Amsal · Proverbs

3:5
Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu; dan janganlah bersandar kepada pemahamanmu sendiri.

Di sinilah satu amsal yang sungguh berharga. Ia dapat menyelamatkan kehidupanmu dan kehidupan keluargamu. Semua pencari hikmah harus menghafalkannya dan juga amsal yang kemudian (Ams 3:6). Di sinilah hukum untuk memiliki hikmah untuk menyenangkan Allah dan menjalani kehidupan yang berjaya. Pakai beberapa minit untuk menyelamatkan dirimu sendiri.

Di sinilah dasar benar hikmah. Tolaklah pemahamanmu sendiri, dan sebaliknya percaya kepada wahyu yang diilhamkan Allah dan kedaulatan kehendakNya untuk menyelamatkanmu daripada kejahilan kaum manusia. Jika kamu suka atau melindungi pendapatmu yang bercanggah dengan kehendakNya, kamu akan menderita. Berhati-hati, hai pembaca.

Kepercayaan sama dengan iman. Percaya kepada Allah percaya bahawa Dia wujud, dan ia percaya bahawa Dia pemberi ganjaran kepada mereka yang tekun mencarikanNya (Ibr 11:6). Ia percaya bahawa Allah telah menyatakan kehendakNya yang sempurna bagi manusia di dalam Alkitab (Ams 22:20-21; Ula 29:29; 2Tim 3:16-17), dan ia menentang segala pendapat bercanggahan dan menganggapnya sebagai bebelan sia-sia orang pemberontak (Maz 119:18; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20).

Dasar hikmah adalah untuk percaya kepada Allah sepenuh-penuhnya, dengan segenap hatimu, bagi segala aspek kehidupanmu. Kepercayaan sedemikian tidak mempersoalkan Allah, menolak apa pun keraguan kehendakNya, dan tidak ingin mencampurkan firmanNya dengan pemahaman manusia. Ia merupakan kerendahan hati yang terserah sepenuh-penuhnya untuk hidup menurut kenyataan bahawa adanya Allah, Dia telah menyatakan kehendakNya, dan Dia mengganjari orang yang taat.

Kepercayaan kepada TUHAN yang memimpin kepada hikmah ada iman terhadap Alkitab dan kekuasaan berdaulat Allah di dunia. Ia percaya bahawa setiap ayat dalam Alkitab adalah mutlak dan satu-satunya punca kebenaran, tidak kira apa pun subjek yang ditanganinya. Dan ia juga percaya bahawa peristiwa-peristiwa kehidupan diselaraskan dengan teliti oleh Tukang Periuk Yang Maha Tahu dan Yang Maha Kuasa.

Tetapi di manakah datangnya pemahamanmu? Kamu telah dilahirkan tanpa apa-apa pun. Kamu secara naluri telah menghisap susu seperti dubuk, meneriak untuk makanan setiap beberapa jam seperti anak burung, dan mengotorkan seluruh dirimu. Kamu tiba ke dunia ini seperti anak keldai liar (Ayb 11:12). Di manakah datangnya pemahamanmu, dan mengapakah kamu ingin sedikit pun bersandar kepadanya?

Adakah kamu mendapat pemahamanmu daripada ibubapa? Mereka telah tiba ke dunia sama sepertimu. Mengikuti mereka meneruskan kejahilan mereka. Adakah pendidikan memberimu pemahaman? Sekolah-sekolah Amerika sudah muflis disiplin, sifat moral, kebenaran dan hikmah. Orang yang paling rosak fikirannya di masyarakat ialah orang yang paling berpendidikan. Mereka mengajar evolusi, menyokong hal meliwat, menggugurkan bayi, melindungi anak tupai, memanggil Picasso seorang ahli seni, menyembah kerajaan yang besar dan membenci Alkitab.

Adakah kamu mendapat pemahamanmu daripada rakan sebayamu? Mereka tiba ke dunia sama sepertimu pada masa yang hampir sama. Melonggokan 100 orang bebal dalam satu kumpulan bersama tidak menghasilkan hikmah. Adakah mendapat pemahaman daripada televisyen? Kartun, gambar lawak jenaka, berita, drama lipur lara, dan sukan semuanya sama cirinya – kekosongan hikmah yang paling asas pun. Adakah kamu mendapatinya daripada majalah-majalah seperti “People”, “Time”, “Parade”, atau “Readers' Digest”? Kalau digabungkan bersama pun mereka semua tidak berpengetahuan atau tersalah terima pengetahuan dan bernilai sama seperti lumpur.

Tanggapilah isu ini. Kamu tidak berpengetahuan. Apa yang kamu fikir kamu tahu adalah bahaya. Kerana ia menggodamu menjauhi kebenaran dan hikmah dan menolak apa pun keinginan berubah menurutnya. Musuhmu yang paling besar ialah hatimu sendiri dan mindamu sendiri. Jahil sejak kandungan, diberi pengetahuan palsu sejak kelahiran, digalakkan kepada kebebalan oleh rakan sebaya, terpedaya oleh tafsiran yang salah tentang pengalaman, dan semulajadi angkuh dan mementingkan diri sendiri, kamu memang dalam kesukaran yang besar.

Untuk berjaya, kamu harus menolak pemahamanmu sendiri. Untuk maju melebihi umat manusia yang lain, kamu tidak boleh sedikit pun bersandar kepada pemahamanmu sendiri. Kamu harus menyingkirkannya semua. Apa pun kesukaan atau perlindungan bagi fikiranmu akan menjatuhkanmu seperti seluruh umat manusia yang bebal ini. Peraturannya mudah dan tegas – jangan sesekali pun bersandar kepada fikiranmu sendiri.

Percayalah Allah. Dia ada penguasaan segala kebenaran di seluruh alam semesta. Percayalah Allah. Dia telah memberimu kewujudanmu tanpa kebenaranmu, dan Dia mengelolakan segala butir kehidupanmu. Taruh kepercayaanmu sepenuhnya kepadaNya, dan kamu dapat menjadi kejayaan yang luar biasa berbanding dengan domba-domba sesat disekelilingmu yang bergegas ke pembantaian kemurungan, penceraian, dadah, dan maut.

Hai kaum isteri! Percayalah Alkitab ketika ia mengajarmu bagaimana untuk melayani suamimu, dan jangan sesekali pun mempertimbangkan pendapatmu sendiri tentang itu. Percayalah TUHAN dengan suami dia beri kepadamu, dan jangan sesekali pun bersandar kepada gagasan hidup yang lebih senang dengan lelaki yang lain.

Hai rakyat! Percayalah Alkitab ketika ia mengarahkanmu untuk menunduk kepada setiap ordinan sivil, bayar cukaimu, dan hormatilah mereka yang memegang kuasa. Jangan sesekali pun bersandar kepada pendapatmu untuk membela hakmu sendiri. Percayalah TUHAN dengan pemimpin yang kamu ada tak kira sama ada kamu suka mereka atau pun tidak.

Hai ibubapa! Percayalah Alkitab ketika ia membentangkan kebebalan budak dan cara didikan yang betul. Jangan sesekali pun bersandar kepada gagasanmu sendiri atau gagasan ahli peramal masa depan Ben Spock atau ahli pengkompromi James Dobson. Percaya janji-janji TUHAN bahawa didikan yang betul akan membawa kejayaan pada masa depan.

Hai orang Kristian! Percayalah Alkitab ketika ia menjelaskan pembaptisan sebagai kiasan penanaman dan kebangkitan di dalam air – berendam! Jangan sesekali pun bersandar kepada apa pun gagasan sesat atau tradisi palsu bahawa merenjis air urapan kudus pada dahi bayi merupakan pembaptisan.

Hai orang bujang! Percayalah Alkitab ketika ia mengehadkan seks kepada perkahwinan, mengehadkan perkahwinan kepada orang Kristian, dan mengolok-olokkan perempuan yang jelek. Jangan sesekali pun bersandar kepada keinginan bebal bagi seks atau orang yang di luar batasan-batasan ini. Percayalah Tuhan untuk memberkatimu bagi usaha-usahamu mencari hanya pasangan yang salih.

Hai pekerja! Percayalah Alkitab bahawa memberi wang akan membawa kemakmuran, berkedekut dengan wang akan membawa kemiskinan, dan mendengar skim cepat kaya akan menjatuhkanmu. Tolaklah fikiranmu yang angkuh dan yang mementingkan diri sendiri. Percayalah Allah untuk berpegang kepada janjiNya untuk memakmurkan orang yang tekun.

Hai pembaca! Kamu ada pilihan. Percaya Allah dan Alkitab dan tolak fikiranmu, atau percaya fikiranmu dan tolak Allah dan Alkitab. Pilihan itu kamu punya – hasilnya sudah pasti. Jika kamu menolak fikiranmu demi fikiran Allah yang ternyata dalam Alkitab, damai sejahtera dan kemakmuran adalah milikmu sampai darjat yang dunia tidak dapat faham atau menjelaskannya.