12:21
Tiada apa pun celaka yang akan terjadi kepada orang benar: tetapi orang durjana akan diisi penuh dengan kecelakaan.
Sesetengah orang ada kepedihan dan masalah yang kerap. Di sinilah peraturan am daripada pemerhatian Salomo bagi kewujudan manusia: orang durjana kerap kali disesak kesan-kesan yang biasa dan yang luar biasa bagi kebebalan dan dosa-dosa mereka, tetapi orang benar ada kehidupan yang damai dan yang terlindung. Ada ganjaran untuk orang benar – mereka akan dilindungi daripada masalah.
Peraturan am mengizinkan kekecualian, tetapi kekecualian tidak mengubahkan fakta akan peraturan am. Misalnya, Ayub orang yang adil dan yang benar, tetapi dia menderita dengan sungguh teruk untuk jangka masa pendek sementara di bawah ujian Allah bagi imannya dan kesabarannya (Ayb 1:1). Tetapi Ayub tidak dapat dijadikan alasan bagi masalah yang berterusan di dalam kehidupan banyak orang, sebab kebenaran hanya boleh menyatakan bahawa, “Ada hanya satu Ayub!”
Dosa tidak berbaloi. Jika kamu memilih dosa, maka kuasa-kuasa alamiah akan menghukummu. Para penguasa sivil menyaman para penjenayah; para majikan memecat para pekerja yang buruk; anak-anak memandang hina ayah yang selalu mengabaikan mereka; ibubapa menghukum anak-anak yang bebal; kawan-kawan meninggalkan orang jahat; isteri mencerai lelaki yang suka berzina; gereja menyingkir para pendosa yang umum; bank menolak orang yang tahap kreditnya teruk; seks rambang membawa penyakit; kemabukan menyebabkan rasa pening; jenayah menjadi halangan mendapat kerja gaji; kebebalan kewangan membawa kepapaan; dan sebagainya.
Tetapi ada satu lagi kuasa yang bergiat: Allah tidak akan diperolok-olokkan. Jika Dia membenarkan para pendosa untuk terlepas daripada dosa, maka itu akan menodai akhlak kudusNya. Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu (Bil 32:23). Ketika manusia menyangkal hukum Allah yang diajar di dalam Alkitab, Dia akan menghukum mereka dengan kemurungan, kepedihan, dan masalah (Maz 11:6; 18:26; 83:1-18; 145:20; 146:9; Hag 1:3-12). Hakikatnya, Dia akan mengutus para malaikatNya untuk mengejar dan menganiaya mereka (Maz 35:5-6; Yes 37:36; Kis 12:23).
Hai para pembaca, berhati-hati! Allah di syurga, TUHAN Jehovah, mengawal segala peristiwa dan keadaan celaka dari individu sampai ke seluruh bangsa (Ayb 2:10; 34:29; Pkh 7:13-14; Yes 45:7; Yer 18:7-10; Lam 3:37-38; Amo 3:6). Tanyalah Raja Nebukadnezar! Raja yang paling besar di sejarah tidak akan menghentikan dosa-dosanya untuk mengekalkan ketenteramannya, maka Allah membawa kepadanya penghakiman teruk, sehingga akhirnya dia dapat belajar bahawa keangkuhan dan dosa tidak berbaloi (Dan 4:27-37)!
Jalan para pelanggar adalah sukar (Ams 13:15). Apa yang mereka menyandung tidak diketahui mereka (Ams 4:19). Jalan mereka adalah seperti pagar berduri (Ams 15:19). Duri dan jerat ada pada jalan mereka (Ams 22:5). Tetapi orang yang menjaga jiwanya melalui hidup yang kudus mengelakkan masalah-masalah itu (Ams 16:17; 19:16; 22:5). Apakah itu kedurjanaan? Apa pun pilihan atau gaya hidup yang kurang daripada kewajaran Allah!
Ada ganjaran untuk orang benar. Orang durjana nampaknya terlepas dengan dosanya untuk seketika, tetapi mereka akan diremukkan sampai menjadi serbuk; dan orang benar akan bersukacita dalam kemenangan atas mereka (Maz 37:34-40; 50:16-22; 58:1-11). Pilihlah pada hari ini untuk melayani Tuhan dengan segenap hatimu!