1Dan Saul berbicara kepada Yonatan anak lelakinya, dan kepada semua hambanya, supaya mereka harus membunuh Daud.
2Tetapi Yonatan, anak lelaki Saul, sungguh bersuka di dalam Daud: dan Yonatan memberitahu Daud, dengan berkata, Saul, ayahku, berusaha untuk membunuhmu: maka sekarang, aku mohon kepadamu, jagalah dirimu sampai esok pagi, dan berdiam di tempat rahsia, dan sembunyikan dirimu:
3Dan aku akan keluar dan berdiri di samping ayahku di ladang yang kamu berada, dan aku akan bersekutu dengan ayahku tentang dirimu; dan apa yang dilihatku, akan kuberitahumu.
4Dan Yonatan berbicara baik tentang Daud kepada Saul, ayahnya, dan berkata kepadanya, Janganlah raja berdosa terhadap hambanya, terhadap Daud; kerana dia tidak berdosa terhadapmu, dan kerana kerja-kerjanya yang terhala kepadamu adalah sangat baik:
5Sebab dia telah mempertaruhkan nyawanya, lalu membunuh orang Filistin itu, dan TUHAN menempa keselamatan yang besar bagi seluruh Israel: kamu telah melihatnya, dan telah bersukacita: maka mengapa kamu mahu berdosa terhadap darah yang tidak bersalah, untuk membunuh Daud tanpa sebab?
6Dan Saul mengendahkan suara Yonatan: lalu Saul bersumpah, Sementara TUHAN hidup, dia tidak akan dibunuh.
7Dan Yonatan memanggil Daud, dan Yonatan menunjukkannya segala hal itu. Dan Yonatan membawa Daud ke Saul, dan Daud berada di kehadirannya, seperti dahulu.
8Dan terjadilah peperangan sekali lagi: dan Daud keluar, dan melawan orang Filistin, dan membunuh mereka dengan pembunuhan besar; dan mereka melarikan diri daripadanya.
9Dan roh jahat daripada TUHAN hinggap pada Saul, dan sementara dia duduk di rumahnya dengan lembing di tangannya: dan Daud dengan tangannya bermain.
10Dan Saul berusaha untuk menacapkan Daud ke dinding dengan lembing; tetapi Daud melucutkan diri dari kehadiran Saul, lalu Saul mengenai dinding: dan Daud melarikan diri, dan terlepas pada malam itu.
11Saul juga mengutus para utusan ke rumah Daud, untuk memerhatikannya, dan untuk membunuhnya pada waktu pagi: dan Mikhal, isteri Daud, memberitahunya, dengan berkata, Jika kamu tidak menyelamatkan diri pada malam ini, maka hari esok kamu akan dibunuh.
12Maka Mikhal menurunkan Daud menerusi tingkap: dan Daud pergi, dan melarikan diri lalu terlepas.
13Dan Mikhal mengambil sebuah patung, dan membaringkannya di petiduran, dan menaruh bantal berisi bulu kambing sebagai sandarannya, dan menutupinya dengan kain.
14Dan ketika Saul mengutus orang untuk mengambil Daud, Mikhal berkata, Dia sakit.
15Dan Saul mengutus para utusan sekali lagi untuk melihat Daud, dengan berkata, Bawalah dia kepadaku bersama petidurannya itu, supaya aku dapat membunuhnya.
16Dan ketika para utusan masuk, lihatlah, adanya patung di petiduran itu, dengan bantal berisi bulu kambing sebagai sandarannya.
17Dan Saul berkata kepada Mikhal, Mengapakah kamu memperdayakanku dengan demikian, dan menghantar musuhku keluar, sehingga dia terlepas? Dan Mikhal menjawab Saul, Dia berkata kepadaku, Biar aku pergi; harus mengapakah aku membunuhmu?
18Maka Daud melarikan diri, dan terlepas, dan sampai kepada Samuel di Ramah, dan memberitahunya segala yang telah dilakukan Saul kepadanya. Dan dia dan Samuel pergi berdiam di Nayot.
19Dan ia diberitahu Saul, dengan berkata, Lihatlah, Daud berada di Nayot di Rama.
20Dan Saul mengutus orang untuk mengambil Daud: dan ketika mereka nampak kumpulan nabi itu bernubuat, dan Samuel berdiri sebagai orang yang dilantik mengatasi mereka, Roh Allah hinggap pada para utusan Saul, dan mereka juga bernubuat.
21Dan ketika itu diberitahu Saul, dia pula mengutus orang-orang utusan lain, dan mereka dengan sama bernubuat. Dan Saul mengutus orang-orang lagi untuk kali ketiga, dan mereka bernubuat juga.
22Kemudian dia juga pergi ke Ramah, dan masuk ke perigi besar yang ada di Sekhu: dan dia menanya dan berkata, Di manakah Samuel dan Daud? Dan salah seorang berkata, Lihatlah, mereka berada di Nayot di Rama.
23Dan Saul pergi sana ke Nayot di Rama: dan Roh Allah hinggap pada dirinya juga, dan dia berterusan, dan bernubuat, sehingga dia sampai ke Nayot di Rama.
24Dan dia menanggalkan pakaiannya juga, dan bernubuat di hadapan Samuel dengan cara yang sama, dan berbaring telanjang sepanjang hari itu dan sepanjang malam itu. Lantaran itu orang berkata, Adakah Saul juga salah seorang dari kalangan nabi?