1Dan sesudah hal-hal itu aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, sementara memegang empat angin bumi, supaya angin tidak akan bertiup di bumi, dan juga tidak di lautan, dan juga tidak di mana-mana pokok.
2Dan aku nampak seorang lagi malaikat naik dari sebelah Timur, sementara mempunyai meterai Allah Yang Maha Hidup: dan dia berseru dengan suara yang lantang kepada empat malaikat, yang kepadanya ditugaskan untuk menyakiti bumi dan lautan,
3Dengan berkata, Jangan menyakiti bumi, dan juga lautan, dan juga pokok-pokok, sehingga kita telah memeteraikan hamba-hamba Allah kita di dahi mereka.
4Dan aku mendengar bilangan orang yang dimeteraikan: dan bilangan yang dimeteraikan ialah seratus dan empat puluh dan empat puluh ribu dari semua suku kaum bani Israel.
5Dari suku Yehuda ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Ruben ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Gad ada dimeteraikan dua belas ribu.
6Dari suku Asyer ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Naftali ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Manasye ada dimeteraikan dua belas ribu.
7Dari suku Simeon ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Lewi ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Isakhar ada dimeteraikan dua belas ribu.
8Dari suku Zebulon ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Yusuf ada dimeteraikan dua belas ribu. Dari suku Benyamin ada dimeteraikan dua belas ribu.
9Selepas itu aku melihat, dan ternampak, suatu kumpulan besar orang banyak, yang tidak dapat dibilang sesiapa pun, orang daripada semua bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berdiri menghadap takhta, dan menghadap Anak Domba itu, memakai jubah putih, dan daun palma di dalam tangan mereka;
10Dan berseru dengan suara lantang, menyatakan, Keselamatan ada pada Allah yang bersemayam di atas takhta, dan pada Anak Domba.
11Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, dan di sekeliling para penatua dan empat binatang itu, dan tersungkur di hadapan takhta itu, lalu menyembah Allah,
12Dengan berkata, Amin: Berkat, dan kemuliaan, dan hikmah, dan kesyukuran, dan kehormatan, dan kuasa, dan kekuatan, adalah bagi Allah kita untuk selama-lamanya. Amin.
13Dan salah satu penatua berjawab, dengan berkata kepadaku, Siapakah mereka ini yang memakai jubah putih? dan dari mana datangnya mereka?
14Dan aku berkata kepadanya, Tuan, kamu yang tahu. Dan dia berkata kepadaku, Mereka ini ialah mereka yang telah keluar dari seksaan yang besar, dan yang telah membasuh jubah mereka, dan telah menjadikannya putih di dalam darah Anak Domba.
15Oleh sebab itu mereka berada di takhta Allah, dan melayaninya siang dan malam di bait sucinya: dan dia yang bersemayam di atas takhta akan berdiam di kalangan mereka.
16Mereka tidak akan lagi lapar, dan juga tidak akan lagi dahaga; dan juga matahari dan apa pun panas terik tidak akan mencahayakan mereka.
17Sebab Anak Domba yang berada di tengah-tengah takhta akan memberi mereka makan, dan akan memimpin mereka ke mata air yang hidup: dan Allah akan menyapu semua air mata dari mata mereka.