1Oleh itu, sekarang tiada keterkutukan bagi mereka yang berada dalam Kristus Yesus, yakni mereka yang berjalan bukan menurut daging, tetapi menurut Roh.
2Sebab hukum Roh kehidupan dalam Kristus Yesus telah memerdekakanku daripada hukum dosa dan maut.
3Sebab apa yang hukum tidak mampu buat, kerana ia lemah di dalam daging, Allah yang mengutus Anaknya sendiri dalam keserupaan daging yang berdosa, dan bagi dosa, telah mengutuki dosa dalam daging:
4Supaya kewajaran hukum dapat dipenuhi dalam diri kita, yang tidak berjalan menurut daging, tetapi menurut Roh.
5Sebab mereka yang menuruti daging memikirkan hal-hal daging; tetapi mereka yang menuruti Roh, hal-hal Roh.
6Sebab untuk berminda badaniah adalah maut; tetapi untuk berminda rohani adalah kehidupan dan damai sejahtera.
7Sebab minda yang badaniah ialah perseteruan dengan Allah: kerana ia tidak tunduk kepada hukum Allah, dan sememangnya tidak boleh.
8Maka dengan demikian mereka yang berada dalam daging tidak boleh menyenangkan Allah.
9Tetapi kalian bukan di dalam daging, tetapi di dalam Roh, jika Roh Allah ada berdiam di dalam kalian. Sekarang, jika sesiapa pun tidak memiliki Roh Kristus, dia bukan milik Kristus.
10Dan jika Kristus berada di dalam kalian, tubuh itu sudah mati kerana dosa; tetapi Roh itu kehidupan kerana kewajaran.
11Tetapi jika Roh dia yang telah membangkitkan Yesus daripada maut berdiam di dalam kalian, maka dia yang telah membangkitkan Kristus daripada maut akan juga menghidupkan tubuh kalian yang fana melalui Rohnya yang berdiam di dalam kalian.
12Oleh itu, saudara sekalian, kita penghutang, bukan kepada daging untuk hidup menurutinya.
13Sebab jika kalian hidup menurut daging, kalian akan mati: tetapi jika kalian melalui Roh mematikan perbuatan tubuh, kalian akan hidup.
14Sebab sebanyak mana mereka yang dipimpin oleh Roh Allah adalah anak-anak Allah.
15Sebab kalian tidak menerima roh kebelengguan semula untuk menjadi takut; tetapi kalian telah menerima Roh pangambilan anak angkat, yang dengan itu kita berseru, ya Abba, ya Bapa.
16Roh itu sendiri menjadi saksi dengan roh kita, bahawa kita merupakan anak-anak Allah:
17Dan jika kita anak, maka kita pewaris; pewaris Allah, dan pewaris kongsi dengan Kristus; jika kita memang menderita dengannya, supaya kita juga dipermuliakan bersamanya.
18Sebab aku kira bahawa penderitaan semasa ini tidak layak dibandingkan dengan kemuliaan yang akan ternyata di dalam kita.
19Sebab kesungguhan penantian makhluk menunggu untuk pernyataan anak-anak Allah.
20Sebab makhluk telah dijadikan tertakluk kepada kesia-siaan, bukan dengan rela, tetapi oleh dia yang telah menaklukkan yang sama itu dalam harapan,
21Kerana makhluk sendiri juga akan dilepaskan daripada belenggu kereputan kepada kebebasan gemilang anak-anak Allah.
22Sebab kita tahu bahawa seluruh alam ciptaan bersama-sama mengerang dan berpenat lelah dalam kesakitan sampai sekarang.
23Dan bukan sahaja mereka, tetapi kita sendiri juga, yang mendapat buah pertama Roh, bahkan kita sendiri mengerang dalam diri kita sendiri, menanti-nantikan pengambilan anak angkat, iaitu, penebusan tubuh kita.
24Sebab kita diselamatkan oleh harapan: tetapi harapan yang dapat dilihat bukanlah harapan: sebab kalau seseorang sudah melihatnya, harus mengapakah dia lagi mengharapkannya?
25Tetapi jika kita mengharapkan apa yang kita tidak dapat lihat, maka, kita dengan kesabaran menanti-nantikannya.
26Demikian juga Roh membantu kedaifan kita: sebab kita tidak tahu apa untuk didoakan seperti yang seharusnya didoakan: tetapi Roh sendiri berdoa syafaat bagi kita dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan.
27Dan dia yang menyelami hati mengenal apa minda Roh, kerana dia berdoa syafaat bagi orang-orang kudus menurut kehendak Allah.
28Dan kita tahu bahawa segalanya turut bekerja bagi kebaikan mereka yang mengasihi Allah, kepada mereka yang merupakan orang terpanggil menurut tujuanNya.
29Sebab sesiapa yang dipratahukannya, juga ditakdirkannya untuk menuruti bentuk gambar Anaknya, supaya Anaknya itu menjadi sulung di antara banyak saudara.
30Tambahan pula, mereka yang ditakdirkannya, mereka itu juga telah dipanggilnya: dan mereka yang telah dipanggilnya, mereka itu juga telah diperbenarnya: dan mereka yang telah diperbenarnya, mereka itu juga telah dipermuliakannya.
31Maka apakah yang harus dikatakan kita tentang hal-hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapakah yang boleh menentang kita?
32Dia yang tidak sayang Anaknya sendiri, tetapi menyerahkannya bagi kita semua, bagaimanakah dia bersama-sama AnakNya tidak juga rela memberi kita segala-galanya?
33Siapakah yang akan mendakwa apa pun terhadap orang pilihan Allah? Allah yang memperbenarkan.
34Siapakah yang mempersalahkan kita? Kristus yang telah mati bahkan telah bangkit semula, dia berada di sebelah tangan kanan Allah, dan juga berdoa syafaat bagi kita.
35Siapakah yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Mungkinkah keseksaan, atau kesusahan, atau penganiayaan, atau kebuluran, atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang?
36Sepertimana tertulis, Demimu kami dibunuh sepanjang hari; kami dikira sebagai domba bagi pembantaian.
37Tidak, dalam segalanya itu kita lebih daripada para penakluk melalui dia yang mengasihi kita.
38Sebab aku yakin, bahawa maut, atau kehidupan, atau malaikat, atau kekuasaan, atau penguasa, atau hal semasa, atau hal yang akan datang,
39Atau ketinggian, atau kedalaman, atau apa makhluk yang lain pun tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah, yang ada dalam Kristus Yesus Tuhan kita.