5:4
Tetapi akhirnya dia pahit seperti apsintus, tajam seperti pedang bermata dua.
Seks bersahaja, meskipun dengan perempuan yang baik hati, yang mengasihi, yang lawa, dan yang erotik, adalah pahit dan menyakitkan. Seorang perempuan asing, iaitu perempuan yang tidak berkahwin denganmu dan yang tiada hak untuk berada bersamamu, dapat menjadi kenikmatan besar dalam sesetengah hal. Tetapi kenikmatan itu sungguh singkat, dan kemudian kamu akan menemui kesan-kesan buruk bagi dosa yang sebegitu keji. Kata-katanya manis dan kemanisannya berubah menjadi seperti apsintus [kepahitan], dan pengampuannya dan asmaranya yang licin memilukan seperti pedang bermata dua.
Banyak lelaki telah dibinasakan oleh perdayaan yang menipu ini. Perempuan itu nampak, berbunyi, berbau, dan rasanya sebegitu menarik, dan nafsu dan keangkuhan lelaki untuk perbuatan berani dan nakal itu sebegitu meyakinkan bahawa ia akan sungguh menguntungkan diri, tetapi kesan-kesan yang merosak dan yang pilu itu tersembunyi daripada pandangan. Sementara mengenal akan bahaya yang besar itu, Raja Salomo memakai bab ini untuk memberi amaran kepada anak lelakinya tentang masalah teruk yang dibawa perempuan sundal ke dalam kehidupan lelaki dan kenikmatan yang menyukakan dan yang melindung oleh seorang isteri yang mengasihi.
Amsal ini melengkapkan satu ayat yang bermula dari nas yang sebelum ini. Di dalam nas yang sebelum ini, Sang Pengkhutbah yang berhikmah memberitahu tentang bibir manis dan mulut licin seorang perempuan sundal. Lihatlah ulasan Amsal 5:3. Pengampuan perempuan yang sedemikian sungguh merobohkan penguasaan diri – tawarannya untuk mengagumi dan berasmara terlalu kuat untuk ditolak. Amsal ini menyatakan suatu amaran yang kuat – pertimbangkan kesan-kesannya!
Apakah “akhirnya” sesuatu perkara? Ia ganjaran, hasil, atau kesan sesuatu (Maz 37:37; 73:17). Apakah itu “apsintus”? Suatu tumbuhan yang dikenali bagi keamatan kepahitannya (Lam 3:15). Berapa pahit? Orang Yunani memanggilnya “tidak dapat diminum”, dan itu biasanya dijadikan lambang kepahitan. Berapa tajamkah sebilah “pedang bermata dua”? Dua kali tajam sebilah pedang bermata satu! Ia akan menghiris dirimu dari dua arah.
Pertimbangkan betapa perempuan yang asing akan menjadi pahit dan menghiris. Pertimbangkannya dengan baik, hai lelaki muda, sebab tanggapan pertama adalah sungguh bahaya. Jangan memikirkan kecantikannya atau bermain cinta dengan matanya (Ams 6:25). Jangan mendengar kata-kata yang menawan itu (Ams 5:3). Ia menyamarkan racunnya; dan menyembunyikan mata pedang itu. Perempuan itu akan membawamu ke maut dan neraka, dan dia akan melakukannya dengan sungguh memedihkan.
Dia akan memakai masamu, sebab nafsu tidak puas hati dengan perhubungan singkat atau pergaulan yang kurang kerap. Rasa salah itu akan memakan jiwamu siang dan malam, meskipun ketika tidak bersama perempuan itu. Ketakutan tertangkap dan terdedah akan membinasakan keyakinanmu dan hati nuranimu. Kehidupan bohong yang harus kamu hidup untuk menutupi dosamu akan menjadikan kehidupanmu suatu drama perdayaan yang bersambung-sambung. Sukacita yang kamu ada dahulu dalam perhubungan-perhubungan yang sah akan dirampas daripadamu. Betapa pahitnya! Betapa memilukan!
Dia memperdayakan orang lain untuk menggodamu, dan akan tiba masanya dia memperdayakanmu untuk orang yang lain. Pengkhianatan kasih sejati dan kesetiaan akan menginggalkanmu sungguh tidak terjamin dalam perasaan. Kemungkinan balas dendam suaminya atau ayahnya akan menghantuimu meskipun kamu bersendirian di tempat yang terpencil. Reputasimu atau nama baikmu akan dibinasakan dan direndahkan kepada tahap penzina yang keji. Perempuan itu telah memilih untuk tidak bermoral denganmu, maka kamu tidak boleh mempercayainya untuk bersikap moral dalam hal yang lain.
Dia pernah berasmara dengan orang lain, maka kamu akan pada suatu ketika di tengah-tengah asmara itu mengakui bahawa kamu hanya sedang dipakai semata-mata oleh perempuan sundal yang tidak berperikemanusiaan. Dan sementara perempuan itu pernah berasmara dengan orang lain, kesihatanmu dipertaruhkan dan didedahkan kepada risiko. Orang pagan pun dapat melihat jangka hayat singkat para penzina. Perempuan itu tidak murah, dan dia mengharapkan pulangan yang besar bagi keredaannya, maka kamu direndahkan daripada pangkat seorang putera yang berakhlak mulia kepada pangkat hamba yang akan merayu.
Dan, sudah tentulah, adanya Allah, maut, penghakiman, dan kemudian neraka. Betapa pahitnya! Betapa menghiris hati!
Hai lelaki, jauhilah dirimu daripada perempuan itu; jangan mendekatinya (Ams 5:8). Jika kamu berada dalam perhubungan sebegitu, putuskannya pada hari ini juga, dan jangan sesekali memikir tentangnya atau mendekatinya lagi. Nyawamu bergantung kepada itu.