Amsal · Proverbs

3:4
Supaya kamu akan menemui keredaan dan pemahaman yang baik di pandangan Allah dan manusia.

Betapa gemilang pernyataan itu! Betapa mulianya cita-cita itu! Dapatkah seseorang lelaki atau perempuan mencapai tahap kejayaan demikian dalam kehidupan? Ya! Hai pembaca yang dikasihi, dapatkah kamu melihat berkatnya di sini? Ia suatu keistimewaan yang sungguh besar untuk diajar bagaimana memperoleh jenis keredaan dan kehormatan tersebut. Inilah sukatan dan tahap yang paling tinggi untuk kehidupan manusia. Kamu dapat belajar sekarang juga bagaimana untuk mencapainya.

Kamu pertama-tama mahu mencari keredaan di pandangan Allah dan manusia. Dan jika kamu dikenal kerana pemahaman baikmu, itu lebih baik. Amsal ini menjelaskan tentang hal diberkati dan disukai oleh Allah dan manusia dan memiliki reputasi untuk hikmah dan budi bicara. Segalanya ini ialah matlamat yang besar, dan kitab Amsal mengajarmu bagaimana untuk memperolehnya (Ams 3:1-3).

Sesetengah orang fikir bahawa reputasi yang baik atau keredaan sayang daripada orang lain tidak penting, janji Allah berkenan kepada mereka. Tetapi Allah telah mengilhamkan Solomo untuk menulis bertentangan dengan fikiran tersebut. Suatu reputasi yang baik dan keredaan sayang daripada orang lain lebih penting dan lebih bernilai daripada kekayaan. Manusia mengerah usaha besar dan memakai banyak masa untuk memperoleh aset-aset kewangan, tetapi untuk diperkanan, disanjungi, dan disebut baik oleh orang lain ialah pilihan yang lebih baik (Ams 22:1).

Kedua-dua Samuel dan Yesus membesar dalam keredaan dengan Allah dan manusia (1Sam 2:26; Luk 2:52). Mereka berdua menganggap itu matlamat yang penting, dan mereka menyelaraskan kehidupan mereka dengan sewajarnya. Kamu mahu mengikut kedua-dua teladan kudus ini. Jika kamu memegang dua perintah agung dengan teliti – mengasihi Allah dan mengasihi jiran – kamu akan mencapai kedua-dua matlamat itu. Ini bermaksud kamu akan memegang peraturan emas itu dengan sempurna, disesuaikan bagi apa yang orang lain benar-benar ingin (Mat 7:12).

Ia bermula dari hati. Pilihlah Allah sebagai objek yang paling penting bagi kesayanganmu dan perhatianmu (1Pet 3:15; Yes 8:13). Kemudian pilih untuk dengan suci dan dengan ikhlas menjadikan orang lain lebih penting daripada dirimu sendiri (Flp 2:3-4; Yak 3:17). Dengan dorongan yang suci itu, pertuturanmu akan berbudi baik, dan orang kenamaan seperti raja pun akan mahu kamu sebagai sahabat (Ams 22:11).

Untuk dirimu menjadi berbudi baik, kamu harus belajar pemakaian kesedaran diri. Kamu harus peka kepada semua orang di sekelilingmu dalam cara yang baru dan lebih mendalam supaya menyesuaikan pertuturanmu dan perangaimu untuk mencapai harapan mereka dan menyenangkan mereka. Ini bukan kompromi, jika sembahyang Allah tidak terlibat; itu budi bicara dan roh yang cemerlang seperti Daniel. Ia pernah dikatakan tentang kemajuan kerjaya bahawa kesedaran diri ini lebih penting daripada kepintaran.

Apakah matlamatmu pada hari ini? Akankah kamu memperlakukan diri supaya kedua-dua Allah dan manusia senang hati dengan kata-katamu dan tindak lakumu? Kebanyakan tidak akan dan tidak mahu menyesuaikan perangai mereka untuk membantu dan menyenangkan orang lain, sebab mereka mengasihi tabiat mereka sendiri. Peluang dan keistimewaan untuk memperoleh dua tanda hebat untuk akhlak dan hikmah ini harus mempersonakanmu. Ia sasaran kehidupan yang sungguh indah.

Yusuf memperlakukan dirinya sebegitu baik sehingga Potifar, pemiliknya, seorang Mesir, menyerahkan semua asetnya untuk dijaga oleh Yusuf (Kej 39:1-6). Ketika dengan tidak adil dilempar ke dalam penjara, dia mendapat keredaan yang sama daripada ketua penjara itu (Kej 39:21). Dan ketika Firaun memerlukan orang yang berhikmah dan yang berhemat untuk mengawasi kebajikan seluruh negara, dia hanya dapat memikir tentang Yusuf sebagai calon itu (Kej 41:38-45).

Daud memperlakukan dirinya dengan sebegitu baik sehingga seluruh Israel mengasihinya dan namanya sungguh masyhur (1Sam 18). Raja Darius merancang untuk menaikkan pangkat Daniel mengawasi seluruh kerajaan kerana roh cemerlang Daniel (Dan 6:3); musuh-musuh Daniel pun tidak dapat mencari apa pun kesilapan atau kesalahan di dalamnya (Dan 6:4). Mordekai sungguh besar di kalangan orang Yahudi, dimajukan oleh Ahasyweros, dan diterima oleh saudara-saudaranya (Est 10:3).

Kehidupan Kristian tidak terdiri daripada peraturan yang remeh dan kebebasan yang bongkak. Ia melebihi itu – kewajaran, damai sejahtera, dan sukacita dalam Roh Kudus. Dan orang yang melakukan perkara-perkara ini diterima oleh Allah dan diperkenan manusia (Rom 14:16-19), seperti gereja yang purbakala (Kis 2:44-47). Penerimaan dirimu oleh Allah dan perkenan manusia ialah cita-cita yang cemerlang untuk kehidupan yang berjaya.

Belas kasihan dan kebenaran ialah konteks yang sebelum ayat ini (Ams 3:3); kamu akan kerap kali mendapatinya bersama-sama (Ams 14:22; 16:6; 20:28). Kepercayaan kepada Tuhan dengan segala hatimu menentang gagasanmu sendiri dalam setiap aspek kehidupan ialah maksud yang menuruti konteks (Ams 3:5-6). Mempelajari hikmah daripada buku ini ialah cara kamu mencapai matlamat-matlamat ini (Ams 2:1-9; 3:1-2; Yos 1:7-9; Maz 111:10). Allah memberkatimu.

Apakah kehidupanmu, hai orang Kristian? Sedangkah kamu hanya bekerja, membesarkan keluarga, meningkat umur, dan menuju ke kubur? Atau adakah kehidupanmu lebih teruk daripada apa yang dijelaskan soalan sebelum ini? Atau adakah gagasan-gagasan tinggi dalam amsal ini menarik minatmu? Pakailah amsal ini kepada kehidupanmu pada hari ini. Kehebatan yang sejati ada di hadapanmu.

Firman Allah boleh menyempurnakan segala cela dalam kehidupanmu, jika kamu membaca dan mentaatinya (Maz 19:7-11; Yak 1:21-25). Untuk mendapat perkenan dan restu Allah dan manusia sekarang sendiri sungguh berharga, tetapi perkenan Allah sekarang juga akan menghasilkan perkenanNya pada masa depan, yang jauh lebih baik.