Amsal · Proverbs

26:27
Sesiapa yang menggali lubang akan jatuh ke dalamnya: dan dia yang menggolekkan batu, batu itu akan kembali menimpa dirinya.

Kembali semula itu main adil! Buat baik dibalas baik; buat jahat dibalas jahat! Kamu menuai apa yang kamu tabur! Tiga peribahasa ini terutamanya benar akan Allah. Dia dengan jelas-jelas melihat bagaimana manusia melayani manusia yang lain, dan Dia berjanji untuk membawa kepedihan dan masalah yang sama kepada mereka kerana mereka berbuat demikian.

Orang durjana merancangkan perangkap untuk orang yang tidak bersalah dan yang benar, tetapi para mangsa ini diberitahu untuk mengasihi musuh sebaliknya. Siapakah yang akan mempertahankan mereka? Allah di syurga akan membalas bagi pihak anak-anakNya. Dan pembalasanNya kerap kali untuk menterbalikkan rancangan mereka untuk menimpa kepala sendiri.

“Pembalasan itu hakku; Aku akan membalas firman Tuhan” (Rom 12:19). Orang jahat tidak akan terlepas dengan konspirasi atau rancangan terhadap orang baik. Allah adalah benar dan memerangkap orang pandai-pandai di dalam kelicikan mereka sendiri (Ayb 5:13), dan Dia memerangkap orang durjana di dalam kekejaman mereka sendiri (Ams 11:6; Maz 10:2). Janganlah membalas dendam sendiri, sebab Tuhan menentang itu dan akan berbuat jauh lebih baik dengan mengikut jalanNya Sendiri.

Konteks pelajaran ini ialah bagaimana orang durjana memakai mulut mereka untuk melukakan orang benar dengan berbohong dan membawa mulut (Ams 26:18-28). Walaupun mereka menyelubungi kebencian dan rancangan jahat mereka dengan sungguh cerdik, Allah Jehovah Yang Maha Tahu akan mendedahkan perdayaan mereka dan menghakimi mereka dengan terbuka.

Para pemburu dahulu menangkap binatang-binatang liar dengan menggali lubang lalu menutupinya dengan suatu lapisan nipis tanah. Binatang itu, sementara tidak melihat lubang itu yang di bawah daun dan rumput, akan jatuh ke dalamnya. Orang durjana juga menggali lubang yang serupa bagi orang baik, tetapi Tuhan memimpin orang-orang durjana itu supaya terjebak pula ke dalam perangakap mereka sendiri.

Di dalam peperangan, manusia akan menggolek batu-batu besar – yang terlalu berat untuk diangkat – dari tembok atau cerun untuk meremukkan musuh-musuh mereka. Tetapi Allah berjanji kiasan batu sedemikian akan bergolek semula untuk mengenakan pula orang durjana. Pembalasan Tuhan adalah yang terbaik; kamu harus menyangkal pembalasanmu sendiri dan tunggu untuk pembalasanNya; ia pasti akan datang.

Hai orang Kristian, jika kamu ada musuh, janganlah takut. Tuhan kemuliaan tidak tidur atau mengantuk. Ketika orang durjana bersubahat menentangmu, Dia akan mengembalikan semula racangan-rancangan mereka ke atas kepala mereka sendiri (Ams 28:10; Maz 7:15-16; Pkh 10:8-9). Allah mahu dikenali dengan ciri penghakiman ilahi (Maz 9:15-16; 57:5-7). Pertimbangkannya baik-baik. Higayon! Sela! Berilah kemuliaan kepada Allah!

Abimelek telah mati kerana batu, sesudah membunuh 70 orang di atas batu (Hak 9:18,53); Moab telah dikutuk oleh orang yang diupah mereka untuk mengutuk Israel (Bil 24:17); Haman telah mati di atas tempat penggantungan yang telah dibinanya untuk menggantung Mordekai (Est 7:10); Darah Ahab telah dijilat anjing di tempat yang anjing menjilat darah Nabot (1Raj 21:19); Israel telah membakar anak-anak mereka di Tofet, maka Allah mengisi tempat itu dengan mayat mereka sendiri (Yer 7:31-32); para penyubahat terhadap Daniel telah dibinasa dengan teruk sekali oleh singa-singa yang telah dirancang mereka untuknya (Dan 6:24); dan orang Yahudi menyalibkan Yesus untuk menyelamatkan bangsa mereka; tetapi orang Rom sesudah itumenyalibkan beribu-ribu mereka (Yoh 11:50).

Pertimbangkanlah amsal ini menurut sudut pandangan sejarah Amerika. Mengapakah adanya kejutan pembunuhan di Sekolah Menengah Columbine (1999) dan Sekolah Rendah Sandy Hook (2012)? Kerajaan Amerika menyokong pembunuhan ganas 3,000 anak setiap hari ! Anak-anak yang terbunuh di Colorado (12) dan Connecticut (20) tidak dapat dibandandingkan dengan pengguguran anak.

Amerika suka dan melindungi isi kandungan ganas di dalam game, wayang, dan muzik rap. Ia mengutuk Sepuluh Hukum Allah di sekolah, yang salah satu daripada ialah, “Kamu tidak akan membunuh”. Ia menggalakkan sikap suka mengasihi diri sendiri dan melarang hukuman korporal lalu membangunkan raksasa seperti para pembunuh ini. Para pembunuh mendapat liputan yang sungguh hebat daripada mendapat liputan kerana dihukum mati (Ams 28:17).

Belajarlah pelajaran-pelajaran ini di dalam amsal Salomo. Belajarlah untuk berfikir secara kritikal. Belajarlah untuk melihat di sekeliling dan melihat penggenapan kebenaran dan hikmah Allah. Contoh tunggal berkenaan sejarah Amerika yang telah dikemukakan di atas dapat lebih banyak lagi diliputi lebih lanjut baik di Amerika mahupun di negara-negara lain. Amsal ini benar. Dapatkah kamu melihat penggenapannya? Adakah kamu percaya kepadanya?

Kenalkah kamu seorang munafik? Adakah kamu memiliki musuh? Adakah mana-mana orang menyebabkanmu kepedihan? KedurjanaanNya akan terdedah, dan Allah akan mengembalikan semula kekejamannya supaya menimpa kepalanya sendiri (Ams 26:18-28). Pelajaran amsal ini adalah untuk percaya kepada Allah untuk melindungimu dan menghukum musuh-musuhmu, meskipun mereka sungguh berwaspada untuk tidak dapat ditangkap dan menyebabkanmu luka dengan licik dan dengan rahsia.

Pertimbangkanlah pemakaian batu bergolek amsal ini, yang baru tadi dijelaskan. Yesus dengan berani telah memberi amaran kepada para pemimpin agama zamanNya, “Dan barang siapa yang jatuh ke atas batu ini akan dipecahkan: tetapi barang siapa yang ditimpa batu ini, akan dikisarkannya sampai menjadi serbuk” (Mat 21:44). Untuk jatuh ke atas batu Kristus Yesus adalah untuk memecahkan semangat degilmu dan bertaubat akan dosa-dosamu. Itu jauh lebih baik daripada Dia menimpa kamu seperti yang dilakukanNya kepada orang Yahudi beberapa tahun kemudian.