1Kemudian Boas pergi ke pintu gerbang, dan duduk di sana: dan, lihatlah, kerabat yang telah disebut Boas berlalu di situ; yang kepadanya dia berkata, Hai, orang sedemikian! berpalinglah, dan duduk di sini. Dan orang itu berpaling, dan duduk.
2Dan dia mengambil sepuluh orang penatua dari kota, lalu berkata, Kalian duduklah di sini. Dan mereka duduk.
3Dan dia berkata kepada kerabat itu, Naomi, yang telah datang semula dari negara Moab, menjual sebidang tanah, yang dimiliki saudara kita, Elimelekh:
4Dan aku berfikir supaya memberitahumu, dengan berkata, Belilah itu di hadapan para penduduk, dan di hadapan para penatua umatku. Jika kamu ingin menebusnya, tebuslah itu: tetapi jika kamu tidak ingin menebusnya, maka beritahulah aku, supaya aku dapat tahu: sebab tiada orang untuk menebuskannya kecuali kamu; dan aku selepas kamu. Lalu berkatalah dia, Aku akan menebusnya.
5Kemudian Boas berkata, Pada hari yang kamu beli ladang itu daripada tangan Naomi, kamu juga harus membelinya daripada Rut, perempuan Moab itu, isteri orang mati, untuk membangkitkan nama orang yang telah mati di atas harta miliknya.
6Dan kerabat itu berkata, aku tidak dapat menebusnya bagi diriku sendiri, supaya jangan aku mencacatkan harta milikku sendiri: tebuskanlah hakku bagi dirimu sendiri; sebab aku tidak dapat menebuskannya.
7Sekarang inilah kebiasaan pada masa silam di Israel berkenaan penebusan dan berkenaan penukaran, untuk mengesahkan segalanya; seseorang lelaki menanggalkan kasutnya, dan memberinya kepada jirannya: dan inilah suatu kesaksian di Israel.
8Oleh sebab itu, kerabat itu berkata kepada Boas, Belilah itu bagi dirimu sendiri. Jadi, dia menanggalkan kasutnya.
9Dan Boas berkata kepada para orang penatua, dan kepada semua umatnya, Kalian merupakan saksi-saksi pada hari ini, bahawa aku telah membeli segala milik Elimelekh, dan semua milik Chilion dan Mahlon, daripada tangan Naomi.
10Lebih-lebih lagi Rut, perempuan Moab itu, telah aku beli untuk menjadi isteriku, untuk membangkitkan nama orang mati di atas harta miliknya, supaya nama orang mati itu tidak dipotong dari antara saudara-saudaranya, dan daripada pintu gerbang tempatnya: kalian menjadi saksi-saksi pada hari ini.
11Lalu semua orang yang ada di pintu gerbang, dan para penatua, berkata, Kami menjadi saksi. Biar TUHAN menjadikan perempuan yang telah memasuki rumah tanggamu seperti Rahel dan seperti Lea, yang kedua-duanya memang membangunkan umat Israel: dan lakukanlah secara layak di Efrata, dan jadilah masyhur di Betlehem:
12Dan biar rumah tanggamu menjadi seperti rumah tangga Peres, yang Tamar lahir bagi Yehuda, daripada benih yang TUHAN akan beri kepadamu daripada perempuan muda ini.
13Lalu Boas mengambil Rut, dan perempuan itu dijadikan isterinya: dan ketika Boas masuk kepadanya, TUHAN memberikannya kandungan, dan perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki.
14Dan perempuan itu berkata kepada Naomi, Diberkatilah TUHAN, yang tidak meninggalkanmu pada hari ini tanpa seorang kerabat, supaya namanya dapat menjadi masyhur di Israel.
15Dan dia akan menjadi bagimu seorang pemulih nyawamu, dan penyegar waktu umur tuamu: sebab anak menantu perempuanmu, yang telah mengasihimu, yang lebih baik kepadamu daripada tujuh anak lelaki, telah melahirkannya.
16Dan Naomi mengambil anak itu, lalu membaringkannya di pangkuannya, dan menjadi pengasuh kepadanya.
17Para jiran perempuan itu memasang nama anak itu, dengan berkata, Ada seorang anak lelaki yang dilahirkan kepada Naomi; dan mereka memanggil namanya Obed: dia merupakan ayah Isai, ayah Daud.
18Dalam pada itu, inilah salasilah Peres: Peres memperanakkan Hezron,
19Dan Hezron memperanakkan Ram, dan Ram memperanakkan Aminadab,
20Dan Aminadab memperanakkan Nahason, dan Nahason memperanakkan Salmon,
21Dan Salmon memperanakkan Boas, dan Boas memperanakkan Obed,
22Dan Obed memperanakkan Isai, dan Isai memperanakkan Daud.