Song of Solomon 3

Kidung Agung 3

1Pada waktu malam di petiduranku aku mencari dia yang dikasihi jiwaku: Aku mencarinya, tetapi tidak menemuinya.

2Aku akan bangun sekarang, dan pergi ke sekitar kota di jalan-jalan, dan di lapangan-lapangan luas akan aku mencari dia yang dikasihi jiwaku: aku mencarinya, tetapi tidak menemuinya.

3Para pengawal yang meronda kota menemuiku: kepada mereka aku berkata, Nampakkah kalian dia yang dikasihi jiwaku?

4Baru sebentar aku meninggalkan mereka, aku menemui dia yang dikasihi jiwaku: aku memegang dia, dan tidak ingin melepaskan dia, sehingga aku telah membawanya ke dalam rumah ibuku, dan ke dalam kamar orang yang telah mengandungku.

5Aku mempertanggungjawabkan kalian, hai anak perempuan Yerusalem sekalian, demi kijang-kijang, dan demi rusa-rusa di padang, supaya kalian tidak mengacau, dan tidak membangunkan kekasih lelakiku, sehingga dia ingin.

6Siapakah yang keluar dari padang gurun seperti tiang-tiang asap, yang diharumkan dengan mur dan kemenyan, dengan segala serbuk orang pedagang?

7Lihatlah petidurannya, milik Salomo; tiga kali dua puluh pahlawan berada di sekitarnya, iaitu pahlawan dari antara para pahlawan Israel.

8Mereka semua memegang pedang, sementara handal dalam bidang peperangan: setiap orang memiliki pedangnya di atas pahanya kerana ketakutan yang ada pada waktu malam.

9Raja Salomo membuat bagi dirinya sebuah pedati diperbuat daripada kayu dari Libanon.

10Dia membuat tiang-tiangnya perak, bahagian bawahnya emas, salutannya ungu, bahagian tengahnya diturap dengan kasih, bagi anak-anak perempuan Yerusalem.

11Majulah, wahai anak perempuan Sion sekalian, dan lihatlah raja Salomo dengan mahkota, iaitu mahkota yang ibunya memahkotainya pada hari pernikahannya, dan pada hari kegembiraan hatinya.