Amsal · Proverbs

5:3
Sebab bibir perempuan asing meleleh seperti indung madu, dan mulutnya itu lebih licin daripada minyak:

Pengampuan seorang perempuan yang lain boleh menjadi lebih manis daripada madu dan lebih licin daripada minyak. Seperti lebah yang tertarik kepada bunga, demikianlah lelaki yang bebal bergegas kepada pembinasaannya sendiri, dan tidak pernah mengecam racun manisan itu sehingga ia terlambat. Ia lebih baik untuk mengehadkan telingamu kepada kepada dengusan babi daripada terjatuh ke dalam ancaman jaring pujian dan undangan perdayaan seorang perempuan sundal.

Indung madu ialah salah satu ciptaan Allah yang paling manis. Madu yang tulen, keemasan, dan yang manis meleleh daripada liang-liangnya. Ia menitis dengan daya tarikan yang menyukakan bagi orang yang menginginkan suatu santapan yang lazat. Minyak, yang melicinkan kekeringan dan permukaan mana-mana pun makanan, dan yang sungguh menyenangkan pada musim kering, ialah makanan yang berharga juga. Kalau digabung, kedua-dua itu menjadi manisan yang licin dan yang manis, yang Salomo pakai untuk menjelaskan bahaya perempuan asing yang memperdayakan.

Siapakah perempuan asing? Mana-mana perempuan yang kamu tidak kahwin ialah perempuan yang asing kepadamu! Dia di luar batasan bagimu; dia asing kepada perkahwinanmu; dia bukan teman intimmu; dia kepunyaan orang lain; dia asing kepada dekapanmu. Kamu tiada hak untuk berbalas-balas kata-kata manis dengan dia, sebab telingamu dan hatimu kepunyaan orang lain. Ayub berkata, “Aku telah buat suatu waad dengan mataku; jadi harus mengapakah aku memikir akan seorang perempuan” (Ayb 31:1). Jika lelaki tidak boleh memandang tubuh perempuan asing, maka lelaki pun tidak boleh mendengar kata-katanya.

Ayah yang baik akan mewaspadakan anak-anak lelakinya tentang godaan teruk perempuan jalang, seperti yang juga dilakukan Salomo dalam bab ini. Dia menyerlahkan kesan-kesan teruk bagi dosa seksual (Ams 5:3-14), keselamatan yang ada dalam perhubungan perkahwinan yang baik (Ams 5:15-19), dan penghakiman Allah kepada lelaki yang mengkompromikan bahagian ini dalam kehidupan (Ams 5:20-23). Ini langsung bukan suatu hal yang ringan. Banyak lelaki kuat telah dilukakan dan ditewaskan oleh perempuan ini (Ams 7:26). Hai lelaki Kristian, berwaspadalah!

Salomo ayah yang realistik. Dia menyatakan kebenaran dengan terus-terang. Tiada hikmah dalam hal memberitahu anak lelakimu bahawa perempuan sundal memualkan. Paulus pun mengakui bahawa dosa ada nikmat untuk suatu seketika (Ibr 11:25). Kalau kita memberitahu lelaki muda sebaliknya maka kita berbohong, dan lelaki muda pula tidak akan dipersiapkan untuk godaan teruk yang akan bertembung dengannya pada suatu hari. Bapa yang berhikmah akan mengaku godaan yang menarik itu, tetapi mereka juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut kesan-kesannya yang teruk.

Allah menjadikan lelaki untuk mengingini dan menggodai perempuan, untuk menghasilkan perkahwinan (Ams 30:19; Kej 34:1-4; Kel 22:16; Ula 21:10-14; 24:5). Ia suatu pemikatan yang paling besar dalam kehidupan lelaki. Balasan seorang gadis, yang mengisytiharkan kasihnya dan kerelaannya untuk menunduk dengan kata-kata yang intim dan yang lemah-lembut ialah salah satu godaan yang paling kuat seseorang lelaki akan hadapi. Kata-katanya yang murah hati dan kata-kata yang ghairah menyayangi, menghormati dan rindu adalah seperti minyak petrol bagi api, dan sesiapa pun yang menafikan ini ialah seorang pembohong atau ada masalah seksual yang melawan sifat semulajadi.

Perempuan asing mengekal fakta-fakta ini dengan cukup baik. Mereka memakai kuasa percakapan untuk mengodai mangsanya. Ucapan-ucapan yang memperdayakan dan yang menyukakan oleh perempuan lain ialah apa yang diwaspadakan Salomo berulang-ulang (Ams 2:16; 6:24; 7:21; 22:14). Daud juga menerangkan bahaya kata-kata lembut dan kelicinan untuk menyembunyikan niat yang jahat (Maz 55:21). Hai lelaki, jauhilah dia!

Isteri Potifar cuba menggoda Yusuf dengan kata-katanya, tetapi Yusuf menolaknya (Kej 39:7-12). Simson, sebaliknya, jatuh ke dalam perangkap kebohongan Delila yang terang-terang nyata, kerana kata-kata Delila disaluti pengampuan yang menggoda (Hak 16:15-17). Jangan kamu fikir Simson lemah kalau kamu sendiri belum mengikut contoh Yusuf untuk dua atau tiga kali!

Satu-satunya keselamatan ialah jarak. “Alihkan jalanmu jauh daripadanya” (Ams 5:8). Tidak seorang lelaki pun dengan mudah dapat menahan pengampuan seorang perempuan. Ia terlalu menyenangkan, mengganjari, dan mengacahkan diri. Ia seperti indung madu dan minyak, manis dan licin. Ia memanjakan ego dan mengapi-apikan nafsu seksual lelaki. Kerelaan seorang perempuan untuk keintiman, yang diluahkan dengan bahasa yang memikat dan berani, adalah seperti melemparkan mancis kepada tong serbuk api. Jauhilah perempuan itu!

Bab ini bermula dengan Salomo meminta anak lelakinya untuk menunduk telinganya kepada arahan ayahnya (Ams 5:1-2). Tiada ruang untuk keangkuhan atau kedegilan di sini. Seorang perempuan asing adalah lebih kuat daripada kebanyakan sesiapa pun yang lelaki, seperti yang telah ditunjukkan sejarah dalam Alkitab dan sejarah di dunia. Setiap lelaki harus tunduk kepada amaran ini dan melakukan segala yang dapat dilakukannya untuk mengelak perempuan itu. Tiada hikmah atau hak dalam hal berbual sosial dengan perempuan yang menarik dirimu. Jauhilah perempuan itu!

Amaran yang serius ini berkaitan dengan perbualan bersemuka atau telefon atau mesej, surat, dan emel. Godaan pengampuan daripada seorang perempuan terlalu hebat, meskipun ia kata-kata yang hanya terpapar di monitor computer. Ia akan memimpin hatimu untuk merancangkan dosa yang akan membinasakanmu (Yak 1:14-15). Jauhilah perempuan itu!

Hai perempuan Kristian, ada pelajaran yang tidak langsung bagimu di sini. Adakah kamu faham kuasa pengampuan dan pujian untuk menyenangkan dan memenangi lelaki? Jika kamu faham, maka berapakah handal dirimu untuk memakai seni keperempuanan ini untuk mengasihi suamimu? Besar kemungkinan perempuan lain melakukannya, jika kamu tidak mengekalkan lelakimu terpersona dengan dirimu.Suami akan bertanggungjawab untuk apa pun dosa yang dia lakukan, tetapi kamu pula bersubahat dengannya (1Kor 7:1-5). Bilakah kali terakhir yang kamu memakai indung madu dan minyak untuk menggoda suamimu? Kamu tahu daripada Kidung Agung Salomo bahawa pengampuan dalam perkahwinan adalah baik dan menyenangkan. Jadilah perempuan yang hebat, dan pakailah mulutmu untuk kewajaran.

Gereja pelacur Rom menawarkan agamanya yang asing kepada lelaki dengan kata-kata yang mengampu dan yang memperdayakan (Wah 17:1-6). Ketika dia mengucapkan damai, dia hanya mengingini jiwa-jiwa manusia bagi dirinya sendiri. Rasul Paulus perlu menentang perdayaan filsafat demikian yang memakai kata-kata memikat di Kolose (Kol 2:4,8), dan dia takut bahawa guru-guru palsu akan menggoda Korintus daripada keperawanan rohaninya (2Kor 11:2-4). Jauhilah perempuan itu (Wah 18:4)!

Hanya pelacur di tepi jalan mengumumkan niat mereka dengan terang-terang. Perempuan sundal sosial bersembunyi di belakang ketertiban yang mulia dan kesopansantunan daripada hati mereka yang memperdayakan (Ams 7:13-18). Dengan cara yang sama, para penyembah perut – Kristian badaniah – menyembunyikan kemunafikan agama mereka di belakang kata-kata yang baik dan ucapan-ucapan yang muluk (Rom 16:17-18; 2Kor 11:13-15; 2Tim 3:3-6). Jauhilah perempuan itu!

Hamba-hamba yang benar Yesus Kristus berterus-terang, berani, dan tidak berputar belit (2Kor 1:12; 2:17; 3:12; 4:2; Efe 4:14; 1Tes 2:3-6). Mereka telah bersumpah kesetiaan kepada Tuhan mereka, Yang dikenali di syurga dan di bumi sebagai Saksi Yang Setia dan Yang Benar (Wah 3:14; 19:11). Dia tidak akan dan tidak boleh berbohong atau mengampu (Tit 1:2), dan para hamba pun tidak akan berbuat demikian. Mereka tidak akan menyaluti kebenaran dengan gula, sebab mereka terikat dalam perkahwinan kekal kepada Tuhan kebenaran bagi perjuangan kebenaran.