1Paulus, seorang hamba Yesus Kristus, dipanggil untuk menjadi seorang rasul, dikhaskan bagi tujuan injil Allah,
2(Yang telah dia janjikan dari dahulukala oleh nabi-nabinya dalam kitab-kitab kudus,)
3Berkenaan Anaknya Yesus Kristus Tuhan kita, yang telah dijadikan benih Daud menurut daging;
4Dan diisytiharkan sebagai Anak Allah dengan kuasa, menurut roh kekudusan, melalui kebangkitan daripada maut:
5Oleh dia kami telah menerima rahmat dan kerasulian, bagi ketaatan kepada iman di kalangan semua bangsa, bagi namanya:
6Di kalangan mereka kalian juga orang terpanggil Yesus Kristus:
7Kepada semua yang berada di Rom, kekasih Allah, yang dipanggil untuk menjadi orang kudus: Rahmat kepada kalian dan damai sejahtera daripada Allah Bapa kita, dan Tuhan Yesus Kristus.
8Pertama-tama, aku bersyukur kepada Allahku melalui Yesus Kristus bagi kamu semua, kerana iman kalian menjadi sebut-sebutan orang menerusi seluruh dunia.
9Sebab Allah ialah saksiku, yang kulayani dengan rohku dalam kerja injil Anaknya, bahawa tanpa terhenti-henti aku menyebut kalian selalu dalam doaku;
10Sementara membuat permohonan, jika oleh apa pun cara sekarang akhirnya aku dapat suatu perjalanan yang beroleh maju melalui kehendak Allah untuk datang kepada kalian.
11Sebab aku rindu untuk bertemu dengan kalian, supaya aku dapat memberi kepada kalian suatu kurnia rohani, bagi akhirnya kalian dapat dimantapkan;
12Iaitu, supaya aku dapat dihiburkan bersama-sama kalian oleh iman kita bersama iaitu dengan iman kalian dan iman aku.
13Sekarang, aku tidak ingin kalian jahil, saudara sekalian, bahawa kerap kali aku bertekad untuk datang kepada kalian, (tetapi telah ditahan sampai sekarang,) supaya aku mungkin ada buah di kalangan kalian juga, sama seperti di kalangan orang bukan Yahudi yang lain.
14Aku penghutang kepada kedua-dua orang Yunani, dan orang Barbar; kedua-dua orang yang berhikmah, dan kepada yang tidak berhikmah.
15Jadi, sebanyak mana yang ada dalam hatiku, aku sudah sedia untuk mengkhutbahkan injil kepada kalian yang berada di Rom juga.
16Sebab aku tidak malu akan injil Kristus: kerana ia merupakan kuasa Allah kepada keselamatan bagi setiap orang yang percaya; pertama-tama kepada orang Yahudi, dan juga kepada orang Yunani.
17Sebab di dalamnya kewajaran Allah ternyata daripada iman kepada iman: sepertimana tertulis, Orang benar akan hidup melalui iman.
18Sebab murka Allah ternyata dari syurga terhadap segala ketidaksalihan dan ketidakwajaran manusia, yang memegang kebenaran dalam ketidakwajaran;
19Kerana apa yang dapat diketahui tentang Allah telah ternyata di dalam mereka: sebab Allah telah menunjukkannya kepada mereka.
20Sebab apa yang tidak kelihatan berkenaan dirinya sejak ciptaan dunia adalah jelas kelihatan, dengan difahami melalui apa yang telah dijadikan, bahkan kuasa kekekalannya dan Keilahiannya; dengan itu mereka tidak dapat berdalih.
21Kerana walaupun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakannya sebagai Allah, dan juga tidak bersyukur; tetapi menjadi sia-sia dalam pembayangan-pembayangan mereka, lalu hati bebal mereka itu digelapkan.
22Sementara mengakui diri mereka sebagai berhikmah, mereka menjadi bebal,
23Dan mengubahkan kemuliaan Allah yang tidak dapat reput kepada gambar yang dijadikan seperti manusia yang dapat reput, dan burung-burung, dan binatang yang berempat kaki, dan apa yang merayap.
24Lantaran itu, Allah juga menyerahkan mereka kepada kenajisan melalui nafsu hati mereka sendiri, untuk meniadakan kehormatan tubuh mereka sendiri antara sesama diri:
25Yang telah mengubahkan kebenaran Allah kepada dusta, dan menyembah dan melayani makhluk lebih daripada Pencipta, yang terpuji selama-lamanya. Amin.
26Oleh sebab itu, Allah menyerahkan mereka kepada kerinduan-kerinduan keji: sebab perempuan mereka pun mengubahkan pemakaian tabii mereka kepada apa yang melanggar tabii.
27Dan demikian juga kaum lelaki, sementara meninggalkan pemakaian perempuan secara tabii, menyala-nyala dalam berahi mereka terhadap satu sama lain; lelaki dengan lelaki mengerjakan apa yang tidak wajar, dan menerima dalam diri mereka pembalasan yang wajar bagi kesalahan mereka.
28Dan sementara mereka tidak suka untuk mengekalkan Allah dalam pengetahuan mereka, Allah menyerahkan mereka kepada minda jahanam, untuk melakukan hal-hal yang tidak pantas;
29Dipenuhi dengan segala ketidakwajaran, perbuatan berkendak, kedurjanaan, kedambaan, niat jahat; penuh iri hati, pembunuhan, perbahasan, perdayaan, hasad dengki; pembisik,
30Pengumpat, pembenci Allah, penghina, angkuh, bermulut besar, pereka apa yang jahat, tidak taat kepada ibubapa,
31Tanpa pemahaman, pemungkir waad, tanpa kesayangan semula jadi, tidak mudah dipujuk, tidak berbelas kasihan:
32Yang sementara tahu penghakiman Allah, bahawa mereka yang melakukan hal-hal sedemikian layak untuk hukuman mati, bukan sahaja melakukan itu, tetapi juga ada kesenangan bagi mereka yang melakukannya.