuk di kalangan mereka, dan menyambar orang-orang terpilih Israel.

32Bagi semua itu, mereka masih berdosa, dan tidak percaya akan karya-karyanya yang ajaib.

33Oleh sebab itu, hari-hari hayat mereka dia hanguskan dalam kesia-siaan, dan tahun-tahun hayat mereka dalam kesusahan.

34Ketika dia membunuh mereka, barulah mereka mencarinya: dan mereka kembali dan menanya awal-awal berkenaan Allah.

35Dan mereka mengingat bahwa Allah ialah gunung batu mereka, dan Allah Yang Maha Tinggi ialah penebus mereka.

36Walau bagaimanapun, mereka mengampu dia dengan mulut mereka, dan mereka berbohong kepadanya dengan lidah mereka.

37Sebab hati mereka tidak betul dengannya, dan mereka juga tidak berteguh di dalam waadnya.

38Tetapi dia, sementara penuh belas simpati, mengampuni kedurjanaan mereka, dan tidak membinasakan mereka: ya, banyak kali dia memalingkan kemarahannya, dan tidak membangkitkan seluruh murkanya.

39Sebab dia mengingat bahawa mereka daging semata-mata; angin yang berlalu sahaja, dan tidak kembali semula.

40Betapa kerap kali mereka memprovokasinya di padang gurun, dan mendukakannya di padang belantara!

41Ya, mereka berpatah balik dan mencubai Allah, dan mengehadkan Yang Maha Kudus Israel.

42Mereka tidak mengingati tangannya, dan juga tidak mengingati hari ketika dia menyelamatkan mereka daripada musuh.

43Iaitu bagaimana dia telah menempa tanda-tanda di Mesir, dan keajaiban-keajaibannya di ladang Zoan:

44Dan telah mengubahkan sungai-sungai mereka kepada darah; dan segala air takungan mereka, sehingga mereka tidak dapat minum.

45Dia menyampaikan pelbagai jenis lalat di tengah-tengah mereka, yang memakan mereka; dan katak, yang membinasakan mereka.

46Dia juga menyerahkan hasil tanaman mereka kepada ulat, dan hasil jerih lelah mereka kepada belalang juta.

47Dia membinasakan pokok-pokok anggur mereka dengan hujan batu, dan pokok sikamor mereka dengan ibun.

48Dia juga menyerahkan ternakan-ternakan mereka kepada hujan batu, dan kawanan-kawanan mereka kepada sambaran petir yang panas.

49Dia menimpa ke atas mereka keganasan kemarahannya, murka, dan amarah, dan kesesakan, dengan mengutus para malaikat jahat di kalangan mereka.

50Dia membuka jalan bagi kemarahannya; dia tidak sayang menyerahkan jiwa mereka kepada maut, tetapi menyerahkan nyawa mereka kepada wabak;

51Dan menyambar setiap anak sulung di Mesir; iaitu kekuatan mereka yang paling besar di khemah-khemah Ham:

52Tetapi menjadikan umatnya sendiri untuk maju seperti domba-domba, dan memandu mereka di padang gurun seperti satu kawanan.

53Dan dia membawa mereka dengan selamat, supaya mereka tidak takut: tetapi laut menyenakkan musuh-musuh mereka.

54Dan dia membawa mereka ke batasan tempat kudusnya, bahkan kepada gunung ini, yang telah dibeli tangan kanannya.

55Dia membuang keluar orang kafir juga di hadapan mereka, dan membahagikan tanah warisan mereka melalui tali pengukur, dan menjadikan suku-suku kaum Israel untuk berdiam di dalam khemah-khemah mereka.

56Namun mereka mencubai dan memprovokasi Allah Yang Maha Tinggi, dan tidak berpegang kepada kesaksian-kesaksiannya:

57Tetapi berpatah balik, dan berbuat tidak setia seperti bapa-bapa leluhur mereka: mereka telah memesong seperti busur yang memperdayakan.

58Sebab mereka memprovokasinya menjadi marah dengan tempat-tempat pemujaan tinggi mereka, dan menggerakkannya kepada kecemburuan dengan patung-patung ukiran mereka.

59Ketika Allah mendengar itu, dia beroleh murka, dan sungguh membenci Israel:

60Sehingga dia mengabaikan khemah di Silo, iaitu khemah yang ditempatkannya di kalangan manusia;

61Dan menyerahkan kekuatannya ke dalam tawanan, dan kemuliaannya ke dalam tangan musuh.

62Dia menyerahkan umatnya juga kepada pedang; dan juga murka dengan warisannya.

63Api itu menghanguskan teruna-teruna mereka; dan gadis-gadis mereka tidak diberi untuk berkahwin.

64Para imam mereka tertewas oleh pedang; dan para balu mereka tidak membuat apa pun ratapan.

65Kemudian Tuhan bangkit seperti orang yang bangun dari tidur, dan seperti lelaki gagah yang melaung kerana wain.

66Dan dia menyambar para musuhnya di bahagian belakang: dia menempatkan mereka ke dalam keaiban yang kekal.

67Tambahan pula, dia menolak khemah Yusuf, dan tidak memilih suku kaum Efraim:

68Tetapi memilih pula suku kaum Yehuda, gunung Sion yang dikasihinya.

69Dan dia membina tempat kudusnya seperti istana-istana tinggi, seperti bumi yang telah dimantapkannya selamanya.

70Dia memilih Daud juga, hambanya, dan mengambil Daud dari antara kawanan-kawanan domba:

71Daripada mengikut domba-domba yang sarat mengandung dengan anak domba, dia telah membawa Daud untuk memberi makan kepada Yakub, umatnya, dan Israel, warisannya sendiri.

72Maka dia memberi makan kepada mereka menurut integriti hatinya; dan memandu mereka oleh kemahiran tangannya.