Amsal · Proverbs

27:26
Domba-domba adalah untuk pakaian, dan kambing-kambing ialah harga ladang.

Bolehkah kamu membuat penaakulan ekonomi? Allah dan Salomo berharap kamu berbuat demikian. Jika kamu tidak dapat, atau tidak mahu, kamu sedang menghala ke kemiskinan kewangan. Kamu tidak akan bersendirian, sebab banyak di dalam generasi yang malas ini tidak memikir banyak tentang masa depan tetapi hanya membilang hari sehingga hari diberi gaji. Tetapi Sang Penciptamu mengilhamkan suatu perpustakaan ilahi untuk membantumu makmur secara kewangan ke atas mereka.

Raja Salomo, pengkhutbah Allah kepadamu untuk hikmah praktikal dan kejayaan, telah menulis suatu pelajaran yang lebih lanjut untuk memberi amaran kepadamu tentang keadaan ekonomi yang selalu berubah-ubah (Ams 27:23-27). Dia tahu bahawa manusia harus dengan berhemat mempertimbangkan jalan nafkah, sebab kejayaan kewangan atau perniagaan langsung tidak kekal lama-lama.

Di masyarakat pertanian, matlamat memaksimakan hasil ladang untuk menyokong harta milik memerlukan penyelidikan yang teliti akan semua spesis ternakan dan tumbuh-tumbuhan yang dipakai untuk menghasilkan makanan, pakaian, dan pendapatan. Di dalam bahagian singkat ini, dia telah menyenaraikan kawanan, ternakan, jerami, rumput, tumbuh-tumbuhan, domba-domba, dan kambing-kambing – tentulah suatu perniagaan kepelbagaian. Mempelbagaikan adalah berhemat, tetapi ia tidak mencukupi.

Bagi setiap segmen operasi jagaan binatang dan tumbuh-tumbuhan, ada seorang berhikmah yang telah menaakuli kesihatannya dan keberhasilannya, harga pasaran bagi produknya, dan telah membandingkan hal-hal itu untuk memaksimakan pendapatan keseluruhan dengan risiko yang paling kurang. Ini bukan suatu tugas yang kecil. Para petani mungkin dipandang rendah banyak orang, tetapi mereka kerap kali merupakan peniaga yang pintar, bahkan memakai pasaran masa depan untuk melindungi rancangan perniagaan mereka.

Amsal ini telah mengenalpastikan anak domba dan kambing, iaitu dua segmen perniagaan. Anak domba hanyalah hasil pembiakan domba, dan kambing dengan ciri-ciri tersendirinya mungkin bukan peluang keusahawanan yang mengujakan, tetapi kedua-dua itu diperlukan. Anak domba menghasilkan bulu biri untuk pakaian dan membesar menjadi domba, dan anak kambing pula boleh membesar dan menghasilkan susu dengan hampir tiada apa pun pelaburan kepadanya, dan ia menambah nilai kepada suatu ladang yang kurang baik.

Apakah pelajarannya bagimu? Kamu harus menaakuli setiap bahagian usaha ekonomimu dan mengubahsuaikan rancanganmu untuk memaksimakan keuntungan dan meminimakan risiko di dunia yang berubah-ubah ini. Adakah bidang kerjamu bertambah maju atau sedang merosot? Adakah syarikatmu cukup berdaya saing di dalam bidangnya? Adakah jawatanmu itu bernilai di syarikatmu? Adakah permintaan untuk kemahiranmu semakin bertambah dan boleh dipasarkan lagi? Dapatkah kamu atau orang lain menambah lagi perniagaan yang lain? Apakah pulangan yang berhemat?

Adakah kamu mengenal nilai pasaran rumahmu? Adakah kamu terlalu terdedah kepada naik turun harga hartanah? Adakah hartamu dilindungi insuran? Sudahkah kamu berbuat segalanya untuk meminimakan cukai? Adakah pelaburanmu berhikmah memandangkan perubahan ekonomi sedunia dan perubahan polisi fiskal kerajaan? Adakah kamu mempelbagaikan saluran nafkahmu? Adakah kamu cair secara kewangan supaya mudah mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang istimewa yang mungkin timbul? Ini merupakan sesetengah tugas kewangan yang ditetapkan Allah bagimu.

Kalau soalan-soalan tersebut menakutkanmu atau mengelirukanmu, maka kamu harus mencari para penasihat yang berhikmah, sama ada ahli profesional atau kawan-kawanmu yang berjaya, dan biar mereka membantumu untuk menaakuli situasi ekonomimu. Salomo mengajar bahawa adanya keselamatan di keramaian penasihat yang berhikmah (Ams 15:22). Dengan sokongan nasihat mereka, kamu boleh mengamalkan hikmah amsal ini.

Betapa memberkati – nas-nas kitab Kristian! Dari asal-usul alam semesta sampai kepada pengubahsuaiannya tidak lama lagi, dari sifat-sifat Allah sampai kepada butir-butir keselamatan, Alkitab memang merangkumi semua hal hidupmu, termasuk keselamatan ekonomi dan kejayaan. Orang yang jahil akan Alkitab fikir bahawa ia merupakan suatu buku teks yang ketinggalan dan yang tidak praktikal, tetapi amsal ini patutlah membuka matamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengilhamkan Salomo untuk menulis kepadamu tentang bahagian-bahagian kehidupan yang perlu – mencari nafkah dan membina harta milik keluarga. Bacalah ulasan-ulasan yang berkaitan bagi ayat-ayat yang mengelilingi amsal ini (Ams 27:23-27). Sanjungilah firman Allah dengan kerap kali mendengarnya dikhutbahkan atau dijelaskan, dan taatilah sebaik-baiknya hikmah Allah yang telah disampaikan kepadamu bagi keuntunganmu.