Amsal · Proverbs

12:22
Bibir berbohong ialah kekejian bagi TUHAN: tetapi mereka yang berurus dengan benar ialah kesukaanNya.

Kamu boleh menjadi suatu kesukaan bagi Allah pada hari ini. Betapa berharga amsal ini! Jika Allah bersuka di dalammu, maka kemajuan masa depanmu tidak akan dihadkan. Bagaimanakah kamu dapat memperoleh keredaan Allah? Dengan kejujuran dan kebenaran dalam urusan-urusanmu! Cakap benar sahaja dan jadilah orang yang menepati janji. Kamu akan ada peluang pada hari ini untuk memilih di antara bohong dan kebenaran. Peluklah kejujuran dan integriti!

Allah membenci para pembohong (Ams 6:16-19). Jangan sesekali fikir sebaliknya. Semua pembohong akan ada bahagiannya di dalam lautan api (Wah 21:8). Tiada pembohong di syurga (Wah 22:15). Para pembohong ialah kekejian kepada TUHAN. Dia akan membinasa orang yang membohong (Maz 5:6). Dia mengasihi manusia yang benar, dan Dia bersuka di dalam mereka. Allah akan menghakimi semua pembohong, tetapi Dia akan memberkati manusia yang berurus dengan jujur.

TUHAN Jehovah, satu-satunya Allah yang Maha Hidup, ialah Allah kebenaran. Musa telah menulis kepadanya, “Dialah Batu, pekerjaannya sempurna: sebab segala jalannya ialah penghakiman: Allah kebenaran dan tanpa kedurjanaan, adil dan benar Dia” (Ula 32:4). Sementara tiada apa yang terlalu sukar bagi TUHAN, Dia tidak boleh berbohong; ia tidak mungkin bagiNya untuk berbohong (Tit 1:2; Ibr 6:18).

Bohong berasal daripada Syaitan, si iblis sendiri. Allah telah menjadikannya suatu makhluk yang rasional – malaikat yang berpangkat sungguh tinggi. Dia memberontak dengan keangkuhan terhadap Allah Yang Maha Tinggi. Bagi dosa yang cabul dan yang memberontak ini, dia dibuang dari jawatannya di syurga. Dia datang dan berbohong kepada moyang pertamamu, dengan memperdayakan Hawa untuk makan buah terlarang. Dia pembohong dan bapa segala bohong; ketika kamu memberitahu bohong, kamu menunduk kepadanya dan menghormatinya sebagai bapamu (Yoh 8:44).

Kalau sesuatu kekejian, ia jijik dan sungguh dibenci. Ketika kamu menganggap sesuatu keji, kamu akan membenci, mengutuk, dan menjadi mual akannya. Allah menganggap keji perkara berbohong – dia mendapatinya sungguh dibenci, terkutuk dan memualkan. Dia menganggap bohong jijik, dan dia membencinya dengan kebencian yang kudus. Dia mengasihi kebenaran, kejujuran, integriti, ketulusan, dan orang yang mengasihi hal-hal ini.

Ananias dan isterinya Safira merupakan ahli-ahli di gereja Yerusalem. Mereka menjual sesetengah harta dan memberi persembahan yang besar kepada para rasul. Tetapi mereka berbohong dan memegang sesetengah bagi diri sendiri. Apakah yang telah Allah Yang Berbahagia buat tentang pemalsuan fakta-fakta itu? Dia membunuh mereka berdua di gereja (Kis 5:1-11). Jangan fikir pun untuk mengkompromikan kebenaran.

Allah mengharapkan lebih daripada hanya bercakap benar; Dia menuntut supaya urusanmu benar. Ini kejujuran dalam ucapan dan tindakan. Segala perangai harus dipimpin oleh integriti dan ketulusan. Kamu patut mengucap apa yang tepat-tepat benar dan betul, dan kamu patut melakukannya dengan menyeluruh. Tolaklah hal membesar-besarkan cerita atau mengubahkan fakta pada bila-bila masa, dan kemudian melakukan dengan tepat sesuai dengan apa yang diucapkan. Kamu boleh dan patut dikenali sebagai orang yang ada integriti yang sempurna dalam pertuturan dan dalam perbuatan.

Berkat Allah, yang merupakan perbezaan yang besar di kalangan manusia, adalah dijanjikan kepada orang yang jujur dan benar. Daud telah menulis, “Siapakah dia yang mengingini kehidupan, dan yang menyukai banyak hari, supaya dia dapat nampak apa yang baik? Peliharalah lidahmu daripada kejahatan, dan bibirmu daripada mengucap tipu muslihat” (Maz 34:12-13). Petrus telah memetik itu, “Sebab bagi dia yang ingin menyayangi kehidupan, dan melihat hari-hari baik, biar dia menahan lidahnya daripada kejahatan, dan bibirnya supaya tidak mengucapkan tipu muslihat” (1Pet 3:10).

Sesebuah keluarga hanya boleh diberkati ketika bohong dan pembohong ditolak (Maz 101:1-8). Sebuah gereja hanya boleh diberkati ketika orang munafik dan para pembohong didedahkan dan disingkirkan (Maz 144:11-15). Tetapi ketika Allah bersuka dalam sama ada keluarga yang benar atau gereja, Dia akan memberkati mereka dengan murah hati dan dengan berbelas ihsan. Inilah salah satu jalan yang paling mudah untuk memperoleh berkat dan keredaan Allah dalam kehidupanmu. Pilihlah untuk menjadikan kejujuran dan integriti sungguh penting di rumah dan di gereja.

Kanak-kanak haruslah belajar untuk membenci bohong, supaya ibubapa harus mengajar mereka. Alkitab berkata bahawa mereka pembohong sejak waktu lahir (Maz 58:3). Ibubapa yang jujur dan yang memberi perhatian tahu ini benar. Kanak-kanak haruslah diajar kepentingan kebenaran dan dihukum keras-keras kerana berbohong. Perbualan-perbualan haruslah disemak untuk kebenaran yang sah tanpa cerita yang dibesar-besarkan. Jangan membenarkan anak-anakmu untuk bercakap tanpa mengesahkan fakta-fakta untuk menjadi pasti dan terbukti dan untuk mengehadkan kata-kata mereka dengan sewajarnya.

Bohong dan kebenaran adalah sungguh berbeza kepada Allah, dan Dia akan membuat suatu perbezaan yang sungguh besar dengan cara Dia melayani manusia berasaskan kadar kejujuran. Betapa besarnya peluang itu supaya Allah bersuka di dalam dirimu! Betapa besarnya peluang untuk kamu menjadikan dirimu istimewa di hadapan Allah dan manusia! Mulai sekarang, gantikan segala tipu muslihat dan perbuatan membesar-besarkan cerita dengan kebenaran. Siapakah yang tahu apa yang mungkin Allah buat ketika dia bersuka di dalammu kerana kejujuranmu dan integritimu!