Revelation 12

Wahyu 12

1Dan termuncullah suatu keajaiban yang besar di syurga; seorang perempuan yang berbajukan matahari, dan bulan di bawah kakinya, dan di atas kepalanya ada sebuah mahkota dua belas bintang:

2Dan dia yang sedang mengandung itu, mengeluh, sementara sakit bersalin, dan menderita untuk beranak.

3Dan termuncullah suatu lagi keajaiban di syurga; dan lihatlah, suatu naga merah yang besar yang ada tujuh kepala dan sepuluh tanduk, dan tujuh mahkota di atas kepala-kepalanya.

4Dan ekornya menarik sepertiga daripada bintang-bintang di langit, dan melemparkannya ke bumi: dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang sudah sedia untuk beranak, supaya dapat membaham anaknya sebaik sesudah ia dilahirnya.

5Dan perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki, yang harus memerintah segala bangsa dengan tongkat besi: dan anaknya telah diangkat kepada Allah, dan ke takhtanya.

6Dan perempuan itu melarikan diri ke padang gurun, yang ada tempat baginya yang sudah disediakan Allah, supaya mereka akan memberi makan kepadanya di sana untuk seribu dua ratus dan tiga kali dua puluh hari.

7Dan ada peperangan di syurga: Mikhael dengan para malaikatnya berlawan dengan naga itu; dan naga dengan para malaikatnya berlawan,

8Dan tidak menang; dan juga tidak menemui tempat mereka di syurga lagi.

9Dan naga besar itu telah dibuang keluar, iaitu ular tua itu, yang dipanggil Iblis, dan Syaitan, yang memperdayakan seluruh dunia: dia telah dibuang keluar ke bumi, dan para malaikatnya telah dibuang keluar bersamanya.

10Dan aku terdengar suara yang lantang di syurga berkata, Sekarang sudah datang keselamatan, dan kekuatan, dan kerajaan Allah kita, dan kuasa Kristusnya: sebab pendakwa para saudara kita sudah dilemparkan ke bawah, dia yang telah mendakwa mereka di hadapan Allah kita siang dan malam.

11Dan mereka mengatasi dia oleh darah Domba, dan oleh firman kesaksian mereka; dan mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai maut.

12Maka bersyukurlah, hai syurga sekalian, dan kalian yang berdiam di sana. Celakalah para penghuni bumi dan lautan! sebab iblis sudah turun kepada kalian, dengan murka yang besar, kerana dia tahu bahawa dia hanya ada waktu yang singkat.

13Dan ketika naga itu nampak bahawa dia sudah dilemparkan ke bumi, dia menganiaya perempuan itu yang telah melahirkan anak lelaki itu.

14Dan kepada perempuan itu telah diberi dua kepak burung helang besar, supaya dia dapat terbang ke padang gurun, ke tempatnya yang dia dipelihara untuk satu masa, dan dua masa, dan setengah masa, menjauhi wajah ular itu.

15Dan ular itu mengeluarkan dari mulutnya air seperti banjir kepada perempuan itu, supaya dia dapat menghanyutkan perempuan itu dengan banjir.

16Dan bumi membantu perempuan itu, dan bumi membuka mulutnya, dan menelan seluruh banjir yang naga keluarkan dari mulutnya.

17Dan naga itu murka dengan perempuan itu, dan pergi berperang dengan saki-baki benihnya, yang memegang perintah-perintah Allah, dan yang mempunyai kesaksian Yesus Kristus.