Romans 5

Roma 5

1Oleh sebab itu, sementara diperbenarkan melalui iman, kita ada damai sejahtera dengan Allah melalui Tuhan Yesus Kristus:

2Oleh dia kita juga ada jalan masuk oleh iman ke dalam rahmat ini yang kini kita berdiri, dan bersukacita dalam harapan akan kemuliaan Allah.

3Dan bukan itu sahaja, malah kita bermegah dalam seksaan juga: sementara mengenal bahawa seksaan itu mengerjakan kesabaran;

4Dan kesabaran, pengalaman; dan pengalaman, harapan:

5Dan harapan tidak menjadikan malu; kerana kasih Allah telah dicurahkan luas di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah diberi kepada kita.

6Sebab selagi kita belum berkekuatan, pada waktu yang telah ditentukan, Kristus telah mati bagi yang tidak salih.

7Sebab nyaris tidak mungkin akan seseorang ingin mati bagi seorang yang benar: namun mungkin akan sesetengah orang berani ingin mati bagi seorang yang baik.

8Tetapi Allah menyampaikan kasihNya kepada kita, iaitu, sementara kita masih orang berdosa, Kristus telah mati bagi kita.

9Lebih-lebih lagi, sementara sudah sekarang diperbenarkan oleh darahnya, kita akan diselamatkan daripada murka melaluinya.

10Sebab jika, sementara kita masih musuh, kita telah didamaikan kepada Allah dengan kematian Anaknya, maka lebih-lebih lagi, dengan didamaikan, kita akan diselamatkan oleh hidupnya.

11Dan bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Tuhan Yesus Kristus, yang melaluinya kita sekarang telah menerima penyatuan itu.

12Lantaran itu, seperti dosa telah masuk ke dunia oleh satu manusia, dan maut melalui dosa; demikian juga maut telah menjalar kepada semua manusia, sebab kerana itu semua telah berdosa:

13(Sebab sebelum hukum itu dosa berada di dalam dunia: tetapi dosa tidak diperhitungkan kalau tiada hukum.

14Sungguhpun demikian maut memerintah dari Adam sehingga Musa, malah ke atas mereka juga yang tidak berdosa menurut persamaan pelanggaran Adam, yang merupakan gambaran dia yang akan datang.

15Tetapi bukan seperti pelanggaran itu, demikian juga pemberian percuma itu. Sebab jika melalui pelanggaran satu orang banyak yang mati, lebih-lebih lagi rahmat Allah, dan pemberian oleh rahmat itu, yang adalah oleh satu orang, iaitu Yesus Kristus, telah melimpah kepada banyak orang.

16Dan bukan seperti dahulu oleh satu yang telah berdosa, demikian juga pemberian itu: sebab penghakiman itu disebabkan oleh satu pelanggaran kepada keterkutukan, manakala pemberian percuma itu ialah banyak pelanggaran kepada perbenaran.

17Sebab jika oleh pelanggaran satu orang maut telah memerintah oleh satu; apatah lagi mereka yang menerima kelimpahan rahmat dan yang menerima pemberian kewajaran dapat memerintah di dalam hidup oleh satu orang, iaitu Yesus Kristus.)

18Oleh sebab itu, seperti oleh pelanggaran satu orang penghakiman dijatuhkan ke atas semua manusia kepada keterkutukan; demikian juga oleh kewajaran satu orang pemberian percuma itu dikurniakan ke atas semua manusia kepada perbenaran hidup.

19Sebab seperti oleh kederhakaan satu orang banyak dijadikan pendosa, demikian juga oleh ketaatan satu orang banyak dijadikan benar.

20Tambahan pula, hukum itu masuk, supaya pelanggaran itu akan kelimpahan. Tetapi di mana dosa kelimpahan, di situ rahmat lebih lagi kelimpahan.

21Supaya seperti dosa telah memerintah sampai membawa maut, demikian juga rahmat dapat memerintah melalui kewajaran sampai membawa hidup kekal oleh Yesus Kristus Tuhan kita.