Amsal · Proverbs

31:29
Banyak perempuan telah berbuat mulia, tetapi kamu lebih cemerlang daripada mereka semua.

Hai perempuan Kristian, adakah kamu ingin menjadi terbaik di kalangan perempuan terbaik? Di sini perempuan yang sungguh istimewa. Ada banyak perempuan yang baik dan yang mulia, syukur kepada Tuhan. Tetapi tidak ada banyak perempuan yang seperti perempuan berakhlak mulia Amsal 31. Penjelasan ini, yang telah dikarang oleh ibu seorang raja untuk mengenalpastikan jenis perempuan yang anak lelakinya, iaitu raja, harus pilih sebagai isteri, ialah senarai teliti akan tanda-tanda seorang isteri yang sempurna. Perempuan jenis demikian memenangi pujian daripada Allah dan manusia.

Kedua-dua anak dan suami menyanjung perempuan yang sebegitu luar biasa (Ams 31:28). Ayat ini ada kata-kata yang berseri dan yang lemah-lembut daripada suaminya, sementara inilah satu-satunya ayat di kalangan banyak ayat penjelasan yang menggunakan kata ganti nama diri yang kedua. Sementara mengenal perempuan ini dengan intim dan dengan peribadi untuk banyak tahun, dia memujinya kerana telah menjadi teman dan pembantu yang ajaib dan yang terus demikian. Dia dengan wajar menyanjungi isterinya ke tempat keutamaan yang mengatasi semua perempuan yang lain.

Perempuan ini bukanlah perempuan berakhlak mulia yang sederhana – dia dengan sungguh hebat luar biasa. Tahap di sini bukanlah tahap yang rendah; tahap ini sungguh tinggi. Inilah seorang perempuan yang sesuai bagi seorang raja. Ingat, ibu Raja Lemuel melukis gambar ini (Ams 31:1-2). Betapa megahnya gambar perempuan yang sempurna! Bagi perempuan yang bercita-cita tinggi, matlamatmu haruslah untuk belajar segala yagn diperlukan untuk belajar tentang perempuan ini dan tirulah kehidupannya. Mengapakah kamu ingin kekal pada tahap yang lebih rendah? Menjadi kedua paling hebat bermaksud kalah!

Gambar yang teliti akan isterinya menakutkan banyak perempuan. Mereka melihat ketekunan hariannya yang sungguh mengagumkan, keberhasilannya yang tidak mengenal penat lelah, pandangan jauhnya untuk hal domestik, kemahirannya berniaga, kemahiran jahit, bakat untuk menghias, rancangan kreatif, semangat yang manis, integriti moral, suami yang berpuas hati, keghairahan yang rohani, dan keluarga yang bahagia – dan mereka rasa sudah kalah! Ia tidak mungkin untuk melakukan segalanya itu, mereka berkata. Tetapi ia mungkin, jika seseorang perempuan berserah sepenuhnya kepada matlamat itu, dengan kekuatan Yesus Kristus.

Daripada membenci tahap itu, perempuan sebaliknya harus bersyukur kepada Tuhan bagi penerangan yang sebegitu jelas akan perempuan yang sempurna. Kamu tidak dapat menandingi perempuan itu dalam sehari, seminggu ataupun sebulan. Tetapi usaha-usaha yang tekun akan terus tertimbun dengan lekas. Reputasi perempuan berakhlak mulia boleh dicapai. Tetapi kamu tidak boleh mendekati tahap itu pun dengan usaha yang kurang daripada usaha menyerah sepenuhnya. Kehidupan seseorang pengalah yang suka kenikmatan dan yang suka tidur dan yang sederhana akan dibuang ke luar tingkap.

Mengapakah tidak seharusnya menjadi yang terbaik? Olahragawan berlari untuk memenangi hadiah (1Kor 9:24-27). Siapakah yang mahu berlari untuk kalah? Mengapakah kamu ingin menjadi isteri yang sederhana? Tempat kedua adalah seperti tempat ketiga. Hanya seorang sahaja yang menang, maka berlarilah untuk menang. Mahkota dimenangi oleh sikap penguasaan diri dalam segala sesuatu – dan perempuan yang berakhlak mulia ialah perempuan yang menguasai diri sendiri – berdisiplin tinggi dalam hal menyangkal diri sendiri, ketekunan, sikap budi baik, dan sebagainya.

Hai perempuan Kristian! Sang penciptamu dan segala lelaki dan perempuan sedang menonton. Suamimu dan anak-anakmu sedang menonton. Bagaimanakah kamu mendekati hari siangmu? Tiada sebarang apa pun yang lebih cantik dan yang lebih layak untuk dipuji daripada seorang perempuan hebat, terutamanya pada zaman kini. Bagaimanakah akan kamu respon? Allah dan ibu permaisuri kepada raja telah menyenaraikan penghuraian kerja, dan kamu boleh mencapainya. Kamu boleh memperoleh pujian yang berharga amsal ini dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik, mulai pada hari ini.