Song of Solomon 5

Kidung Agung 5

1Aku telah datang ke tamanku, saudariku, pasanganku: Aku telah mengumpulkan mur aku dengan rempah-ratusku; aku telah memakan indung maduku dengan maduku; aku telah meminumi wainku dengan susuku: makanlah, wahai sahabat-sahabat; minumlah, ya, minumlah dengan melimpah, wahai kekasih.

2Aku tidur, tetapi hatiku berjaga: ia suara kekasihku yang mengetuk, dengan berkata, Bukalah kepadaku, hai saudariku, kekasihku, burung merpati putihku, gadisku yang tidak ternoda: sebab kepalaku penuh dengan embun, dan gelung-gelung rambutku dengan titisan embun malam.

3Aku telah menanggalkan kotku; harus mengapakah aku memakainya semula? Aku telah membasuh kakiku; harus mengapakah aku menodainya semula?

4Kekasihku menaruh tangannya menerusi lubang pintu, dan sanubariku terharu baginya.

5Aku bangun untuk membuka pintu bagi kekasihku; dan tanganku meleleh dengan mur, dan jari-jariku dengan mur yang berbau manis, di atas pemegang di pengancing pintu.

6Aku membuka kepada kekasihku; tetapi kekasihku telah menarik dirinya, dan telah pergi: jiwaku beroleh lemah ketika dia berbicara tadi: Aku mencarinya, tetapi aku tidak dapat menemuinya; aku memanggilnya, tetapi dia tidak memberiku apa-apa jawapan.

7Para pengawal yang meronda kota menemui aku, mereka memukulku, mereka melukakanku; para penjaga tembok mengambil selendangku daripadaku.

8Aku mempertanggungjawabkan kalian, wahai para perempuan Yerusalem, jika kalian menemui kekasihku, supaya kalian memberitahunya, bahawa aku sakit cinta.

9Apakah kelebihan kekasihmu daripada kekasih yang lain, wahai kamu yang paling jelita di antara perempuan yang lain? apakah kelebihan kekasihmu daripada kekasih yang lain, sehingga kamu mempertanggungjawabkan kami begini?

10Kekasihku adalah putih dan kemerah-merahan, yang terkemuka di kalangan sepuluh ribu.

11Kepalanya bagaikan emas yang paling halus, gelung-gelung rambutnya lebat, dan hitam seperti burung gagak.

12Matanya bagaikan mata burung merpati di tepi sungai-sungai saluran air, dibasuh dengan susu, dan terpasang dengan sesuai.

13Pipinya bagaikan bedengan batas rempah-ratus; bagaikan bunga-bunga yang manis: bibirnya bagaikan bunga-bunga bakung, yang melelehkan mur yang berbau manis.

14Tangannya bagaikan cincin emas yang padanya terpasang batu beril: perutnya bagaikan gading cerah dan disaluti batu nilam.

15Kakinya bagaikan tiang-tiang batu marmar, yang terpasang kepada lesung-lesung emas tulen: wajahnya bagaikan Libanon, cemerlang seperti pokok sedar.

16Mulutnya sungguh manis: ya, dia sama sekali indah. Itulah kekasihku, dan itulah sahabatku, wahai kaum perempuan Yerusalem.