Romans 3

Roma 3

1Maka apa kelebihan orang Yahudi? atau apakah keuntungan penyunatan?

2Banyak dari segala segi: terutamanya, kerana kepada mereka telah dipercayakan keramat-keramat Allah.

3Sebab bagaimana jikalau sesetengah tidak percaya? akankah ketidakpercayaan mereka menjadikan iman Allah tidak berkesan?

4Biar Allah melarangkannya: ya, biar Allah benar, tetapi setiap manusia pembohong; sebagaimana tertulis, Supaya engkau didapati benar dalam kata-katamu, dan akan menang apabila engkau dihakimi.

5Tetapi jika ketidakwajaran kita menyerlahkan kewajaran Allah, apakah yang harus kita katakan? Adakah Allah yang berbalas dendam itu tidak wajar? (Aku berucap sebagai seorang manusia)

6Biar Allah melarangkannya: sebab kalau begitu bagaimanakah Allah dapat menghakimi dunia?

7Sebab jika kebenaran Allah telah lebih melimpah melalui dustaku bagi kemuliaannya; mengapakah aku masih juga dihakimi sebagai seorang pendosa?

8Dan tidak sebaliknya, (sepertimana kami dilaporkan dengan fitnah, dan sepertimana sesetengah orang mengesahkan bahawa kami berkata,) Biar kita berbuat jahat, supaya kebaikan dapat datang? Penglaknatan orang sedemikian adalah layak.

9Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak, secara apa pun tidak: sebab kami sudah dahulu membuktikan bahawa kedua-dua orang Yahudi dan orang bukan Yahudi, semuanya di bawah dosa;

10Seperti ada tertulis, Tiada yang benar, seorangpun tidak:

11Tiada yang memahami, tiada yang mencari akan Allah.

12Mereka semua sudah menyeleweng dari jalan, mereka bersama telah menjadi tidak berguna; tiada yang berbuat baik, seorangpun tidak.

13Kerongkong mereka ialah makam ternganga; mereka telah memakai tipu daya dengan lidah mereka; bisa ular asp ada di bawah bibir mereka:

14Orang yang mulutnya penuh dengan sumpah seranah dan kepahitan:

15Kaki mereka lekas untuk menumpahkan darah:

16Kebinasaan dan kesengsaraan ada pada jalan-jalan mereka:

17Dan jalan damai sejahtera tidak pernah dikenal mereka:

18Tiada takut akan Allah di hadapan mata mereka.

19Sekarang kita tahu bahawa apa jua yang dikatakan hukum, ia dikatakan kepada mereka yang di bawah hukum: supaya setiap mulut akan disenyapkan, dan seluruh dunia dinyatakan salah di hadapan Allah.

20Maka oleh perbuatan-perbuatan hukum, tiada daging yang akan diperbenarkan di hadapannya: sebab melalui hukum datangnya pengetahuan akan dosa.

21Tetapi sekarang kewajaran Allah tanpa hukum itu telah dinyatakan, sementara hukum dan para nabi telah bersaksi akan itu;

22Yakni kewajaran Allah yang adalah melalui iman Yesus Kristus kepada semua dan ke atas semua mereka yang percaya: sebab tiada apa pun perbezaan:

23Sebab semua telah berdosa, dan telah gagal mencapai kemuliaan Allah;

24Sedang kala diperbenarkan dengan percuma oleh rahmatNya melalui penebusan dalam Kristus Yesus:

25Iaitu dia yang telah Allah tentukan untuk menjadi penyemahan melalui iman dalam darahnya, untuk mengisytiharkan kewajarannya bagi pengampunan dosa-dosa yang silam, melalui kesabaran Allah;

26Untuk mengisytiharkan, aku berkata, pada waktu ini kewajarannya: supaya dia dinyatakan benar dan pembenar orang yang percaya kepada Yesus.

27Maka di manakah kemegahan? Ia terketepi. Oleh hukum apa? oleh perbuatan? Tidak: tetapi oleh hukum iman.

28Oleh sebab itu, kami menyimpulkan bahawa seseorang diperbenarkan oleh iman tanpa perbuatan-perbuatan hukum.

29Adakah dia Allah orang Yahudi sahaja? bukankah dia juga demikian kepada orang bukan Yahudi? Ya, kepada orang bukan Yahudi juga:

30Memandangkan ia satu-satunya Allah, yang akan memperbenarkan orang bersunat oleh iman, dan orang yang tidak bersunat melalui iman.

31Maka adakah kita membatalkan hukum oleh iman? Biar Allah melarangkannya: ya, kita memantapkan hukum.