27:25
Jerami muncul dan rumput muda menunjukkan diri, dan tumbuh-tumbuhan gunung dikumpulkan.
Adakah wang bertumbuh di atas pokok? Inilah soalan yang biasa dipakai untuk menegur para pemboros dengan jawapannya yang terang nyata dan yang negatif. Tetapi jawapan yang berhikmah ialah jawapan yang memang sah positif. Ya, wang memang bertumbuh atas di pokok, dan di ladang, dan di pergunungan. Ya, memang demikian! Terpujilah Allah di syurga bagi kemurahanNya yang ajaib kepada manusia. Dengan pembekalan musim pertanian, Dia telah memberi suatu kehidupan baik kepada orang yang ingin mengumpulkannya. Bumi menghasilkan potensi pendapatan untuk direbut.
Raja Salomo mengajar rakyatNya untuk bekerja pintar untuk berjaya (Ams 27:23-27). Untuk mendorong mereka kepada tugas dan peluang keistimewaan ini, dia mengingatkan mereka bahawa kekayaan dan kedudukan tidak tahan selamanya. Dia telah menulis, “Sebab kekayaan bukan untuk selamanya: dan adakah mahkota itu kekal ke setiap generasi?” (Ams 27:24). Kekayaan pandai untuk terbang lesap – hanya orang kuat yang dapat mengekalkannya (Ams 11:16; 23:4-5), dan banyak faktor turut bekerja untuk dapat menyingkirkan para raja daripada jawatan mereka.
Bekerja pintar di sini ialah perbuatan menimbang dengan teliti sumber-sumber pendapatanmu untuk memperkasakan potensi dan untuk berjaga-jaga terhadap penghakisannya. “Jadilah tekun untuk mengenal keadaan kawananmu, dan telitikanlah dengan baik ternakan-ternakanmu.” (Ams 27:23). Seseorang tidak boleh berpuas hati untuk hanya pergi ke kerja setiap hari, sebab suatu hari kelak kerjanya atau perniagaannya akan lesap. Dia harus dengan tekun menaakuli industrinya, peranan dirinya di industri itu, dan apa pun penyelarasan, kemajuan, atau langkah-langkah cermat yang diperlukan.
Untuk lagi mendorong rakyatnya, Salomo memberi peringatan kepada mereka tentang berkat-berkat Allah kepada pertanian, dan dengan itu amsal ini tersurat. Jerami akan timbul! Padang ragut tidak memerlukan pembajakan, penaburan, atau penjagaan. Jerami akan timbul! Ia boleh dipotong dari tanah, dikering di matahari, dikumpulkan menjadi bandela, dan disimpan untuk musim sejuk. Allah melaksanakan bahagianNya, maka ia suatu kebebalan besar dan kekukangan untuk tidak melakukan bahagianmu. Betapa bersikap tidak bersyukur, jika kamu tidak memakai pemberianNya dengan ceria dan dengan tekun.
Rumput yang mudah layu menunjukkan diri. Selepas memotong atau memagut, rumput baru dengan lekas menonjolkan diri semula oleh arahan syurga. Ia bertambah semula secara automatik. Ia bertumbuh dengan spontan. Sekali lagi, tiada pembajakan, penaburan, atau penjagaan yang diperlukan! Allah Yang Berbahagia memberi, dan memberi lebih lagi, dan Dia memanggil orang untuk dengan tekun memakai apa yang dibekalkanNya. Seorang pekebun, yang dengan hikmah pandai memakai padang ragutnya, mengarah dan melencongkan kawanannya dan ternakannya kepada suatu pesta makan yang sendiri memulihkan bekalannya – menguntungkan ternakannya dan juga dirinya sendiri.
Ini juga sama bagi tumbuh-tumbuhan di pergunungan. Dan juga di tempat yang kurang subur, Allah memberkati bumi untuk menghasilkan kepelbagaian tumbuhan bagi kegunaan dan keuntungan manusia. Apakah lagi yang harus dilakukan manusia untuk menjanakan untung daripadanya? Kumpulkannya! Mengapa mengantuk di katil, ketika adanya wang yang sedang bertumbuh di pergunungan?
Allah Yang Berbahagia membekalkan segala hasil ini untuk memberi suatu kesaksian positif akan kebaikanNya kepada manusia, yang hati mereka dipuaskan dengan makanan dan kegembiraan kerana musim-musim buah (Kis 14:16-17). Sudahkah kamu bersyukur kepadaNya? “Manusia pergi kepada kerjanya dan kepada jerih lelahnya sehingga petang. Ya TUHAN, betapa banyaknya kepelbagaian karya-karyamu! dalam hikmah telah engkau menjadikan semuanya itu: bumi penuh dengan kekayaanmu” (Maz 104:23-24). Adakah kamu menggunakan peluang itu sepertimana yang harus dibuat kamu?
Pertanian ialah kurniaan Allah. Dia telah menciptakan tanah yang kering dan semua tumbuhan yang hidup pada hari yang ketiga, dan ia baik (Kej 1:9-13). Dia kemudian memperuntukkan tumbuh-tumbuhan ini untuk dijadikan makanan kepada manusia dan binatang (Kej 1:29-30). Mungkinkah manusia kena menemui hal pertanian dan cara pengendalian pelbagai bijian melalui percubaan? Tidak! Dia mungkin sudah kelaparan dalam proses itu! Allah memberi manusia hikmah yang berilham untuk tahu bagaimana menjaga, menuai, dan memproses setiap tumbuhan itu (Yes 28:23-29).
Pertanian ialah salah satu bidang profesional. Berkat-berkat Allah juga mendukung nafkah dalam bidang-bidang yang lain. Ahli kimia dimanfaatkan hukum-hukum sinergi yang ilahi; pengurus bank mengendalikan pemakaian berhasil modal (Ams 14:4); Doktor menemui rawatan dan terapi melalui berkat-berkat syurga (Ams 8:12); jurutera memakai hukum-hukum fizik Allah dan ciri-ciri jisim untuk memanfaatkan manusia. Allah telah memberkati dan akan memberkati panggilan-panggilan semua bidang yang mulia (Ams 8:12-21).
Apakah pelajarannya? Allah dengan penyediaan nasibnya mendukung keuntungan bagi jerih lelah yang berhikmah dan yang bertekun. Salah satu dorongan bagi jerih lelah ini ialah berkat ilahi, yang menggandakan usaha-usahamu. Jika kamu memboros kemurahanNya, kamu akan dihukum dengan kemiskinan. Oleh sebab itu, ambillah peduli untuk mengenal keadaan kawananmu dan ternakanmu dengan baik-baik, sebab kekayaan bukanlah untuk selama-lamanya. Kenalpastikan berkat Allah ke atas bidang kerjamu atau perdanganganmu dan pakailah kesempatan itu untuk keuntungan dan kenikmatan, sambil memberi syukur kepada Allah bagi kebaikanNya.