1Dan dia menunjukkanku sungai suci air kehidupan, sejernih kristal, yang mengalir keluar dari takhta Allah dan dari takhta Anak Domba.
2Di tengah-tengah jalan itu, dan di kedua-dua sisi sungai itu, ada pokok kehidupan, yang menghasilkan dua belas jenis buah, dan yang menghasilkan buahnya setiap bulan: dan daun-daun pokok itu adalah untuk kesembuhan bangsa-bangsa.
3Dan di sana tidak akan ada lagi kutuk: tetapi takhta Allah dan takhta Domba akan berada di dalamnya; dan hamba-hambanya akan melayaninya:
4Dan mereka akan melihat wajahnya; dan namanya akan berada di dahi mereka.
5Dan di sana tiada malam; dan mereka tidak memerlukan lilin, dan cahaya matahari pun tidak; sebab Tuhan Allah memberi mereka cahaya: dan mereka akan memerintah untuk selama-lamanya.
6Dan dia berkata kepadaku, Kata-kata ini adalah setia dan benar: dan Tuhan Allah para nabi yang kudus mengutus malaikatnya untuk menunjukkan kepada para hambanya apa yang harus dilakukan tidak lama lagi.
7Lihatlah, aku datang dengan segera: diberkatilah dia yang memegang kata-kata nubuatan kitab ini.
8Dan aku Yohanes nampak hal-hal ini, dan mendengarnya. Dan ketika aku telah mendengar dan melihat, aku jatuh untuk sembahyang di hadapan kaki malaikat itu yang menunjukkanku segalanya itu.
9Kemudian dia berkata kepadaku, Pastikan kamu tidak melakukan itu: sebab aku hamba sebaya denganmu, dan dari kalangan saudara-saudaramu, iaitu para nabi, dan dari kalangan orang-orang yang memegang kata-kata kitab ini: Sembahlah Allah.
10Dan dia berkata kepadaku, Jangan meteraikan nubuat kitab ini: sebab waktunya sudah dekat.
11Dia yang tidak benar, biar dia tetap tidak benar: dan dia yang kotor, biar dia tetap kotor: dan dia yang benar, biar dia tetap benar: dan dia yang kudus, biar dia tetap kudus.
12Dan, lihatlah, aku datang dengan segera; dan ganjaranku bersamaku, untuk membalas kepada setiap orang menurut apa pun perbuatannya.
13Akulah Alfa dan Omega, yang permulaan dan yang penamatan, yang pertama dan yang terakhir.
14Diberkatilah mereka yang melakukan perintah-perintahnya, supaya mereka ada hak ke atas pokok kehidupan, dan dapat masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu.
15Sebab yang tinggal di luar ialah anjing-anjing, dan para lelaki sihir, dan para pelanggan pelacur, dan para pembunuh, dan para penyembah berhala, dan sesiapa pun yang mencintai bohong dan berbuat bohong.
16Aku, Yesus, telah mengutus malaikatku untuk bersaksi kepada kalian hal-hal ini di dalam gereja. Akulah akar dan zuriat Daud, dan bintang fajar pagi terang itu.
17Dan Roh dan pengantin perempuan berkata, Datanglah. Dan biar dia yang mendengar berkata, Datanglah. Dan biar dia yang dahaga datang. Dan barang siapa yang ingin, biar dia mengambil air kehidupan dengan percuma.
18Sebab aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar kata-kata nubuat kitab ini, Jika sesiapa pun yang menambah kepada hal-hal ini, Allah akan menambah kepadanya celaka-celaka yang tertulis dalam kitab ini:
19Dan jika sesiapa pun yang menolak daripada kata-kata kitab nubuat ini, Allah akan menolak bahagiannya daripada kitab kehidupan, dan daripada kota yang kudus, dan daripada hal-hal yang tertulis dalam kitab ini.
20Dia yang bersaksi akan hal-hal ini berfirman, Aku pasti datang dengan segera. Amin. Dengan demikian, datanglah, Tuhan Yesus.
21Rahmat Tuhan Yesus Kristus menyertai kamu semua. Amin.