31:30
Keredaan memperdayakan, dan kecantikan itu sia-sia: tetapi perempuan yang takut akan TUHAN, dialah yang akan dipuji.
Isteri dapat dipilih melalui tiga cara. Dua daripada cara itu membawa hasil yang buruk, tetapi yang satu lagi mulia dan langsung tidak mungkin salah. Lelaki muda, jaminlah bagi dirimu sendiri suatu perkahwinan yang hebat. Kahwin seorang perempuan yang takut akan TUHAN. Perbuatan lemah-lembut perempuan menipu, dan tarikan kecantikannya bernilai kecil. Nasihat di sini sungguh besar nilainya. Pertimbangkannya; Fahaminya; Ingatinya; Ajarkannya; Tuntutinya.
Amsal inilah yang cukup jelas sebagai salah satu daripada amsal yang paling berharga. Hanya di dalam enam belas perkataan, Allah segala hikmah memberi amaran yang mulia dan yang lengkap bagi salah satu pilihan kehidupan yang paling penting. Orang berhikmah akan tunduk dan gementar terhadap ayat tunggal ini dan tahu bahawa Allah yang telah menulis Alkitab. Ada lebih hikmah di sini daripada semua buku panduan perkahwinan bergabung.
Daya tarikan dan perkahwinan biasanya berlaku kerana dua sebab yang salah. Lelaki suka perempuan kerana keramahan dan perilaku yang menyenangkan dan/atau kerana kecantikannya. Perkahwinan yang diatur dan perkahwinan kerana politik merupakan kekecualian. Kebanyakan lelaki memilih isteri mereka melalui keredaan atau kecantikan. Mereka menghargai seseorang perempuan yang melayani mereka, dan mereka berahi akan susuk badan dan/atau rupa muka yang cantik.
Keredaan ialah cara seseorang perempuan melayani lelaki. Keredaan adalah untuk melakukan apa yang diingini lelaki, melayaninya dengan balasan yang lemah-lembut, dan mentaati kemahuannya. Perempuan itu pakar di dalam perlakuan bersetuju, ceria, ramah, kewanitaan, dan juga tunduk apabila mereka mahu. Keredaan kerap kali termasuk mengorbankan keperawanannya dan bersetubuh sebelum kahwin untuk menyenangkan lelaki. Keredaan ialah cara seseorang perempuan menggodai lelaki. Keredaan itu melakukan apa yang lelaki inginkan supaya memenanginya.
Keredaan itu memperdayakan; ia bohong. Sesiapapun boleh melayani orang lain untuk seketika untuk memperolehi sesuatu daripadanya. Perempuan yang sebegitu tidak akan melayani suaminya dengan cara yang sama sesudah berkahwin, sebab keperluan untuk menggoda sudah lenyap. Dia sudah mendapat suaminya dan sekarang perangainya yang benar akan muncul. Keredaan yang memperdayakan ialah suatu kejutan – lelaki akan terkejut selepas pernikahan untuk mendapati bahawa dating ialah kebohongan. Rupa-rupanya perempuan itu tidak sebegitu ceria, baik hati, dan mengasihi seperti waktu menggodainya dahulu.
Lelaki yang telah berkahwin kerana kerana keredaan-keredaannya perempuan itu yang bohong sekarang harus memandang hakikatnya (dan kerap kali mendengar hakikat itu), sementara isterinya menampakkan diri yang sebenar– seorang penyeksa yang merungut-rungut. Ingat! Seseorang perempuan jelek hanya dinampakkan selepas kahwin (Ams 30:23). Dia memang hebat sewaktu dating sepertimana kamu dapat ingat. Tetapi mengingati yang silam itu sekarang terlambat. Perangkap itu sudah terpijak; gigi besi yang karat dan yang tajam itu telah mencengkam dan menembusi hatimu; ia tidak akan melepaskan. Perempuan itu memilikimu untuk seumur hidupmu!
Kecantikan ialah daya tarikan fizikal seseorang perempuan. Lelaki menginginkan perempuan yang cantik, sebab Allah menciptakan lelaki supaya dirangsang deria penglihatan. Allah juga merekaciptakan setiap ciri seseorang perempuan untuk menarik pandangan lelaki, dan seseorang perempuan yang lawa mempunyai ciri-ciri ini dengan kelimpahan dan dengan sempurna. Dalam seketika sahaja, muka, tubuh, rambut seseorang perempuan dapat menewaskan seorang lelaki. Dia ingat dia dilamun cinta. Menurut pandangan lelaki itu, syurga itu di belakang selubung kain nikah dan gaun perempuan itu.
Kecantikan itu sia-sia dan tidak bernilai, yakni tanpa apa pun keuntungan. Ia tidak akan menjadikan perkahwinan hebat; ia kerap kali membangkitkan lebih masalah daripada kesenangan. Ia bukan tanda akhlak baik. Suatu potongan badan yang sempurna kerap kali merupakan kediaman bagi jiwa yang cacat. Kamu hanya akan mengesankannya apabila terlalu lambat. Perempuan yang cantik mungkin sombong, suka berfoya-foya, mementingkan diri sendiri, malas, dan suka membeli-belah. Suami kerap kali cemburu, terpaksa menanggung sikap boros isteri, terpaksa merayu untuk keredaan, dan mungkin terhad kepada hanya kepuasan pandangan seksual dan berharap-harap.
Kecantikan itu juga lama-kelamaan merosot menurut perlanjutan masa, diherot-benyotkan kerana kesakitan, dan akan lesap semakin umur meningkat. Kesan dosa yang mereputkan itu mengambil balik kecantikan itu. Orang yang memulakan pelayaran ke syurga perkahwinan di dalam kapal yang bernama Kecantikan adalah di dalam kapal yang bocor dan yang sedang diisi air. Taman bunga yang telah dia pilih untuk kenikmatan hidupnya lama-kelamaan kekosongan dan berumpai. Apakah yang akan menjadi pengikat perkahwinan ini apabila ratu cantik itu mencapai berat 100kg, beruban jarang yang panjangnya dua inci, dan mempunyai tahi lalat sebesar buah anggur?
Seseorang perempuan yang cantik tanpa akhlak baik adalah seperti barang kemas emas pada jongor babi (Amsal 11:22). Kecantikan barang kemas itu tidak dapat sama ada menjadikan babi itu menarik ataupun membuang bau busuknya itu (Ams 27:15-16). Lelaki sebegini telah dikutuki hukuman dua puluh lima tahun berharap-harap untuk dapat bersetubuh dengan isterinya dan dua puluh lima tahun lagi berharap-harap dia tidak perlu melakukannya. Ingat, lelaki muda, apabila kamu nampak emas itu yang cantik, janganlah perhatianmu melayang melepasi babi berbulu yang sedang memakai emas itu. Dan jika isteri jelek itu tidak cantik, maka kamu kahwin bodoh tanpa mendapat sebarang emas pun!
Tetapi seseorang perempuan yang takut akan Tuhan akan dipuji! Suaminya dan anak-anaknya akan memujinya bagi kebahagiaan, hiburan, damai sejahtera, bantuan, dan kesenangan besar yang telah dibekalkannya kepada mereka (Ams 31:28). Mereka akan memuliakannya, sebab dia telah memenuhi kehidupan mereka dengan berkat-berkat ajaib pelayanan yang tidak mengenal penat lelah, kasih yang lemah-lembut, perhatian yang tidak mementingkan diri sendiri, teman yang setia, dan jerih lelah yang tekun. Bacalah dengan teliti gambar terperinci permaisuri perkahwinan ini yang telah ditulis oleh seorang ibu kepada raja, dan lihatlah akhlak dan perangai yang menjadikannya jenis isteri yang sungguh jarang diperoleh (Ams 31:10-31).
Kehidupan suaminya penuh dengan sukacita, sebab hati suaminya boleh percaya kepadanya dengan selamat (Ams 31:11). Dia akan melakukan kebaikan dan bukan kejahatan kepada suaminya untuk sepanjang hayatnya (Ams 31:12). Suami tahu bahawa isterinya tidak akan mengkhianatinya; dia tidak pernah perlu merayu atau memaksa dia untuk apa pun; dia tahu dia dan anak-anaknya selalu mendapat yang terbaik; dia teruja dan bangga untuk dinampakkan bersama isterinya di hadapan orang ramai; dia tahu dia memiliki perempuan yang paling mengasihi dan yang erotik; dia tahu bahawa isterinya bekerja lebih keras daripadanya; dia bersukacita memandang sikap kreatif dan suka berjimat-cermat isterinya; dia diberi ganjaran besar oleh sebab isterinya yang berdaya keusahawanan; kebaikan isterinya dikenali semua orang; keindahan dan kemesraan rumah mereka menyediakan apa yang paling baik untuk melayani tetamu; dan lelaki itu menjadi bahan iri hati lelaki baik yang lain.
Takut akan Tuhan ialah keinginan yang bersungguh dan yang hormat untuk menyenangkan Allah dan membenci apa pun yang tidak menyenangkanNya (Ams 8:13; Pkh 12:13). Ia lebih daripada sekadar menghadiri gereja: kebanyakan orang yang menghadiri gereja tidak takut akan Allah. Perempuan yang sempurna percaya kepada Alkitab sepenuhnya, dan dia ingin mentaatinya di setiap segi kehidupannya (Maz 119:128). Sementara sifat takut akan Tuhan itu berpadanan dengan isteri yang sempurna, maka dia memiliki dorongan yang paling tinggi untuk memelihara tahap pencapaian tertinggi yang pernah tercatat bagi seorang isteri. Kriteria ini untuk memilih isteri membingungkan semua orang yang lain. Endahkan kriteria ini!
Pertimbangkan itu dengan teliti. Dia ada dorongan yang paling tinggi, sebab dia melayani suaminyadalam semua aspek untuk mendapatkan perkenan Allah dan Hakimnya yang kekal. Dia mengikut satu-satunya panduan yang sempurna untuk isteri, yang ditulis oleh Sang Pencipta manusia, yang telah menciptakan perempuan bagi lelaki. Tiada bandingannya untuk mengahwini seorang perempuan yang takut akan Tuhan. Tetapi pertimbangkan itu dengan lebih lanjut. Perempuan jenis ini sahaja yang memiliki Roh Kudus yang menghasilkan buah kasih, sukacita dan damai sejahtera di dalam hidupnya.
Apabila kehangatan tarikan romantis itu reda, apakah dorongan kebanyakan perempuan untuk maju sebagai seorang isteri, kekasih, dan emak? Mereka sudah sesat tanpa kesungguhan dalaman yang dulu mendorong mereka. Tetapi perempuan ini hari demi hari berusaha untuk menyenangkan Allahnya, Yang telah membentangkan jelas-jelas di dalam Alkitab setiap sifat salih yang harus dimilikinya untuk menyenangkan Tuhan. Kasihnya untuk Allah dan kasih Allah untuknya tidak mengurang, maka pasang surut sesuatu perkahwinan tidak akan mempengaruhi isteri itu.
Apabila kesukaran perkahwinan timbul, dan suaminya bebal, hanya seorang perempuan yang takut akan Tuhan akan tetap teguh dan tidak berubah. Kesinambungan prestasinya tidak bergantung kepada hormat atau kasih daripada suaminya. Kesemuanya berdasarkan kasih dan takut akan Tuhan yang ada pada dirinya. Dia tidak akan berubah hanya kerana suaminya menonjol sikap buruk dan mementingkan diri sendiri. Dia tahu bahawa masih ada Allah di syurga, Yang mewajibkan dia memainkan peranan isteri sebagai ibadah kepada Allah. Hai lelaki muda, dengarlah!
Seseorang lelaki yang berhikmah akan mewajibkan takut akan Tuhan. Dia akan menyemak kasih perempuan itu kepada Allah, kesetiaannya kepada Kristus, rasa hormatnya bagi Alkitab, dan kerelaannya untuk diajar. Dia akan menyukat bagaimana perempuan itu menerima pembetulan, sikapnya terhadap khutbah yang keras, dan perubahan peribadinya untuk menyenangkan Penciptanya. Dia akan mencari keamatan kasih sayang perempuan itu kepada Tuhan yang akan kemudian menjadi aset suami yang paling besar apabila perempuan itu kekal mengasihi dan melayani suaminya meskipun ada apapun masalah di rumah tangga. Lelaki itu akan menyemak kehidupan doa perempuan itu dan bukan keputihan kulitnya, dan akan menyemak kerohaniannya dan bukan masakannya.
Dia akan mencarinya di gereja dan bukan di kelab malam. Dan bukan sebarang gereja. Lelaki akan mencari seorang perempuan yang setia di dalam suatu gereja yang kolot yang menekankan doktrin sihat dan kehidupan kudus. Dia akan mengujinya melalui firman Allah, dan dia akan mengharapkan ketaatan yang ceria, sempurna dan serta-merta. Dia akan mencari roh suka menurut dan tenteram itu yang telah dinyatakan Allah sebagai bernilai tinggi (1Pet 3:1-6). Dia akan mencari peluang untuk menyemak sikap tunduk perempuan itu kepada kekuasaan di dalam hal-hal peribadi. Jika perempuan itu ingin menjaga rambutnya panjang kerana 1 Korintus 11:15, siapkan wang hantaranmu itu!
Sebanyak semungkin, janganlah mendekati sesiapa pun wanita yang menekankan keredaan atau kecantikannya untuk menarikmu, sebab itulah tanda-tanda perempuan asing itu, iaitu perempuan jalang yang ingin membinasakanmu (Ams 2:16-19; 5:3-23; 6:24-35; 7:5-27; 9:13-18; 23:27-28; 30:20). Usaha dan tenaganya untuk membahagiakanmu atau untuk menjadikan dirinya lawa merupakan ciri-ciri seorang perempuan duniawi. Tuntutilah takut akan Tuhan. Tolaklah segala tiruan. Tolaklah semua kemunafikan. Semua itu akan kembali untuk membinasakan hidupmu.
Hai perempuan Kristian, adakah kamu ingin menjadi perempuan yang layak dipuji? Rendahkanlah dirimu di hadapan Sang Penciptamu dan amalkanlah segalanya di dalam kitab Amsal ini yang secara positif terkarang bagimu (Ams 11:16; 12:4; 19:14; 31:10-29). Elakkanlah segalanya yang tertulis sebagaiamaran (Ams 11:22; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16). Bencilah dunia dan pesanan popularnya untuk pembebasan perempuan, sebab ia akan membinasakan jantina yang ingin diselamatkan mereka kerana mereka percaya dusta cabul Iblis. Carilah sebuah gereja di mana mimbarnya mengisytiharkan kuat-kuat kebenaran rasuli Allah tanpa meminta maaf, dan di mana kaum perempuan suka mendengarnya dan mengamalnya di rumah.