Psalms 94

Mazmur 94

1Ya TUHAN Allah, yang kepadamu empunya pembalasan; ya Allah, yang kepadamu empunya pembalasan, tunjukkanlah dirimu.

2Angkatlah dirimu, ya engkau hakim kepada bumi: beri ganjaran kepada orang yang angkuh.

3TUHAN, berapakah lama akan orang durjana, berapakah lama akan orang durjana menyambut kemenangan?

4Berapakah lama akan mereka bertutur dan mengucap apa yang keras? dan semua pekerja kedurjanaan memegahkan diri mereka sendiri?

5Mereka memecah sehingga hancur berkecai umatmu, ya TUHAN, dan menyengsarakan warisanmu.

6Mereka membunuh balu dan orang asing, dan membunuh yang tidak berayah.

7Namun mereka berkata, TUHAN tidak akan melihat, dan Allah Yakub juga tidak akan mengendahkannya.

8Biar faham, hai kalian yang kebinatangan di kalangan umat: dan kalian yang bebal, bilakah akan diri kalian menjadi berhikmah?

9Dia yang telah menanamkan telinga, akankah dia tidak mendengar? dia yang telah membentuk mata, akankah dia tidak melihat?

10Dia yang menghukum para orang kafir, akankah dia tidak memperbetulkan? dia yang mengajar pengetahuan kepada manusia, akankah dia tidak tahu?

11TUHAN tahu fikiran manusia, bahawa ia kesia-siaan.

12Diberkatilah orang yang engkau hukum, ya TUHAN, dan mengajar dari hukummu;

13Supaya engkau boleh memberi dia rehat pada hari-hari kesesakan, sehingga lubang digali untuk orang durjana.

14Sebab TUHAN tidak akan membuang umatnya, dan dia juga tidak akan meninggalkan warisannya.

15Tetapi penghakiman akan kembali kepada kewajaran: dan semua yang jujur dalam hati akan mengikutinya.

16Siapakah yang akan bangkit bagi diriku terhadap para pelaku kejahatan? atau siapakah yang akan berpihak kepadaku terhadap para pekerja kedurjanaan?

17Kecuali TUHAN telah menjadi bantuanku, jiwaku hampir berdiam dalam kesenyapan.

18Ketika aku berkata, Kakiku tergelincir; belas kasihanmu, ya TUHAN, telah menegakkanku.

19Di dalam kebanyakan fikiranku di dalam diriku, penghiburan-penghiburanmu menyukakan jiwaku.

20Mungkinkah takhta kedurjanaan ada persekutuan denganmu, iaitu mereka yang merekakan kenakalan melalui suatu hukum?

21Mereka menghimpunkan diri mereka bersama terhadap jiwa orang benar, dan mengutuk darah yang tidak bersalah.

22Tetapi TUHAN ialah pertahananku; dan Allahku ialah batu perlindunganku.

23Dan dia akan menimpa ke atas mereka kedurjanaan mereka sendiri, dan akan memotong mereka keluar di dalam kedurjanaan mereka sendiri; ya, TUHAN Allah kita akan memotong mereka keluar.