Psalms 96

Mazmur 96

1O nyanyilah kepada TUHAN dengan lagu yang baru: nyanyilah kepada TUHAN, hai segenap bumi.

2Nyanyilah kepada TUHAN, pujilah namanya; khabarkanlah keselamatannya hari demi hari.

3Isytiharkanlah kemuliaannya di kalangan orang pagan, dan keajaiban-keajaibannya di kalangan seluruh umat.

4Sebab TUHAN besar, dan sungguh harus dipuji: dia harus ditakuti mengatasi semua allah.

5Sebab semua allah bangsa-bangsa adalah patung: tetapi TUHAN telah menjadikan syurga.

6Kemuliaan dan keagungan ada di hadapannya: kekuatan dan keindahan ada di dalam tempat kudusnya.

7Berilah kepada TUHAN, hai kalian sanak saudara umat, berilah kepada TUHAN kemuliaan dan kekuatan.

8Berilah kepada TUHAN kemuliaan yang layak kepada namanya: bawalah suatu persembahan, dan masuk ke dalam halamannya.

9O sembahlah TUHAN dalam keindahan kekudusan: takut di hadapannya, hai seluruh bumi.

10Berkatalah di kalangan orang pagan bahawa TUHAN bertakhta: dunia juga akan dimantapkan supaya ia tidak bergoyah: dia akan menghakimi umat dengan kewajaran.

11Biar syurga bersukacita, dan biar bumi bergembira; biar laut mengaum, dan dengan kepenuhannya.

12Biar ladang bersukacita, dan segala yang ada di dalamnya: maka segala pokok di hutan bersukacita

13Di hadapan TUHAN: sebab dia datang, sebab dia datang untuk menghakimi bumi: dia akan menghakimi dunia dengan kewajaran, dan menghakimi umat dengan kebenarannya.